TEMAN JER BUKAN NYER BEBENO (teman tapi mesra)




Teman marah bebenor dengan orang-orang kelantan, ganu n kedah. Deme sedap-sedap je kutuk negeri teman takde identiti. orang perak utagha tiru loghat kedah, orang blah-blah gerik tiru loghat kelantan, orang bagan datok ber' jawa-jawa' pulak. Ape ingat temannye negeri takde loghat ke?? orang-orang perak nie saje je 'sembunyi"kan bahasa perak.Baru exclusive skit...



tengah-tangah berforum kat i luv islam terjumpe lirik lagu TEMAN TAPI MESRA-versi Perak.
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=134&thread_id=3913&rowstart=40

TEMAN TAPI MESRA
- Lagu dari Kumpulan RATU


TEMAN JER BUKAN NYER BEBENO....-versi PERAK

Keme ader kawan
Kawan keme gemo bebeno
maner keme pegi dia pasti nyendoi.
Kawan keme nie cukup hensom
pandai bebeno pulak tu,
ater gemo betui dia bertandang
nolong keme

sekarang keme udah penin
bila dia kabo dia syok kat keme
dia labun nak buat
keme nie gilprend dia.

cukup ler setakat
berseloghor dengan keme
jangan ler berlabun yang bukan2
tak terhingin keme kat mike tu..
kita berteman udahler
berteman tapi bukan bebeno.
keme suka bebeno kawan jer dengan mike
sebab keme dah ada boyprend lain
kita berteman jer udah lerr...
kita berteman ok!
berteman jer bukan nyer bebeno...

p/s : nyani ikut tune & tempo muzik asal

teman gelak sorang-sorang depan laptop bile bace lyric nie. Terimbau kembali nostalgia kat smka dulu. Tempat asal teman kay typing so slang pun macam orang utagha lah. Bile dah masuk smka, macam-macam bahasa yang teman dengar. sekali-sekali teman sembang dengan orang tempatan, sampai surrender sebab tak paham langsung. Ate orag orang bote pun tak paham, teman lagi le.

Sedor-sedor dah 3 tahun teman meninggalkan sekolah, dengonye sekolah teman dah naik taraf sebagai sekolah klauster kerana cemerlang dalam kokurukulum. Kalau akedemik macam mustahil pulak sebab rekod PMR dan SPM yang batch teman buat pun tak pecah-pecah lagi. Ape-ape pun tahniahlah kepada semua warga smkasas dari mula-mula smkasas ditubuhkan (dulu smka perak) pada 1986 sampai le ke hari ini kerana berjaya menaikkan nama sekolah setaraf dengan SBP dan Sekolah Sains.

ngeleyor = gatai merenyam
tenggek ayor = jerang air
jangan kome ingkE bebenor = amaran org2 tua supaya kita tak terlalu gembira(over kelakuan)
terghoyak = menangis
hakap = tamak (biasanya kalu berkaitan makanan)
biasanya mak cakap: ate, kome jgn hakap bebeno ambik makanan tu, nanti tak abis....
besa = bersahur (mak cakap: tido awal, esok nak bangun besa)
banyak lagi tapi malas nak pikir, sebab nyer bila ckp je, terus tau sendiri dr pikir2 nie.

antara vocab loghat perak tengah yang sure ramai tak pernah dengar

ngeleyor = gatai merenyam
tenggek ayor = jerang air
jangan kome ingkE bebenor = amaran org2 tua supaya kita tak terlalu gembira(over kelakuan)
terghoyak = menangis
hakap = tamak (biasanya kalu berkaitan makanan)
biasanya mak cakap: ate, kome jgn hakap bebeno ambik makanan tu, nanti tak abis....
besa = bersahur (mak cakap: tido awal, esok nak bangun besa)
banyak lagi tapi malas nak pikir, sebab nyer bila ckp je, terus tau sendiri dr pikir2 nie.

ate= penyedap ayat
kome = kamu semua
keme = saya
kume = saya
ayE = saya (biasanya org tua yg sebut)
deme = korang semua
yong/yeop = gelaran anak sulung dalam keluarga
mak chor/pak chor = gelaran tuk maksedara yg sulung
kalu nama org Abdul jadi bedol...hehehe..

Teman berbangga jadi PERAK......(walaupun tengah pening dengan krisis politik)

UMNO PARTI %@#*







Maaflah, kasar tajuk post aku kali nie. Bukan apa, dah bengang sangat dengan pimpinan UMNO yang sesuka hati je merosakkan negeri aku. Apa deme ingat negara nie deme punya ke??? Setelah lebih seratus hari konflik politik yang berlaku belum ada tanda-tanda berakhir. Ingatkan setelah kes ini dibawa ke mahkamah, habislah drama nie. Tetapi yang berlaku sebaliknya, masalah semakin kusut dan yang merana kita semualah.Polis digunakan sesuka hati. Hebat menangkap pemimpin PR tetapi kes-kes jenayah seperti kes culik dan rogol budak sampai sekarang pun masih tak selesai. Macam mana negara nak aman kalau macam nie. Kalau mereka senang-senang je melanggar perlembagaan dan undang-undang, jangan marahkan rakyat andai senjata menjadi jalan terakhir untuk selesaikan konflik ini. Nasib baiklah pemimpin PR nie sabar meghadapi ujian nie.

Bak kata TGAH
"kesabaran ada batasnya".

Rakusnya mereka bertindak seolah-olah esok tiada ada hari lagi untuk memerintah. Sejarah-sejarah demokrasi tercipta di Perak. Speaker di heret keluar oleh anjing-anjing "keselamatan", sidang dun di bawah pokok, polis bersenjata menceroboh dewan undangan negeri, 2 MB dan banyak lagi. Selama ini, mereka kata rakyat tidak puas hati dengan pemerintahan PR. Pelbagai isu yang berkaitan dengan PR disensasikan. Kalau betul rakyat sudah bosan dengan PR, kenapa takut dengan mahkamah rakyat??

Semalam, Najib menyerahkan segala yang berlaku kat Perak diserahkan kepada Zambri al-Pangkori untuk menyelesaikan. Nah, krisis dah tepu baru nak lepas tangan. Masa rampasan kuasa hari tue, nape 3 katak yang melompat tue berada kat pekan?? sapa yang pie jumpa sultan Azlan merekemen zambri sebagai MB?? Memang dasar pemimpin UMNO, baling batu sorok tangan, pas tue pie tunding kat orang lain. Zambri juga yang kena tanggung sorang-sorang ketika mana semua komponen BN mendesak UMNO mengadakan pilihan raya bagi menyelesaikan masalah ini dari berlarutan. Padan muke ko Zambri..!!!!! Meranalah 7 keturunan.

"Ya Allah, KAU leraikanlah segala masalah yang berlaku dinegeriku, KAU tunjukkanlah yang benar itu suatu kebenaran dan kami ikut kebenaran tersebut, dan KAU tunjukkanlah yang batil itu sebagai suatu kebatilan supaya kami hindar kebatilan tersebut. Menangkanlah yang benar dan singkirkanlah yang batil. Semoga negari kami berada dalam keadaan yang makmur dan sejahtera"






Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU