dakwah di KLCC

Maaf, tiada gambar XPDC di KLCC, camera cybershot masih lagi ditangan kak cik dan handset aku tidak ada flash =P
====================================================================

Setelah hampir 21 tahun aku dilahirkan dan menghirup udara di bumi Malaysia, semalam,(31 Disember 2009) buat julung-julung kalinya aku bersama-sama dengan ribuan rakyat Malaysia berkumpul di KLCC. Matlamat ke sana bukanlah nak berpoya-poya seperti remaja-remaja lain. Aku, Ku atif dan asyrafuddin ke sana semata-mata menyambut seruan dakwah yang di palu oleh Pemuda Pas Pusat.Asalnya, aku nak bersama-sama dengan sahabat-sahabat mahasiswa yang turut sama berdakwah di Dataran Merdeka. Kali ini aku nak bertukar angin pula. Xpdc dakwah anjuran Gamis sudah 2,3 kali aku terlibat. Kadang-kadang nak rasa juga berdakwah bersama-sama dengan Ustaz Nasaruddin Tantawi.

Kami diminta untuk berkumpul di Masjid As-Syakrin tepat jam 10.oo mlm untuk sesi taklimat. Dimaklumkan, kawasan KLCC menjadi tempat penunjung berkumpul untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api jam 12.00am.Walaubagaimanapun disebabkan beberapa masalah, kami selamat sampai jam 10.45 mlm. Kereta pun parking kat tepi jalan je sebab semua tempat parking sudah penuh. DPPP membekalkan beberapa risalah untuk disebarkan kepada semua pengunjung yang hadir.

Pada saat ini, iman aku benar-benar diuji. Adakah ilmu-ilmu yang ditadah di kuliah-kuliah pengajian terutamanya berkaitan dakwah mampu dipraktikkan. Arahan yang dikeluarkan oleh DPPP mudah sahaja. Jumpa dengan mad'u, tanya khabar dan edar risalah. Tetapi bila masa nak edar risalah, hanya Allah sahaja yang tahu beratnya hati dan tangan yang nak mengedar. Mase tue teringat sepotong ayat Al-Quran :

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (al-ankabut:2)

Namun begitu, hati dikentalkan juga. Rasa malu dan segan ditepis jauh (diorang bukan kenal pun, nak malu apa).Setiap pengunjung yangmelintas aku berikan risalah dan ucapan tahun baru. Reaksi mereka macamlah. Ada yang mencebik, yang senyum dan ada juga yang memaki hamun. Itu semua sunnah sebagai seorang daie. Sedangkan Rasulullah s.a.w pun dicop sebagai seorang gila oleh kafir musyrikin semata-mata membawa kalimah Laa ilaha ilaAllah.

Ketika perjalanan pulang, aku terfikir sesuatu. Seandainya hanya XPDC sahaja yang mampu kita buat,penyebaran dakwah tidak akan ke mana-mana.Benar, hidayah itu datang daripada Allah s.w.t namun, kita dituntut untuk pelbagaikan method dakwah supaya risalah tauhid dapat dirasai oleh segenap masyarakat.

Sebagai contoh, sebelum kedatangan Islam, masyarakat jahiliah menjadikan syair sebagai hiburan. Adakalanya, syair mampu menyebabkan yang sedih menjadi gembira, membangkitkan semangat dan dijadikan alat untuk mencari pendapatan. Setelah Muhammad s.a.w diutuskan menjadi Rasul, syair tidak diharamkan malah Islam membawa sesuatu yang berganda lebih indah dari syair iaitu AL-Quran sehingga ramai yang memeluk Islam kerana keindahan Kalamullah.


Kini, sudah tiba masanya kita mengubah suasana sambutan tahun baru bukan sahaja dengan XPDC dakwah sahaja, malah kita yang menjadi penganjur sambutan tahun baru dan event-event lain. Buangkan perkara-perkara yang haram seperti percampuran lelaki dan perempuan, tidak mengabaikan solat dan tonjolkan nilai-nilai Islam. Barulah masyarat melihat indahnya ajaran Islam seterusnya mengubah perspektif Islam agama pengongkong.

Beberapa pihak dilihat sudah mula mengorak langkah seperti yang aku .Sambutan tahun baru anjuran Kerajaan negeri Kedah dan konsert Hijrah anjuran SEMARAK (Sukarelawan Muslim Perak) cukup Islamik dan jauh dengan budaya-budaya songsang anjuran barat. Tahniah diucapkan.Semoga dakwah islamiah akan lebih berkembang dari semasa ke semasa.

Comments

0 Responses to "dakwah di KLCC"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU