Cukupkah Sekadar Berhimpun?






Al-Hakim menyebut dengan katanya: Di dalam beberapa hadith yang mutawatir, meriwayatkan bahawa sebaik sahaja menjelangnya bulan Zulkaedah, Baginda memerintah para sahabat menunaikan umrah yang tertangguh dahulu, sesiapa yang menyertai di dalam perjanjian al-Hudaibiah dahulu tidak boleh mengecualikan diri, dengan itu mereka semua pun keluar menuju ke Makkah terkecuali mereka yang mati syahid. Turut serta ialah sahabat-sahabat yang lain yang ingin mengerjakan umrah pada tahun ini, jumlah semua peserta ialah dua ribu selain kaum wanita dan kanak-kanak

Rombongan Rasulullah saw dan para sahabat yang di anggarkan berjumlah 2000 orang memasuki kota Makkah untuk menunaikan umrah yang tertangguh pada tahun lepas disebabkan oleh Perjanjian Hudaibiyyah. Orang-orang musyrikin Makkah berkumpul di Bukit Qaiq’aan di utara Makkah. Mereka berbual dan mempersendakan bahawa rombongan  Rasulullah saw membawa penyakit demam dari Yathrib(Madinah).

Mendengar khabar itu, Rasulullah saw memerintahkan para sahabat R.A berlari-lari anak ketika Tawaf 3 pusingan dan berjalan diantara 2 penjuru Ka’abah.Walaubagaimanapun, Baginda saw tidak melarang sahabat yang berlari semua pusingan. Baginda juga memerintahkan sahabat r.a Idhdhba’a iaitu mendedahkan bahu kanan dan meletakkan kain ihram di kiri. Matlamat kedua-dua perkara ini adalah untuk memperlihatkan kekuatan umat Islam kepada musuh.

Selepas pulang dari Umrah al-Qadha’ Rasulullah saw mengutuskan utusan-utusan kebeberapa tempat, antaranya utusan kepada Bani Salim,Banu Quda’ah dan Banu Hawazin. Utusan dihantar tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengembangkan lagi Islam di Jazirah Arab.

(Sumber; Fiqh Harakah 3: TG Abdul Hadi dan Al-Raheeq Al-Makhtum : Syeikh Sofy Ar-Rahman)

Dianggar lebih 50k membanjiri stadium Darul Aman

Kita percaya, musuh sudah gentar dan gundah gulana dengan kekuatan kita yang ditonjolkan dalam himpunan Xpresi Hijau Anak Muda, maka selepas itu kita bertanggungjawab pulang ke tempat masing-masing dan kembang luaskan lagi dakwah Islamiyyah kepada segenap masyarakat di Malaysia. Kita mahu kemenangan menawan Putrajaya menjadi tapak untuk Islam terus berkembang dan bukannya menjadi asas pembinaan Jahiliyyah baru diatas runtuhan jahiliyyah lama. 

Comments

0 Responses to "Cukupkah Sekadar Berhimpun?"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU