Kenapa perlu memilih selain dari Islam?


Allhamdulillah, malam tadi dapat belajar serba sedikit ilmu tentang sistem-sistem Islam secara direct dengan Ustaz Zaharuddin Muhammad 

Malaysia bukan sahaja kena menukar pemerintah bahkan termasuk sekali dengan sistem kepada sistem Islam 

contohnya yang

 diberi...

Kes study

"Seorang pemandu lori terlanggar 1 orang pekerja plus sehingga mati ( mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan 3 orang anak yang masih bersekolah).."

A.Hukuman sekarang

"Pemandu dikenakan hukuman penjara 2 tahun dan denda RM6000"

Duit denda diberikan kepada Kerajaan Malaysia dan waris si mati yang tidak dapat apa2 pun dari penjenayah malah terpaksa berfikir panjang untuk mencari duit untuk menyara kehidupan

B.Undang-undang Islam

"Pemandu mestilah membayar diat berbentuk wang ringgit kepada Waris mangsa kerana membunuh tanpa sengaja"
Waris si mati mendapat wang untuk berbelanja sementara mencari pekerjaan untuk meneruskan kehidupan dengan anak-anak. Sekiranya penjenayah tidak mampu maka Baitul Maal bertanggungjawab keluarkan untuk diberi kepada waris mangsa

kalau mengikut undang-undang sekarang, rakyat buat jenayah, kerajaan dapat duit. kalau ikut undang-undang Islam, rakyat buat jenayah kemungkinan kerajaan kena keluarkan duit.

Objektif hukuman Islam adalah untuk membela mangsa dan beri pengajaran kepada rakyat secara keseluruhan.

Inilah kehebatan sistem Islam. Adil kepada semua. Malangnya umat Islam sendiri yang sangsi dengan sistem ini. Yang mereka lihat Islam ini hanyalah solat, puasa, zakat dan haji.. Itupun ramai yang malas nak laksanankan..

selagi mana kita tidak kembali kepada Islam secara menyeluruh (kaffah) selagi itulah umat Islam menjadi umat yang paling hina di muka bumi Allah..~

Gendang sudah dipalu..



Sahabat-sahabat besar Rasulullah saw seperti Abu Bakar ra,Umar al-Khattab ra, Abu Ubaidah Al-Jarrah ra serta sahabat-sahabat dari Ansor berkumpul di Saqifah Bani Saadah untuk melantik penganti kepada Rasulullah saw sebagai khalifah dan meni

nggalkan jenazah Baginda yang mulia kepada kaum keluarga Baginda yang terdekat.

Adakah sahabat lebih cintakan jawatan berbanding Rasulullah saw??

Bahkan sejarah membuktikan mereka lebih kasihkan Baginda melebihi segala-galanya yang ada di langit dan bumi. Namun, perlantikan ketua kepada umat Islam bukanlah perkara yang main-main. Salah memilih ketua maka huru-haralah umat menghadapi ancaman musuh dari dalam mahu pun luar.

Bagitulah bijaksana para sahabat meletakkan aulawiyat pada tempat yang selayakknya.

Justeru, saya mewakili HEALS BOARD mengajak seluruh sahabat perjuangan Allied Health Sciences khususnya dan semua warga IIUM umunya untuk bersama-sama memeriahkan Pilihan Raya Kampus yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Sekiranya kita merasakan ada dikalangan kawan-kawan sekulliyah yang layak untuk memegang jawatan SRC, jangan segan silu untuk mencalonkan mereka. Dan kita sebagai "rakyat", tunaikan amanah kita untuk melantik pimpinan yang "Qawiyyun" (Kuat) dan "Amin" (Amanah)..

Sabda Rasulullah saw

"Ashabi kannujum, biayyihim iqtadaitum ihtadaitum".

Maksudnya: ‘Sahabat aku seperti bintang di langit, sesiapa di kalangan mereka yang kamu ikut, kamu akan dapat petunjuk.

Ahmad Hisham Bin Shamsuddin
Vice President 2
Allied Health Sciences Student Society (HEALS)

Berapa lama 50 ribu tahun tue?



1.Bila kita di kampus, kita rasa nak balik rumah..

Selepas belajar tungkus-lumus selama 14 minggu, akhirnya cuti sem bermula dan dapatlah kita balik, cium mak dan peluk abah...

2.Bila kita di rumah pulak, rasa nak pulang ke kampus. Nak jumpa kawan-kawan, lecturer, dan makcik dan pakcik guard terchenta.

Setelah penat golek-golek kat katil, tolong mak kemas rumah dan kerje part-time, akhirnya cuti pun semakin berakhir dan tak lama lagi kita akan melangkah kembali ke kampus..

3.Rasa baru sahaja daftar masuk, taw-taw dah masuk tahun ke 3 dah. Begitulah sunnah dunia. Setiap yang bermula, pasti ada pengakhiran. Cuma sekejap atau lambat sahaja.

4. Namun, di akhirat nanti, masanya tidaklah sama seperti di dunia. Masanya terlalu panjang tak tercapai oleh akal.

"Malaikat2 dan jibril naik(menghadap) kepada Tuhan sehari yg kadarnya lima puluh ribu tahun."  [Al-Ma'arij:4]

Ayat ini menjelaskan mengenai para malaikat dan juga Jibril a.s yg saban hari menghadap Tuhan,kadar masa bagi 1 hari di alam malaikat itu ialah 50,000 tahun. Demikianlah bandingan masa bagi satu hari yang ditempuh oleh para malaikat bersamaan dengan 50 ribu tahun

5. Lamakan? Sekiranya kita diberi nikmat, maka nikmat tersebut akan berkekalan lamanya. Bagaimana pula sekiranya kita diazab oleh Allah, sanggupkan kita menahan pedihnya azab Allah dalam jangka masa yang tersangatlah lama?

6. Kena ekzos moto selama 15 saat pun dah tak sanggup, inikan pula azab yang tidak tergambar pedihnya.

7. Maka manfaatkanlah masa yang berbaki untuk minta kerahmatan, keampunan dan pembebasan dari api neraka.Selagi nyawa kita dikandung badan,ketiga-tiga pintu sentiasa dibuka kepada hambaNya walaupun setelah berakhirnya Ramadhan.

“Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (az-Zumar: 53)

Selamat beribadah pada malam-malam terakhir Ramadhan

Hujan..



Semua sedia maklum, tidak siapa boleh menilai iman seseorang sama ada dia beriman atau pura-pura beriman. Namun, kita sendiri boleh menilai tinggi atau rendah iman kita berpandukan perkara seharian yang kita lakukan.

okies, kita ambil hujan sebagai experiment.

Study kes 1.

" Pagi ini kita dalam perjalanan ke tempat kerja, jarak antara tempat kerja dan rumah adalah 10km dan kenderaan yang kita naiki adalah motosikal. Sebelum kita melangkah ke tempat kerja, tiba-tiba langit menjadi gelap, awan hitam sudah berarak bersedia menurunkan isinya."

Apa tindakan kita?

A: Pakai baju hujan dan terus ke tempat kerja
B: Tinggal di rumah dan maklum kepada bos ketidakhadiran sebab hujan.

Study kes 2.

"Selepas pulang ke rumah dari tempat kerja, masa sudah menunjukkan 5 minit lagi azan Maghrib akan berkumandang. Jarak antara surau/masjid dengan rumah  adalah 500m. Ketika kita bersiap-siap hendak ke masjid tiba-tiba hujan renyai-renyai turun membasahi bumi."

Apa tindakan kita?

A: Ambil payung dan terus ke masjid untuk solat berjemaah
B: Solat sendiri-sendiri di rumah atas alasan hujan.


Tanyalah kepada diri, adakah kita hamba kepada Allah swt atau hamba kepada dunia..

Tepuk dada, tanyalah Iman...~

Ujian Memandu...





Siapa ada buku nie?? 

Mesti ramaikan yang pernah memiliki buku tersebut semata-mata untuk lulus ujian memandu..

Tetapi, beramai ramai yang berhabis duit membeli buku-buku agama untuk mahu lulus ujian lisan mungkar dan nakir, ujian timbangan Al-Mizan dan ujian berjalan di Titian Sirat?

Gagal ujian memandu, bayar RM60.00 dan ulang balik..
Gagal ujian akhirat, bolehkan kita kembali ke dunia??

Harga Seorang Sahabat


Manusia juga sering mencari nahas semasa sahabat dengan membuat perbandingan:

1. 'siapa yang berkorban lebih banyak untuk siapa'

2. mengungkit perkara yang lepas-lepas kerana marah, tersinggung perkara masa ini...

3. menuduh membuat komen kerana mainan minda dan sangka buruk diri sendiri tanpa usul periksa

4. lupa pada waktu gembira bersama bila berdepan dgn perbezaan pendapat...

5. memperbesarkan kesilapan sahabat

6. memperkecilkan usaha sahabat

7. ego merasakan diri betul dan kawan sentiasa silap

8. terlalu fokus dengan perbezaan pendapat daripada persamaan pendapat

9. jika ada perbedaan umur, yang tua selalu merasakan dirinya lebih besar daripada yang muda

10. cara bercakap, menaip kata-kata di alam maya yang dibaca dengan emosi berlainan...

Bukan mudah untuk dielakkan, tapi petuanya mudah - Sahabat adalah kurniaan Allah, hargainya selagi dia ada.

Bila berasa marah, bayangkan besok hari terakhir, dan tanya diri adakah berbaloi perkara yang kita marahkan pada dia yg bergelar sahabat?

Senyum. (^^)

-Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man-





p/s: nikmat dunia yang paling berharga selepas isteri yang solehah dan keluarga yang mawaddah adalah sahabat..!!

Puasa dan Ikhlas



1.Puasa adalah amalan yang tidak zahir pada pandangan manusia

2.Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu sama ada berpuasa atau tidak

3.Kebanyakkan amalan bermula dengan paksaan, lama kelamaan barulah ikhlas itu hadir dengan sendiri.

4.Tanpa ikhlas, nescaya hilanglah segala amal..

5.Allah berfirman dalam surah Al-bayyinat:5 “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar”.

6.Ditanya kepadanya Fudhail bin Iyadh : Apakah yang paling ikhlas dan apakah yang paling betul?" 

Beliau menjawab 

"Sesuatu amalan yang dilakukan dengan ikhlas tapi tidak betul, tidak diterima Allah dan jika amalan itu betul tapi tidak ikhlas, juga tidak diterima oleh Allah sehinggalah amalan itu ikhlas dan betul kerana Allah"

7.Bila amal disertakan dengan ikhlas, barulah kemuncak kepada puasa iaitu beroleh "Taqwa" akan menampakkan jalan..


lepas nie payah dah nak tangkap gambar dengan bakal YB Bukit Gantang...

Ulama Itu Adalah Pewaris Nabi

Ijtima’ Ulama’ Nusantara Sempena Ihya’ Ramadhan 1433H 

Ijtima’ besar-besaran yang bakal dihadiri oleh Ulama’ seluruh Malaysia, Indonesia dan Thailand termasuk wakil ulamak dari Yaman akan diadakan pada 15 dan 16 Ramadhan 1433H bersamaan 4 dan 5 Ogos 2012M bertempat di Qaryah Ramadhan, Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan. Semua pencinta Islam dijemput hadir beramai-ramai dalam memeriahkan majlis ini Majalah Q&A akan hadir untuk buat liputan

15 ramadhan 1433H/4 Ogos 2012M

Solat isyak Tarawih berjemaah di qaryah ramadhan
Tazkirah Oleh Wakil Ulamak Pattani (rombongan 30 orng)

16 Ramadhan 1433H/5 Ogos 2012M

Solat Subuh Berjemaah di qaryah ramadhan
Tazkirah Subuh Wakil Ulamak Nusantara

9.30pg : HALAQOH ILMU 1 (PERANAN ULAMAK DALAM AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR) 
Moderatur : Ustaz Tuan Hj Syarifudin(KIAS)
Pembentang : Dr Hj Abd Basit Bin Hj Abd rahman
Pengulas : Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Hj Ramli 

10.45pg : HALAQOH ILMU 2 (PERANAN PUSAT PENGAJIAN PONDOK DALAM MELAHIRKAN KEPIMPINAN UMMAH)
Moderatur : Us Hj Mokhtar Senik (pahang)
Pembentang : Tg Hj Salleh Bin Hj Musa (Kedah)
Pengulas : Tg Hj Zulkifli Bin Hj Ismail (Melaka)

12.00tgh : KETIBAAN YAB TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA MENTERI BESAR KELANTAN

MAJLIS PERASMIAN IJTIMA' ULAMAK NUSANTARA 1433H
2.00ptg : Liqo' Ulamak Nusantara dan resolusi

5.00ptg : Bacaan Ratib Haddad & Majlis Maulid (bersama Team qasidah Maahad Muhammadi Lelaki (mml) dan Al-Ihya' dri P.Pinang)*Habib Ahmad Haddar 
*Syeikh Mahmud Karim (Munsyid Habib Omar)

Antara ulamak yg akan hadir..
-Syeikh Hj Muhd Zainul Asri & ulamak kedah lain
-Tg Hj Zulkifli Sg Udang
-Tg syed suhaimi & (ulamak trenngganu lain)
-Syeikh Syairozi (bersama ulamak perak lain)
-30 orng wakil Pattani...

Aku Si Jubah Puteh



Dulu tuan aku selalu menjadikan aku pakainya ketika solat, namun setelah tuan aku dihadiahkan sepasang jubah kelabu dari Tanah Suci Mekkah, aku semakin dibiarkan..

Tuan aku memberi alasan aku selalu kedut, dy malas nak streka bila aku berkedut, persaing aku si jubah kelabu tidak pernah aku lihat berkedut walaupun selepas basuh.

sekarang sudah masuk Ramadhan ke 6. Semakin hari, aku semakin jeles dengan persaing aku. Tuan aku selalu memakainnya ketika beliau menjadi imam tarawikh dan witir. Aku rasa, aku semakin di pinggirkan oleh Tuan aku.

Aku harap, Tuan aku cepat-cepat mencari orang yang boleh streka aku hari-hari. bolehlah aku memberi khidmat kepada Tuan aku sehingga ke hujung usia...~



p/s: semalam mak aku hadiahkan lagi jubah dari haramain..bertambah jeleslah dy..

Pesanan Al Habib Ali Al Jofri



Al Habib Ali Al Jufry menggariskan 3 cara untuk mengekalkan semangat beribadah dalam bulan Ramadhan:

1. Doa & pengharapan kepada Allah
2. Menjaga pandangan, perdengaran & pertuturan
3. Hati sentiasa hadir bersama Allah ketika beribadah


Perbanyakkanlah doa kepada Allah swt pada bulan Ramadhan.

1. Doa diberi kemudahan kepada umat Islam yang ditindas di seluruh pelosok dunia.
2. Doa diberi kemenangan kepada Islam pada Pilihan Raya Umum 13 di Malaysia.





Asing...

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam,

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".



Kita Mahu Jadi Pencipta Atau Pemerhati Sejarah?




Alhamdulillah, semalam kita mendapat berita gembira dari Mesir. Pilihan raya President Mesir yang pertama selepas kejatuhan regim Husni Mubarak telah di menangi oleh Dr Muhammad Morsi yang mewakili Freedom and Justice Party, sayap politik dari Pergerakan Ikhwanul Muslimin. 

Kemenangan ini bukanlah kemenangan rakyat Mesir semata-mata, kemenangan ini harus di lihat kemenangan umat Islam di seluruh dunia terutamanya di umat Islam di Timur Tengah. Selepas SPR mengumumkan keputusan, rakyat-rakyat di Ghaza, Palastine bersorak kegembiraan manakala rakyat negara haram Israel pula menjerit kekecewaan.


Kemenangan ini juga menjadi bibik-bibik awal kepada pembebasan Palastine dan Masjid Al-Aqsa. Kita lihat dari sejarah, Salahuddin Al-Ayubi menguasai Mesir terlebih dahulu sebelum gagah merampas kembali bumi Palastine dari tangan kerajaan Rom. InsyaAllah, sejarah ini hanya menunggu masa untuk berulang kembali.

Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah kita hanya bersorak meraikan kejayaan di luar sedangkan di dalam, hanya membiarkan umat yang semakin hari semakin jauh dengan Islam. Dr Muhammad Morsi dan seluruh rakyat Mesir sudah melaksanakan tanggungjawab memenangkan Islam di sana. Maka di Malaysia, adalah menjadi beban yang perlu di galas oleh kita untuk memastikan kejayaan Islam di Mesir akan bercambah di negara kita yang tercinta.

Ahmad Hisham Bin Shamsuddin 
Vice President 
Allied Health Sciences Students Society (HEALS)

Cukupkah Sekadar Berhimpun?






Al-Hakim menyebut dengan katanya: Di dalam beberapa hadith yang mutawatir, meriwayatkan bahawa sebaik sahaja menjelangnya bulan Zulkaedah, Baginda memerintah para sahabat menunaikan umrah yang tertangguh dahulu, sesiapa yang menyertai di dalam perjanjian al-Hudaibiah dahulu tidak boleh mengecualikan diri, dengan itu mereka semua pun keluar menuju ke Makkah terkecuali mereka yang mati syahid. Turut serta ialah sahabat-sahabat yang lain yang ingin mengerjakan umrah pada tahun ini, jumlah semua peserta ialah dua ribu selain kaum wanita dan kanak-kanak

Rombongan Rasulullah saw dan para sahabat yang di anggarkan berjumlah 2000 orang memasuki kota Makkah untuk menunaikan umrah yang tertangguh pada tahun lepas disebabkan oleh Perjanjian Hudaibiyyah. Orang-orang musyrikin Makkah berkumpul di Bukit Qaiq’aan di utara Makkah. Mereka berbual dan mempersendakan bahawa rombongan  Rasulullah saw membawa penyakit demam dari Yathrib(Madinah).

Mendengar khabar itu, Rasulullah saw memerintahkan para sahabat R.A berlari-lari anak ketika Tawaf 3 pusingan dan berjalan diantara 2 penjuru Ka’abah.Walaubagaimanapun, Baginda saw tidak melarang sahabat yang berlari semua pusingan. Baginda juga memerintahkan sahabat r.a Idhdhba’a iaitu mendedahkan bahu kanan dan meletakkan kain ihram di kiri. Matlamat kedua-dua perkara ini adalah untuk memperlihatkan kekuatan umat Islam kepada musuh.

Selepas pulang dari Umrah al-Qadha’ Rasulullah saw mengutuskan utusan-utusan kebeberapa tempat, antaranya utusan kepada Bani Salim,Banu Quda’ah dan Banu Hawazin. Utusan dihantar tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengembangkan lagi Islam di Jazirah Arab.

(Sumber; Fiqh Harakah 3: TG Abdul Hadi dan Al-Raheeq Al-Makhtum : Syeikh Sofy Ar-Rahman)

Dianggar lebih 50k membanjiri stadium Darul Aman

Kita percaya, musuh sudah gentar dan gundah gulana dengan kekuatan kita yang ditonjolkan dalam himpunan Xpresi Hijau Anak Muda, maka selepas itu kita bertanggungjawab pulang ke tempat masing-masing dan kembang luaskan lagi dakwah Islamiyyah kepada segenap masyarakat di Malaysia. Kita mahu kemenangan menawan Putrajaya menjadi tapak untuk Islam terus berkembang dan bukannya menjadi asas pembinaan Jahiliyyah baru diatas runtuhan jahiliyyah lama. 

ketika dumbbell lebih ringan dari selimut


Berat selimut tidak sampai 2kg
angkat satu jari pun boleh
tapi selimut ini kadang kala menjadi berat 

beratnya selimut bukan kerana lemahnya jasad


sebab nak angkat selimut ketika subuh memerlukan kekuatan ruhiyyah.


maka sebelum tidur
jangan lupa berwudu,baca ayat qursi dan 3 Qul


dan berdoa kepada Allah swt;


"Ya Allah Ya Tuhanku, Bangunkanlah Aku pada masa yang Engkau sukai."
(doa ini di ajar oleh Ustaz Syed Kadir Al-Joofre)


dan seringkali para pejuang lontarkan alasan


"Aku penat berjuang semalam, so payahlah nak bangkit subuh jemaah"


muhasabahlah balik wahai pejuang Islam, kalau beginilah kehidupan harian kita,


"Adakah benar kita sedang  berjuang? atau sekadar bermain-main di medan perjuangan?"

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU