
Komputer di bilik aku yang rosak sejak beberapa bulan akhirnya kembali berfungsi.Aku explore semahu-mahunya komputer nie, buka balik file-file dan folder-folder yang aku simpan tahun lepas,takut-takut ada folder yang hilang atau corrupt ke.Aku baru teringat, kat dalam hard disk komputer ini juga tersimpan gambar-gambar kenangan semasa di Smka Sultan Azlan Shah (SMKASAS).
Nasib baik gambar-gambar ini masih tersusun rapi di dalam folder picture. Gambar-gambar ini mahal harganya berbanding dengan yang lain kerana terdapat seribu satu cerita di sebalik gambar-gambar tersebut. Sedikit demi sedikit, memori otak yang yang sebelum ini penuh dengan formula-formula dan fakta-fakta fizik,chemistry dan Religions in Malaysia kembali di isi dengan kenangan 5 tahun menuntut di SMKASAS.
Melangkah Masuk
SMKASAS bukanlah sekolah menengah pertamaku. Sebelum itu, aku menuntut di Smk King Edward 7 dan menetap di asramanya. Sekolah ini antara sekolah yang menjadi kegilaan kepada sportman di Perak dan salah seorangnya adalah aku. Team sukan sekolah terutamnya rugby digeruni oleh sekolah-sekolah serantau Perak dan antara harapan aku memasuki sekolah ini supaya aku terpilih menjadi salah seorang wakil sekolah dalam sukan rugby.
Memandangkan result UPSR yang agak cemerlang, aku ditempatkan di kelas elit.Kelas ini menghimpunkan pelajar-pelajar cemerlang dalam UPSR. Pada mulanya, bilangan pelajar di kelas ini agak ramai, hampir 40 orang. Selang beberapa hari, ramai yang berpindah ke sekolah berasrama penuh. Akhirnya tiba giliran aku pula mengikut jejak langkah mereka.(bagaimana aku berpindah ke smka sudah aku ceritakan posting yang lepas).
Aku ke sana dengan seribu harapan dari keluarga. Akulah orang pertama dari keluarga yang melangkah ke sekolah agama. Abang dan kakak aku ada yang ke MRSM, Sekolah teknik dan Convent. Adik bongsu aku pula ke SBPI.
Cerita Hantu.
"adik-adik, lepas pukul 12 kalau nak ke toilet hati-hati, ajak teman sekali, jangan sorang-sorang." seorang senior memulakan kalam
"Kenapa pulak bang?" kami bertanya kehairanan.
"kalau adik-adik nak tahu, dulu ade seorang pelajar ke tandas lepas pukul 12. Sorang-sorang je."senior dengan semangat memulakan cerita.
Kami yang masih tingkatan satu fokus mendengar setiap kalimah yang keluar dari mulut abang senior.
"sampai je kat tandas,dia ternampak seseorang tengah gosok gigi. Dia pun tegur kat orang yang gosok gigi tue."
"Hai, sorang je ke?"
Senior tadi menyambung. " Orang yang gosok gigi tue berpaling ke arah pelajar tersebut. Terkejut pelajar tadi kerana orang tadi menggunakan berus gigi besi dan mulutnya berdarah-darah sambil tersenyum ke arahnya. Oleh kerana terlalu terkejut dan takut, pelajar tadi pengsan di situ juga dan ditemui keesokan hari."
Aku dan kawan-kawan roomate dorm Abbas ketakutan pada malam tersebut. Malam itu juga sebelum tidur, kami satu dorm(14 orang) ke tandas. Dah jadi macam rombongan pula. Yang lebih menyedihkan, di sebabkan cerita dongeng tersebutlah ada di kalangan ahli dorm Abbas yang kencing di atas tilam,kencing kat koridor dan tepi dorm gara-gara takut nak ke tandas lepas pukul 12 malam.
Ada banyak lagi cerita-cerita hantu yang menghantui kami ketika itu. Cerita perempuan yang kehilangan anak, tentera udara yang terikat dengan bola besi,toyol di dewan makan, hantu loker,hantu padang dan banyak lagi.
Cerita ini bukan sahaja berlegar-legar di kalangan dorm aku sahaja, semua batch aku mengetahui dan majoriti mempercayainya. Kesannya,selepas sahaja jam 12 malam, floor tingkatan satu sunyi sepi. Masing-masing berada di katil dan tidak berani nak merayau-rayau.
Setelah aku naik ke tingkatan 3 baru aku mengerti mengapa senior-senior dulu.Tujuannya supaya budak-budak tingkatan satu tidur awal.Selalunya yang buat bising nie form 1. Dah mereka tak ade kerja sangat,homework pun sikit dan tak fikir nak exam pun. Kebisingan ini yang menyebabkan kadang-kadang ade di kalangan senior yang menjerit suruh diam dari bilik prep (bilik study) dan tujuan lain supaya kanak-kanak form 1 boleh bangun awal. Inilah satu tarbiah yang mereka didik kepada Form 1.
Aku sama sekali tidak setuju cara pentarbiahan begini. Kalau benar nak tarbiah, ada cara lain yang lebih sesuai. Ketika aku menjadi Timb President Badri(BADAR), aku cuba menghalang cerita hantu dari terus berleluasa. Pernah satu kes pelajar memohon untuk tukar ke sekolah lain kerana takutkan "hantu" di asrama.Malang sekali kepada pelajar tersebut kerana takutkan kepada benda yang tiada.Kerana cerita karut tersebut emosi Form 1 tidak stabil, kerja-kerja bodoh seperti yang aku kata di atas berlaku dan paling merisaukan aqidah Form 1 boleh terpesong.
Sekarang aku tak pasti sama ada cerita hantu yang di bawa dari mulut ke mulut masih ada atau tidak. Zaman sekarang nie hantu pun lebih takutkan manusia. Tak taw le kalau ada juga yang masih meneruskan tradisis gila ini.
to be continue....
hurmmm..bnyak btol antoo kt SMKASAS...btol ke wujud citer2 tu sume?anda pnah nmpak dgn mata sndri??smkasas tu tapak bekas perang ke apew?
tarak r..tipoo je sume 2. saje nak takut2 kan junior..saye 5 tahun dok c2 xpernah pun nmpak sekor hantu pun.orng yg macam hantu ade r.huhuh tp pernah gak trjadi satu peristiwa berhantu mase saye form 1..
owh!masa form 1??macamne criternye ye??tak sabo nak bace smbungan criternyer...
sat na..tengah exam nie..sebuk skit
haha..hisham,aku pon dgr cerita yg sama.tkt jugak nak pegi toillet.tp aku mmg pnakut pon..huhu
rindu smkasas..seronok skola situ.pentarbiahan diri bermula di situ.huhu..alhamdulillah bersambung di KISAS.:)
o0o,ko timbalan BADRI eh?
to asyila : ha'ah,tah depa xreti nak lantik org..
kalu ko nak taw versi cite hntu nie kat mana2 asrama lbih kurang je..
however,kenangan kat sana mmg best..tmbahan plak dah lama xsinggah kat sn..sibuk gile dok kat u nie,rindu2..
to ntah sape sape : xam dah habis..tnggu smbngn cerita..awk mmg suke tgk cite2 hantu ke???