Antara 2 persimpangan


لَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَـنَ فِى كَبَدٍ
“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)” Al-Balad:4

Syed Qutb dalam karya agungnya Fi Zilal Al-Quran menceritakan kesulitan dan kesukaran seorang manusia itu bermula sejak dari sperm dan Ovum. Bayangkan dalam satu pertandingan marathon yang mengumpulkan berjuta-juta peserta. Kemungkinan untuk menang adalah 0.0000001 peratus dan kita yang masih hidup ini berjaya melepasi kesulitan pertama.

Kemudian kesusahan berterusan ketika oksigen yang pertama masuk ke dalam alveolus. Kita menjerit dan meraung untuk meluaskan paru-paru supaya udara mudah masuk dan keluar.

Kehidupan diteruskan. Kita mula golek-golek kiri dan kanan sampai terjatuh katil. Bila sudah besar sikit, merangkak-rangkak kita keseluruh rumah.Kafang-kadang cuba menggunakan kedua belah kaki untuk bergerak.

Tersadung dengan mainan, tersembab, tersepak pasu, terpegang air panas, terlanggar dinding. Segala ujian kita tidak hiraukan asalkan dapat kebebasan bergerak dan berjalan. Akhirnya selepas mencuba berkali-kali, kita berjaya berdiri, berjalan dan berlari.


Begitu banyak rintangan dan halangan untuk manusia mencapai kejayaan mengunakan 2 belah kaki untuk berjalan.Sedangkan binatang-binatang hanya memerlukan beberapa minit sahaja selepas dilahirkan untuk berdiri dan berlari.

Kemudian akal kita mula berfungsi menganalisis perkara baik dan buruk. Hidup kita sudah diberi pilihan sama ada untuk memilih sabil Allah ataupun sabil at-taghut. Kita selalu mendengar jalan menuju ke syurga tidak dihamparkan dengan karpet merah dan penuh berduri, Namun bagaimana pula jalan menuju ke neraka?? Adakah semudah mengira abc?

Pencuri terpaksa mengadaikan nyawa untuk merompak bank.

Pemerintah terpaksa menghabiskan berpuluh billion ringgit untuk merasuah.

Pengedar dadah terpaksa sembunyi-sembunyi menjalankan perniagaan.

Penzina pula terpaksa menderita mengandungkan dan melahirkan anak.   

Pembunuh terpaksa membakar mayat semata-mata untuk menghapuskan bahan bukti.

USA,Israel dan sekutu-sekutunya juga terpaksa berbelanja berbillion-billion dan mengorbankan nyawa semata-mata untuk memastikan Islam tertegak di bumi Allah s.w.t

Susah bukan..!!!

Adakah kesusahan itu berbaloi sekiranya di Akhirat kelak

Neraka menunggu untuk membaham.

Atau

Mendapat ucapan SALAM dari Tuhan Yang Maha Pengasihani.

Pilihlah antara dua jalan..

Susah di dunia, Bahagia di akhirat..

Susah di dunia, Merana di akhirat..


Comments

0 Responses to "Antara 2 persimpangan"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU