100 Juta

Jadual pengajian bulan 6 masjid batu. Hari-hari ada kuliah


"kalau ustaz diberikan 100 juta, rasa-rasa cukup tak"


Maghrib tadi aku pie dengar kuliah maghrib kat Masjid Batu Permatang Pauh, 2.5 km dari tempat aku mengajar. Dalam jadual, sepatutnya "Ustaz Budak" dari besut yang akan memberi kuliah. Di sebabkan ustaz masih lagi berada di Mekah, so terpaksa digantikan dengan penceramah lain yang budak gak


Aku tak ingat nama ustaz yang berumur 19 tahun, siswa dari Universiti Sheikh Ahmad Kiftaro, damsyik Syria. Yang aku ingat nama dia ada 'hisham' dibelakang. Tajuk kuliah pun berkisar pesanan Imam Al-Ghazali berkaitan 4 perkara dunia yang manusia perlu berhati-hati dengannya. Tadi sempat bincang 2 je iaitu harta dan kekuasaan.


Sebut pasal harta tiba-tiba ustaz tanya soalan tadi kat aku memandangkan aku yang paling hampir dengan beliau.




Kepala aku ligat berfikir, apa angan-angan jika ada duit


1.Habiskan degree, master dan phd tanpa berhutang.
2.Kahwin seawal mungkin dan honeymoon kat Mekkah
3.Kereta Bugatti Veyron
4.Motor Suzuki Hayabusa 
5.Rumah Agam
6.Samsung Galaxy Tab
7.Alienware M14x
8.Travel around da world with personal jet
9.(xhabis kalau nak cerita angan-angan nie)


Kira punya kira dengan confident aku menjawab


"InsyaAllah cukup."


"kalau saya ada 100 juta, saya rasa tak cukup". Ustaz menyambung pengisiannya.


Semua pendengar hairan dengan jawapan ustaz,biaq betoi ustaz nie.


"Bukan saya kata, Nabi s.a.w sendiri yang habaq"


dan ustaz pun membacakan hadith Sohih dario Ibnu Abbas r.a.



"Andaikata seorang anak Adam – yakni manusia – itu memiliki selembah emas, ia tentu menginginkan memiliki dua lembah dan sama sekali tidak akan memenuhi mulutnya kecuali tanah – iaitu setelah mati – dan Allah menerima taubat kepada orang yang bertaubat.” (Muttafaq ‘alaih)"
"Nak kaya?? boleh dan jadi macam Abdul Rahman bin Auf dan Shuhaib al-Rumi, jangan pula jadi macam Qarun, tetapi berapa ramai yang menjadikan sahabat sebagai ikutan??"

"bahkan ramai yang mengikut jejak langkah Qarun, ketika miskin, doa kepada Allah untuk menjadi kaya dan menanam tebu dibibir sekiranya diberikan kekayaan. Bila sudah kaya, jangankan nak infaq, malah ditambah lagi kekayaan dengan jalan halal atau haram"


Muda-muda dah dok depan






Comments

0 Responses to "100 Juta"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU