Mursyidul Am Ikhwanul Muslimen yang baru..


Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy, Mursyid Am Ke Lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Pada pukul 11.00 am (5.00 pm waktu Malaysia) tadi, Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun. Beliau adalah Mursyid Am ke lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928. Dr Muhammad Badi’ menggantikan Mursyid Am Ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir dan anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan 3 orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.

Dr Muhammad Badi’ mendapat ijazah Sarjana Muda (B. Sc.) Veterinary Science (Kedoktoran Haiwan) dari Universiti Kaherah pada tahun 1965, ijazah Sarjana Vet Sc tahun 1977 dari Universiti Az-Zaqaziq, Ph.D Vet. Sc tahun 1979 dari Universiti Az-Zaqaziq, Professor Madya Vet. Sc. Di Universiti Az-Zaqaziq tahun 1983, Professor Vet. Sc. Di Universiti Kaherah cawangan Bani Suef tahun 1987, ketua Jabatan Patologi, Fakulti Vet. Sc. Tahun 1990. Beliau telah menyelia 15 thesis Masters dan 12 thesis Ph.D dan berpuluh kertas penyelidikan dalam bidang Kedoktoran Haiwan (Vet. Sc.). Sekarang beliau bertugas sebagai Professor di Jabatan Patologi, Fakulti Sains Veterinar di Universiti Bani Suef, selatan Mesir.

Dalam arena Dakwah Ikhwan Muslimin, beliau menjadi anggota Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1975, Masul Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1977, Masul Tarbiyah di Ar-Rabitah, Yaman (1982 – 1986), anggota Maktab Idari di Bani Suef (1986), Masul Maktab Idari di Bani Suef (1990), Masul Tarbiyah Mesir (1994), anggota Maktab Irsyad (sejak 1996) dan anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin Antarabangsa (2007) dan Penyelia Biro Tarbiyah (2007).

Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Beliau bersama-sama sebahagian pimpinan Ikhwan Muslimin termasuk ahli tafsir Fi Zilal Al-Quran, Asy-Syahid Sayyid Qutb dihadap ke Mahkamah Tentera pada tahun 1965 dimana Sayyid Qutd dijaatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala beliau dipenjara 15 tahun. Selepas 9 tahu, beliau dibebaskan pada tahun 1974. Pada 1998, beliau dipenjara selama 75 hari atas isu “Persatuan Ad-Dakwah Al-Islamiah”. Pada tahun 1999, Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Pada tahun 2008, ketika musim Pilihanraya Dewan Undangan Negeri, beliau dipenjara selama sebulan.

Nama Dr Muhammad Badi’ tersiar dalam Ensaiklopedia Ilmiah Arab dikalangan 100 tokoh Arab yang diterbitkan oleh Badan Penerangan Mesir tahun 1999.

Semoga Allah swt mengurniakan beliau TaufiqNya dalam memimpin jemaah Ikhwan Muslimin yang menjadi salah satu tempat harapan ummah Islamiyah dalam mengembalikan identity Islam kedalam diri dan masyarakat Islam, berhadapan dengan penentangan dan projek gergasi Amerika, Yahudi dan barat untuk menguasai dunia dan menghancurkan Islam. “Wahai orang-orang beriman, jika kamu menolong Allah, Dia akan menolong kamu dan akan meneguhkan pendirian dan kedudukan kamu” (Al-Quran)

ALLAH itu milik siapa???

Isu ini meletup di dada akhbar dan media-media elektronik. Masing-masing cuba melontarkan hujah dalil sama ada mereka menyokong nama Allah s.w.t digunakan kepada non-muslim atau pun tidak. Aku selaku orang yang masih lagi belum mendalami ilmu agama tidak berani memberi apa-apa komen mengenai isu ini. Yang pastinya, seandainya sekelian manusia bersama-sama jin dan makhluk-makluk lain bersatu menghina kesucian Allah s.w.t maka ingatlah, kedudukan ALLAH s.w.t tidak akan berganjak walaupun sedikit.

Cuma perkara yang mengherankan apabila ada segelintir manusia yang tiba-tiba menjadi juara dalam isu ini.Merekalah yang berada dihadapan sekali semasa demonstrasi. Mereka cuba menonjolakan identiti seolah-olah "kamilah yang menjadi penyelamat kepada Islam". "Marilah bersama kami bersatu memperjuangkan kalimah ALLAH".

Sedangkan sebelum ini, jika ada isu melibatkan Islam, mereka seolah-olah bisu. Lihatlah beberapa kes sebelum ini antaranya :

Kes Pertama:

Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.

Kes Kedua:

Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh.

Kes Ketiga:

Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.

Kes Keempat:

Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.

dan banyak lagi perkara-perkara yang benar-benar menghina kesucian Islam seperti mempertikaikan hukum jenayah Islam,sistem faraid dalam Islam, masyarakat Islam yang ditindas di selatan Thai dan Mindanao masjid dirobohkan,riba judi dan rasuah yang semakin berleluasa dan sebagainya.Persoalannya dimanakah puak-puak ini? Adakah kerana isu tersebut tidak menyumbang kepada kestabilan kedudukan politik mereka maka mereka hanya berdiam diri sahaja?

Sudah terang lagi bersuluh. sudah jelas orang yang benar-benar konsistan memperjuangkan ISLAM dan yang berpura-pura(baca : munafiq). Janganlah mudah terpedaya dengan situasi yang mereka cipta sendiri dan mereka sendiri yang menjadi hero menyelesaikan masalah tersebut.

dakwah di KLCC

Maaf, tiada gambar XPDC di KLCC, camera cybershot masih lagi ditangan kak cik dan handset aku tidak ada flash =P
====================================================================

Setelah hampir 21 tahun aku dilahirkan dan menghirup udara di bumi Malaysia, semalam,(31 Disember 2009) buat julung-julung kalinya aku bersama-sama dengan ribuan rakyat Malaysia berkumpul di KLCC. Matlamat ke sana bukanlah nak berpoya-poya seperti remaja-remaja lain. Aku, Ku atif dan asyrafuddin ke sana semata-mata menyambut seruan dakwah yang di palu oleh Pemuda Pas Pusat.Asalnya, aku nak bersama-sama dengan sahabat-sahabat mahasiswa yang turut sama berdakwah di Dataran Merdeka. Kali ini aku nak bertukar angin pula. Xpdc dakwah anjuran Gamis sudah 2,3 kali aku terlibat. Kadang-kadang nak rasa juga berdakwah bersama-sama dengan Ustaz Nasaruddin Tantawi.

Kami diminta untuk berkumpul di Masjid As-Syakrin tepat jam 10.oo mlm untuk sesi taklimat. Dimaklumkan, kawasan KLCC menjadi tempat penunjung berkumpul untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api jam 12.00am.Walaubagaimanapun disebabkan beberapa masalah, kami selamat sampai jam 10.45 mlm. Kereta pun parking kat tepi jalan je sebab semua tempat parking sudah penuh. DPPP membekalkan beberapa risalah untuk disebarkan kepada semua pengunjung yang hadir.

Pada saat ini, iman aku benar-benar diuji. Adakah ilmu-ilmu yang ditadah di kuliah-kuliah pengajian terutamanya berkaitan dakwah mampu dipraktikkan. Arahan yang dikeluarkan oleh DPPP mudah sahaja. Jumpa dengan mad'u, tanya khabar dan edar risalah. Tetapi bila masa nak edar risalah, hanya Allah sahaja yang tahu beratnya hati dan tangan yang nak mengedar. Mase tue teringat sepotong ayat Al-Quran :

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (al-ankabut:2)

Namun begitu, hati dikentalkan juga. Rasa malu dan segan ditepis jauh (diorang bukan kenal pun, nak malu apa).Setiap pengunjung yangmelintas aku berikan risalah dan ucapan tahun baru. Reaksi mereka macamlah. Ada yang mencebik, yang senyum dan ada juga yang memaki hamun. Itu semua sunnah sebagai seorang daie. Sedangkan Rasulullah s.a.w pun dicop sebagai seorang gila oleh kafir musyrikin semata-mata membawa kalimah Laa ilaha ilaAllah.

Ketika perjalanan pulang, aku terfikir sesuatu. Seandainya hanya XPDC sahaja yang mampu kita buat,penyebaran dakwah tidak akan ke mana-mana.Benar, hidayah itu datang daripada Allah s.w.t namun, kita dituntut untuk pelbagaikan method dakwah supaya risalah tauhid dapat dirasai oleh segenap masyarakat.

Sebagai contoh, sebelum kedatangan Islam, masyarakat jahiliah menjadikan syair sebagai hiburan. Adakalanya, syair mampu menyebabkan yang sedih menjadi gembira, membangkitkan semangat dan dijadikan alat untuk mencari pendapatan. Setelah Muhammad s.a.w diutuskan menjadi Rasul, syair tidak diharamkan malah Islam membawa sesuatu yang berganda lebih indah dari syair iaitu AL-Quran sehingga ramai yang memeluk Islam kerana keindahan Kalamullah.


Kini, sudah tiba masanya kita mengubah suasana sambutan tahun baru bukan sahaja dengan XPDC dakwah sahaja, malah kita yang menjadi penganjur sambutan tahun baru dan event-event lain. Buangkan perkara-perkara yang haram seperti percampuran lelaki dan perempuan, tidak mengabaikan solat dan tonjolkan nilai-nilai Islam. Barulah masyarat melihat indahnya ajaran Islam seterusnya mengubah perspektif Islam agama pengongkong.

Beberapa pihak dilihat sudah mula mengorak langkah seperti yang aku .Sambutan tahun baru anjuran Kerajaan negeri Kedah dan konsert Hijrah anjuran SEMARAK (Sukarelawan Muslim Perak) cukup Islamik dan jauh dengan budaya-budaya songsang anjuran barat. Tahniah diucapkan.Semoga dakwah islamiah akan lebih berkembang dari semasa ke semasa.

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU