Antara 2 persimpangan


لَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَـنَ فِى كَبَدٍ
“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)” Al-Balad:4

Syed Qutb dalam karya agungnya Fi Zilal Al-Quran menceritakan kesulitan dan kesukaran seorang manusia itu bermula sejak dari sperm dan Ovum. Bayangkan dalam satu pertandingan marathon yang mengumpulkan berjuta-juta peserta. Kemungkinan untuk menang adalah 0.0000001 peratus dan kita yang masih hidup ini berjaya melepasi kesulitan pertama.

Kemudian kesusahan berterusan ketika oksigen yang pertama masuk ke dalam alveolus. Kita menjerit dan meraung untuk meluaskan paru-paru supaya udara mudah masuk dan keluar.

Kehidupan diteruskan. Kita mula golek-golek kiri dan kanan sampai terjatuh katil. Bila sudah besar sikit, merangkak-rangkak kita keseluruh rumah.Kafang-kadang cuba menggunakan kedua belah kaki untuk bergerak.

Tersadung dengan mainan, tersembab, tersepak pasu, terpegang air panas, terlanggar dinding. Segala ujian kita tidak hiraukan asalkan dapat kebebasan bergerak dan berjalan. Akhirnya selepas mencuba berkali-kali, kita berjaya berdiri, berjalan dan berlari.


Begitu banyak rintangan dan halangan untuk manusia mencapai kejayaan mengunakan 2 belah kaki untuk berjalan.Sedangkan binatang-binatang hanya memerlukan beberapa minit sahaja selepas dilahirkan untuk berdiri dan berlari.

Kemudian akal kita mula berfungsi menganalisis perkara baik dan buruk. Hidup kita sudah diberi pilihan sama ada untuk memilih sabil Allah ataupun sabil at-taghut. Kita selalu mendengar jalan menuju ke syurga tidak dihamparkan dengan karpet merah dan penuh berduri, Namun bagaimana pula jalan menuju ke neraka?? Adakah semudah mengira abc?

Pencuri terpaksa mengadaikan nyawa untuk merompak bank.

Pemerintah terpaksa menghabiskan berpuluh billion ringgit untuk merasuah.

Pengedar dadah terpaksa sembunyi-sembunyi menjalankan perniagaan.

Penzina pula terpaksa menderita mengandungkan dan melahirkan anak.   

Pembunuh terpaksa membakar mayat semata-mata untuk menghapuskan bahan bukti.

USA,Israel dan sekutu-sekutunya juga terpaksa berbelanja berbillion-billion dan mengorbankan nyawa semata-mata untuk memastikan Islam tertegak di bumi Allah s.w.t

Susah bukan..!!!

Adakah kesusahan itu berbaloi sekiranya di Akhirat kelak

Neraka menunggu untuk membaham.

Atau

Mendapat ucapan SALAM dari Tuhan Yang Maha Pengasihani.

Pilihlah antara dua jalan..

Susah di dunia, Bahagia di akhirat..

Susah di dunia, Merana di akhirat..


Kebebasan Bersuara


Anda merupakan CEO kepada sebuah syarikat terkemuka di Kazakhstan. Semua orang mengenali kehebatan syarikat anda termasuklah Perdana Menteri di sebuah negara pasir berdengung.

Selama 10 tahun anda mentadbir syarikat, semua pekerja termasuklah makcik cleaner memandang tinggi dengan kemampuan mentadbir syarikat dengan amanah,professional dan berhati mulia dengan pekerja bawahan..

Tiba saja hujung tahun, anda mengumumkan kenaikan pangkat dan gaji kepada semua pekerja yangm cemerlang. Namun ada dikalangan pekerja yang tidak puas hati dengan penilaian anda sedangkan anda telah menilai semua pekerja dengan teliti.

Kemudian mulalah agenda sekumpulan pekerja untuk memburuk-burukkan pekerja yang mendapat kenaikan pangkat dan gaji. Macam-macam tomahan yang dilemparkan oleh mereka..

Kaki ponteng,kaki bodek, kuat mengampu, curi duit syarikat, pecah amanah dan di tidak lupa tuduhan berperangan seperti talam 14 muka. Semua tuduhan dan tomahan tidak diendahkan kerana anda mengenali pekerja-pekerja yang cemerlang malah anda memberi amaran supaya dihentikan tuduhan tersebut.


Disebabkan plan A gagal dengan teruknya, mereka merancang strategi ke-2. Kali ini anda dijadikan sasaran mereka.



Anda kaki perempuan, songlap duit syarikat, amalkan kronisme, sikap macam lalang dan ada fair dengan setiausaha yang cun melecun. Fitnah ini bukan sahaja berlegar dipejabat, telinga big mama dirumah juga mendengar. Sehinggakan hubungan anda dan isteri tidak intim seperti dulu..


Sekiranya anda berada ditempat ‘anda’, apa tindakan yang anda buat kepada pekerja tersebut??

1.Pecat,saman dan pastikan mereka tidak jejak kaki lagi ke syarikat.

2.Panggil ke pejabat dan nasihat supaya tidak ulangi perbuatan tadi.

3.Naikkan pangkat mereka supaya mereka senyap

4.Biarkan mereka atas tag “KEBEBASAN BERSUARA”.

Kalau hangpa pilih selain 1,memang hangpa berhati keldai. Maruah dijijak-jijak pun tak rasa  apa.

Apatah lagi kalau Islam dibuat macam kain buruk… 


100 Juta

Jadual pengajian bulan 6 masjid batu. Hari-hari ada kuliah


"kalau ustaz diberikan 100 juta, rasa-rasa cukup tak"


Maghrib tadi aku pie dengar kuliah maghrib kat Masjid Batu Permatang Pauh, 2.5 km dari tempat aku mengajar. Dalam jadual, sepatutnya "Ustaz Budak" dari besut yang akan memberi kuliah. Di sebabkan ustaz masih lagi berada di Mekah, so terpaksa digantikan dengan penceramah lain yang budak gak


Aku tak ingat nama ustaz yang berumur 19 tahun, siswa dari Universiti Sheikh Ahmad Kiftaro, damsyik Syria. Yang aku ingat nama dia ada 'hisham' dibelakang. Tajuk kuliah pun berkisar pesanan Imam Al-Ghazali berkaitan 4 perkara dunia yang manusia perlu berhati-hati dengannya. Tadi sempat bincang 2 je iaitu harta dan kekuasaan.


Sebut pasal harta tiba-tiba ustaz tanya soalan tadi kat aku memandangkan aku yang paling hampir dengan beliau.




Kepala aku ligat berfikir, apa angan-angan jika ada duit


1.Habiskan degree, master dan phd tanpa berhutang.
2.Kahwin seawal mungkin dan honeymoon kat Mekkah
3.Kereta Bugatti Veyron
4.Motor Suzuki Hayabusa 
5.Rumah Agam
6.Samsung Galaxy Tab
7.Alienware M14x
8.Travel around da world with personal jet
9.(xhabis kalau nak cerita angan-angan nie)


Kira punya kira dengan confident aku menjawab


"InsyaAllah cukup."


"kalau saya ada 100 juta, saya rasa tak cukup". Ustaz menyambung pengisiannya.


Semua pendengar hairan dengan jawapan ustaz,biaq betoi ustaz nie.


"Bukan saya kata, Nabi s.a.w sendiri yang habaq"


dan ustaz pun membacakan hadith Sohih dario Ibnu Abbas r.a.



"Andaikata seorang anak Adam – yakni manusia – itu memiliki selembah emas, ia tentu menginginkan memiliki dua lembah dan sama sekali tidak akan memenuhi mulutnya kecuali tanah – iaitu setelah mati – dan Allah menerima taubat kepada orang yang bertaubat.” (Muttafaq ‘alaih)"
"Nak kaya?? boleh dan jadi macam Abdul Rahman bin Auf dan Shuhaib al-Rumi, jangan pula jadi macam Qarun, tetapi berapa ramai yang menjadikan sahabat sebagai ikutan??"

"bahkan ramai yang mengikut jejak langkah Qarun, ketika miskin, doa kepada Allah untuk menjadi kaya dan menanam tebu dibibir sekiranya diberikan kekayaan. Bila sudah kaya, jangankan nak infaq, malah ditambah lagi kekayaan dengan jalan halal atau haram"


Muda-muda dah dok depan






Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU