Hari nie result SPM keluarkan??

Secara automatiknya teringan mase aku amik result.. 7 Tahun yang lepas..!!


Disebabkan mase tue aku tak ada lesen keta, jadi aku, Asyraf Sinki,Suhaimi baba dan Fuad tumpang keta Md Syze dari Taiping ke Bota.. Result SPM announce pukul 12.00pm, kalu ikutkan kena gerak seawal 9.00am kalau nak sampai on-time. Tapi, sebab driver sakit perut kitorang bergerak dari Taiping 11.00am.. 

Sampai kat perkarangan sekolah, dalam pukul 1.00pm, kire dah announce lah.. Asiah, Ayop, Fahmi masa aku atas keta lagi dah sms 'tahniah'.. Siot, detik-detik suspen nak amik result dengan cikgu kelas dah diorang rampas..

kawan-kawan lain nak kerumun kat kitorang..

"woopp2..!!, rilex dulu..korang nak celebrate bagai ke, tunggu aku amik result dulu.."

Jumpe dengan Cikgu Bainah PK HEM, terus cubitnya aku..

"Penat saya announce nama awak kat atas pentas tadi, ingatkan kelas je selalu lewat, amik result pun lewat lagi?"

"hehe, maap cikgu..."

dan sekali lagi detik suspen yang aku sekian lama tunggu telah diculik..

aku tengok keadaan sekeliling, ade kawan-kawan yang terbeliak mata, ada yang melompat riang dan ada juga yang menangis tersedu-sedu.

aku pulak amik result spm 2006 dari Cikgu Kelas dengan tidak berperasaan, dah masing-masing ucap tahniah, so what u expect kn??...

7 tahun dah tinggalkan bumi Smka Sultan Azlan Shah, apa khabar cikgu-cikgu, Abang sharip gardener dan Pakcik Jamil the warden?

Comments

0 Responses to "Hari nie result SPM keluarkan??"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU