Satu lagi projek KERAjaan BN/UMNO


Tidak sampai beberapa minggu lagi tahun baru 2010 akan menjelma. Serentak itu juga secara tradisinya akan bermula penggal baru persekolahan di seluruh negara.Namun bagi masyarakat yang cintakan pendidikan Islam, khususnya di Terengganu, penggal akan datang bakal mencatat satu lagi sejarah hitam. Satu-satunya sekolah rendah agama milik kerajaan negeri itu tidak lagi akan beroperasi seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sebetulnya kepiluan itu sudah pun dirasai lebih awal. Berakhirnya penggal persekolahan pada 19 November lalu menandakan turut berakhirnya kewujudan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Terengganu. Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri telah muktamad tidak meneruskan hayat SRAB, walau pun ia dibantah pelbagai pihak.

Suara menuntut sekolah berkenaan diteruskan bukan sahaja kedengaran dari pihak PAS yang bertanggungjawab menubuhkannya, tetapi juga kalangan ibu bapa yang dahagakan pendidikan Islam untuk anak bangsa serta guru-guru yang terbabit menjayakan SRAB selama sembilan tahun. Malah, bantahan mereka terhadap keputusan BN menutupnya dikatakan pernah mendapat perhatian pihak istana.

SRAB adalah cetusan idea kerajaan negeri pimpinan PAS. Ia mula beroperasi pada 2001 di enam sekolah menengah agama negeri (SMAN). Nama mereka juga diambil sempena nama sekolah-sekolah terbabit, iaitu SRAB Al-Falah, Kemaman; SRAB Sultan Ismail, Dungun; SRAB Mahmudiah, Kuala Berang; SRAB Al-Khairiah, Kuala Terengganu; SRAB Maarif, Besut dan SRAB Ittifakiah, Jertih.

Seperti gambaran namanya, SRAB menggunakan kurikulum tersendiri yang merupakan gabung jalin antara kurikulum pendidikan asas agama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) untuk penekanan akademik.

Malang sekali hasrat penubuhannya untuk menyemai asas penting melahirkan insan yang seimbang antara akademik dengan akhlak dan agama tidak sempat direalisasikan. Belum pun generasi pertama pelajarnya menamatkan persekolahan mereka, SRAB sudah dibayangi usaha menutupnya.

Pada usia belum memasuki tiga tahun, kerajaan negeri beralih kepada BN. Parti sekular itu hanya mengambil masa empat bulan untuk memuktamadkan keputusan mengakhiri hayat SRAB. BN pada Julai 2004 bersepakat mencari jalan terbaik menutupnya.

Bantahan pelbagai pihak, yang dikatakan turut disertai campurtangan istana, membantutkan serakah BN untuk segera menghapuskan SRAB. Ia bagaimana pun kekal dengan niatnya membiarkan sekolah itu mati dengan sendiri apabila tidak lagi mengambil pelajar baru bermula sessi 2005.

Pelajar SRAB paling bongsu adalah ambilan tahun 2004, iaitu dua bulan sebelum pilihan raya. Mereka inilah kelas terakhir yang tamat Tahun Enam, November lalu.

Meski pun BN meremehkan keupayaan SRAB, kecemerlangan para pelajarnya hasil asuh didik para gurunya yang dedikasi telah berjaya dibuktikan. Kejayaan membanggakan kumpulan pertama pelajar SRAB yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2006 memalukan BN. Dalam keadaan dianaktirikan dari bantuan sepatutnya dan sudah dibayangi penutupannya, SRAB muncul antara sekolah terbaik seluruh negeri dalam UPSR.

Seramai 44 (lebih 20 peratus) daripada keseluruhan 215 pelajar dari enam SRAB memperolehi 5A. Mereka juga cemerlang dalam penguasaan bahasa Arab dan hafazan Al-Quran. Seramai 477 daripada hampir 800 pelajar enam SRAB itu juga khatam Al-Quran sehingga akhir 2006 itu.

Kecemerlangan itu dikekalkan hingga ke tahun terakhirnya. Seramai 21 atau lebih 25 peratus daripada 83 pelajar SRAB Al-Khairiah mendapat 5A dalam UPSR tahun ini.

Ertinya mereka telah buktikan bahawa SRAB mampu menghasilkan produk cemerlang. Sebab itu keputusan BN Terengganu menutup SRAB tidak dianggap berasaskan nilaian akademik. Ia semata-mata disebabkan sentimen balas dendam dan politik sempit sehingga tidak mengenal batas sempadan, termasuk dalam aspek pendidikan agama.

BN gagal merasionalkan keperluan pendidikan Islam sebagai ubat paling mujarab kepada permasalahan sosial melanda dunia sekarang. Semakin kita digema riuhkan dengan segala macam kejahilan tentang agama, semakin mundur pula komitmen kerajaan terhadap pendidikan Islam.
Apa yang dilakukan BN itu amat mendukacitakan. Apatah lagi Terengganu sendiri turut berhadapan berbagai kepincangan dalam aspek agama. Pernah didedahkan fakta bahawa lebih sepertiga pelajar tahun dua hingga enam di Terengganu tidak tahu perkara asas mengenai solat, terutama jumlah rakaat lima waktu dan bacaan al-Fatihah. Apakah menutup SRAB jalan terbaik menyelesaikan masalah ini?

Terengganu juga menghadapi masalah kekurangan imam yang sangat serius. Kuota tiga imam untuk sebuah masjid sudah hampir dipenuhi ketika PAS memerintah. Kini keadaannya amat membimbangkan. Sebahagian besar masjid, termasuk masjid utama di daerah-daerah, hanya bertahan dengan seorang imam sejak beberapa tahun lalu.

Tidak dinafikan sebagai sebuah institusi pendidikan baru, SRAB tidak terlepas dari cacat-celanya. Namun itu tidak bermakna ia tidak boleh diperbaiki dan dipertingkatkan. Kata orang, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Di saat rakyat mengharapkan kebobrokan remaja diperbaiki dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan agama dan akhlak mereka, jalan sebaliknya pula yang diambil BN T
erengganu

Internet :mencari kebaikan dicelah-celah kemaksiatan

Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.

Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:

Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.
(an Nisa’ 165)

Dan firman maksudnya:
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.
(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: “biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya”.

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.

Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata.

Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.

Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.
Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya.

Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat.

Kemudian dengan memelihara keberterusan “muraqabah” dan “muhasabah” serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.
(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini.. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.

Bila gunung ditarah, minyak disedut...


"Dgn nama Allah Slwt & slm kpd Nabi Muhammad s.a.w & klrga

Sejahtera semua... beberapa hari lepas aku ikuti program Halaqah d TV9. Ikuti perbincangan ahli panel/ilmuan mengenai tajuk "BUMI".

Aku tertarik dgn ulasan Dr Daniel (maaf Dr kalu salah eja nama) mengenai kejadian gempa bumi. Jika tak silap beliau mengatakan berdasarkan maklumat gempa dpd AS, tahun 2009 adalah tahun yang paling byk kejadian gempa.

Beliau juga mengatakan tiada saintis yg benar2 yakin tahu punca kejadian gempa. Antara andaian saintis beliau kata ialah kerana bangunan tinggi.

Di sini aku nak kemukakan teori kejadian gempa berdasarkan beberapa hujah & Maha Fakta. Aku masih menamakan pendapat aku sebagai teori/agak2 kerana yang tahu keadaan sebenar hanya ALLAH sahaja...

TEORI HIJAU kenapa kejadian gempa semakin kerap berlaku adalah kerana penarahan bukit bukau & pengambilan isi bumi

Hujahan aku ialah spt berikut :

Surah al anbiya/21 ; ayat 31
Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka..."


Surah an nabaa/78 ; ayat 6-7
Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?,
dan gunung-gunung sebagai pasak?"


Untuk menerangkan TEORI HIJAU, sila peratikan roda kereta atau motosikal. Setiap kali utk 'balancing' roda, mekanik akan meletakkan beberapa ketul timah/besi kecil d sudut2 tertentu gelungan rim bertujuan utk men'stabil'kan pusingan roda tersebut. Jika tidak di letakkan ketulan timah/besi tersebut, pasti roda tersebut bergegar dan kenderaan tersebut tidak selesa untuk di pandu.

Begitulah fungsi gunung & bukit bukau menurut TEORI HIJAU. Gunung2 sebagai pasak bermaksud sebagai penstabil kepada pusingan bumi yang sangat laju berpusing seperti roda kenderaan iaitu kira-kira 107 180km/j. Jika tiada gunung2 sebagai pen'stabil' nescaya bumi akan bergoncang & bergegar dan kita semua melambung2 . Maha Agung Allah…

Kaitan nya dengan gempa bumi ialah telah banyak bukit bukau / gunung2 di tarah atas nama pembangunan. Tanpa sedar manusia telah merosakkan pasak bumi untuk men’stabil’kan pusingan bumi yang di cipta Allah yang Maha Agung…banyak juga bukit & gunung2 di letupkan untuk mendapat kan galian atau khazanah nya... Allah jua yg Maha mengetahui.

TEORI HIJAU juga mengaitkan gempa bumi akibat dari lompongan yang berlaku dalam perut bumi. Petroleum & gas sebagai apungan kepada daratan telah kering & habis di sedut manusia. Jadinya daratan yang sarat dengan batuan, tanah, air dan lebih2 lagi dosa2 manusia, sudah tidak ada tempat atau platform utk menampung berat bebanan tersebut. Perut bumi juga banyak lompongan oleh manusia akibat pengambilan galian seperti emas, berlian, arang batu dan lain2. Ini semua adalah faktor kenapa gempa bumi semakin kerap berlaku. Apabila tiada sokongan/platform daripada elemen asal, maka struktur bumi itu sendiri telah rosak. Maka bumi akan mendap ke bawah dan terjadilah gegaran iaitu kejadian yang kita namakan gempa bumi. Allah jua yg Maha mengetahui.

Hujahan bahawa petroleum & galian lain sebagai struktur sokongan untuk permukaan bumi juga ada di jelaskan di dalam al Quran iaitu kalam Allah yg Maha Agung.

Surah an naml; ayat 88
Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan.


Cuba kita fikir dengan akal yang di beri Allah, masa bila gunung bergerak seperti awan? Tidakkah ianya sesuai kalau di terjemahkan ayat tersebut terapung di permukaan cecair dan sentiasa bergerak2 dalam keadaan terapung di atas petroleum & gas dalam perut bumi? Apabila petroleum & gas serta galian lain dengan rakus di sedut manusia. Maka struktur asas atau penyokong bumi telah hilang dan bumi bila2 masa boleh jerlus dan seterusnya berlakulah gempa bumi.

Seterusnya sila hayati ayat al Quran di bawah sebagai. Ubat jiwa & hati kita moga2 kita termasuk golongan yg sentiasa bertaubat & membersihkan diri.

Surah ar ruum; ayat 41
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).



Maher Zain : Open Your Eyes






This is such a beutiful song by Maher Zain.It's so true that Allah has shown in front of signs in His creations.In camels,sky,sea and land.

Most importantly in ourselves.For us to think.

That He is the absolute Creator.The One and only that is Eternal and Everlasting .

"He has created man: He has imparted unto him articulate thought and speech. [At His behest] the sun and the moon run their appointed courses; the stars and the trees prostrate themselves [before Him]. And the skies has He raised high, and has devised [for all things] a measure, so that you [too, O men,] might never transgress the measure [of what is right]: weigh, therefore, [your deeds] with equity, and cut not the measure short!" (55:3-9)

"It is Allah Who created everything in the best of form…It is He Who created and perfected all things." (32:7, 87:2)


Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Lawak di awal Muharam..

"Saya tidak menyangka bahawa di pagi 1 Muharram 1431H, saya akan membaca satu artikel jenaka berbentuk dakwaan (baca dakyah) iaitu ‘Semangat Hijrah menepati 1Malaysia.

Bagaimana Najib boleh terfikir Hijrah itu tepati 1Malaysia, atau sepatutnya 1Malaysia yang kena tepati Hijrah? Untuk menghilangkan pening kepala dan jenaka ini, kita cuba asingkan dahulu, apa itu Hijrah dan apa itu 1 Malaysia.


Apa itu Hijrah?

Hijrah adalah salah satu peristiwa besar berlaku dalam sejarah Nabi dan para sahabat. Ia menjadi titik penting marhalah berikutnya. Di Mekah, Nabi bukannya pemerintah. Selepas hijrah, Nabi bukan sahaja menjadi Nabi bahkan pemerintah negara Islam Madinah. Yang ditegakkan dalam pemerintahan dan perundangan paling tinggi ialah Islam, hukum Quran dan Sunnah.

Penyatuan dan perpaduan di antara Aus dan Khazraj menjadi Ansar. Muhajirin pula dipersaudarakan dengan Ansar. Semuanya di atas nama Islam, bukannya Arab walaupun kesemuanya adalah bangsa Arab termasuk Nabi SAW sendiri.

Keadilan yang ditegakkan berpaksi kepada hukum Quran dan Sunnah Nabi ketika itu, bukan keadilan yang diraba-raba dari Timur dan Barat. Keadilan kepada semua rakyat termasuk bukan Islam tetap dijaga.

Matlamat dan halatuju yang dibawa Nabi cukup jelas iaitu membawa manusia menyembah hanya kepada Allah, membuang syirik dan menegakkan Islam sebagai sistem hidup secara holistik, bukannya matlamat yang direka di tengah jalan sehingga para Sahabat pun perlu diberi taklimat semula.

Kesatuan 1 Madinah yang ditegak dengan 1 ummah dan hanya 1 Tuhan berasaskan ayat Allah:

‘Dan sesungguhnya umat ini umat yang satu, dan Aku adalah tuhan kamu, maka hendaklah kamu bertaqwa’.

Apa pula yang dikatakan 1Malaysia?

Untuk beberapa ketika apabila konsep 1Malaysia diperkenalkan, bukan sahaja rakyat yang kabur, pak-pak menteri pun tak tahu hingga perlu dibuat majlis penerangan pula kepada pak-pak menteri itu.

Saya cuba ’search’ dalam internet, ketemu dengan bahan yang disediakan oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara menghuraikan Konsep 1 Malaysia ( Penjelasan Mengenai Lapan Nilai).

Dalam mendefinisikan konsep 1 Malaysia, ucapan Najib diambil menjadi ‘matan’nya:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Dari matan ucapan Najib yang mengilhamkan (atau dengan kata lain membid’ahkan) Gagasan 1 Malaysia itu, ada beberapa keypoint:

-berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People

-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik, tidak dalam tembok etnik tertentu.

Soalannya ialah di manakah letaknya agama yang sepatutnya mendasari tindakan seorang muslim, termasuk dalam konteks sebagai seorang pemerintah tertinggi sebuah negara? Ia menepati semangat hijrah? Kehendak semua kumpulan etnik itu apa asasnya? Islam tidak adil untuk semua etnik? Celaru dan pening sekali lagi.

Apabila meneliti huraian-huraian yang dibuat oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara itu, kelihatan ia punya nilai universal, tetapi kosong dari Islam sebagai teras dan asas.

Dalam ucapan sempena hijrah:

Najib berkata, konsep persaudaraan dan perpaduan yang diterapkan Rasulullah pada permulaan hijrah adalah secara holistik tanpa mengira warna kulit, keturunan atau kedudukan.

“Masyarakat di Madinah ketika itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh aman dan harmoni berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan perpaduan serta mempertahan Islam sebagai agama, keadilan sosial kepada semua dan melindungi minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada kaum bukan beragama Islam di bawah pemerintahan negara Madinah,” katanya.

Ucapan tentang hijrah dan Madinah itu benar, tetapi apabila mengaitkannya dengan 1Malaysia, maka kias itu namanya qias maalfariq (kias serta adanya perbezaan). Jauhnya seperti langit dengan bumi. Lantas, dakwaan semangat hijrah tepati 1 Malaysia wajar sekali dianggap lawak antarabangsa awal Muharram

PENGUMUMAN PENTING, KPD SEMUA PELAJAR ISLAM MALAYSIA..

IJTIMA' PELAJAR ISLAM MALAYSIA



* Terbuka kepada semua pelajar Islam di seluruh negeri dalam Malaysia


* Tiada sebarang yuran dikenakan(FREE...!!!!!).


* Sasaran peserta : Remaja, Pelajar sekolah menengah dan IPTA (muslimin dan muslimat).


* Bermula 18 hingga 21 Disember 2009


* Antara agenda program:

1) Perasmian oleh Ustaz Nasaruddin Hassan Al-Tantawi.

2) Ceramah dan pembentangan kertas kerja.

3) Diskusi kitab "Jundullah : Thaqafatan wa Akhlaqatan".

4) LDK

5) Latihan dakwah kelapangan sebenar.

6) Amalan Aurat Zainiyyah, Sheikh Nuruddin Al-Banjari

7) Qiamullail

8) Kuliah Rohani : Ustaz Zainul Asri bin Hj Mohd. Ramli

*Anda berada di luar Kedah.?? Sila hubungi unit pengangkutan program

Muslimin : Zulfahmi Zamzam (0134602804)

Muslimat : Adibah bt Sharif (0134740825)

* pengangkutan disediakan dari stesen bas Shahab,Alor Setar Kedah ke tempat program.



Untuk maklumat lanjut atau sebarang masalah anda boleh hubungi :



*Cikgu Sukarno – 0195987842

*SaudaraAmin (wakilMuslimin)

0134661669/syababul_muslim91@yahoo.com.my

*Saudari Adilah (wakil Muslimat)

013-4929164/nisauddin_17@yahoo.com


Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU