Maulid Nabi Muhammad S.A.W

Sempena dengan Maulid Rasul, marilah kita selawat dengan sebanyak-banyaknya kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Hari nie tanggal 12 Rabiulawal, tarikh kelahiran Rasulullah s.a.w. Nabi yang kita cintai. Kebetulan pula, hari Isnin merupakan hari kelahiran Rasulullah s.a.w juga. Pada hari ini jugalah, ramai yang berhimpun diseluruh pelusuk dunia untuk meraikan ulang tahun kelahiran baginda.

Adakah cukup bagi kita semata-mata meraikan ulang tahun kelahiran baginda dan pada masa yang sama kita secara diam-diam menentang apa yang dibawa oleh baginda.Cuba kita tanya kat orang ramai yang berarak berkaitan dengan sirah baginda yang mulia. Aku yakin tidak ramai yang mampui menjawab. Kalau kisah baginda pun tidak tahu, macam mana nak bersama-sama dengan ulama(baginda dah iktiraf mereka sebagai pewaris nabi)untuk menegak kemaarufan dan menentang kemungkaran?? Sebab itulah pada masa kini, ramai yang tidak segan silu menghina ulama dengan kata-kata yang keji, menghina hukum-hukum Islam seperi Hudud,tudung dan lain-lain.

Aku bukanlah seperti golongan wahabi yang mengharamkan sambutan maulid nabi. Teruskanlah sambutan tersebut andai inilah satu-satunya cara untuk menarik golongan umum mengenal peribadi baginda.Perbanyakkan lagi majlis-majlis ilmu berkaitan dengan baginda seluruhnya. Bukanlah ambil yang dirasa menguntungkan dan tinggal mana-mana yang rasa merugikan.

Jangan lupa sejarah telah membuktikan ketika kelahiran Nabi Muhammad dulu, Abu Jahal-lah orang yang paling gembira dan menyambutnya dengan paling meriah dengan menyembelih dua ekor unta!

Tetapi sirah juga merakamkan bahawa dialah manusia yang paling benci dan paling kuat menentang apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Sifat-sifat durjana Abu Jahal nampak subur pada pemimpin-pemimpin Umno yang ada hari ini.

buktinya??
Merekalah yang menyebabkan masyarakat makin teruk kefahamam berkaitan dengan islam dengan terbentuknya gagasan Islam Hadhari.
Merekalah yang menentang hudud lebih dari orang bukan islam.
Merakalah yang menyekat bantuan terhadap SAR dan merekalah punca utama remaja-remaja islam makin dicandui oleh budaya hidonisme.

dan sekarang nie kita sama-sama bertanggungjawab untuk menolak dan mentalqinkan UMNO di bumi bukit gantang ini.

Comments

0 Responses to "Maulid Nabi Muhammad S.A.W"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU