Tolak Sampai Jatuh..!!


Program hujung minggu yang meletihkan tetapi berbaloi..!!!

Sepanjang hari Sabtu berkampung di Jengka 19, berkempen untuk Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan bersambung pada hari Ahad, menyertai konvoiGelombang Anak Muda Tolak Umno/Bn - TOLAK 

Dari Temerloh menghala ke Maran, 
Berhenti seketika meraikan perlawanan bola di Luit
Bersambung di Teluk Cempedak, Kuantan.
Dan terus ke destinasi terakhir di Pekan, Parlimen bekas Perdana Menteri

Seperti biasa, Konvoi TOLAK mendapat sambutan meriah oleh penduduk tempatan dan juga sambutan 'over-Meriah' oleh pemuda-pemuda BN.

Tidak ada pisau.
Tidak ada senjata api.

Yang ada hanyalah 'fakta' dan 'semangat anak muda'.

2 perkara inilah yang sangat ditakuti oleh sang regim.

Diugut, dihalau,dimaki hamun, cuba untuk dicederakan dan menganggu peserta wanita. Inilah demokrasi rimba yang didik oleh regim kepada anak-anak buah mereka. Parlimen sudah dibubar, tapi hati masih lagi fikir dialah penguasa dan pemerintah. 


Lebih teruk merasakan Malaysia ini mereka yang punya..!!!





Sezalim-zalim kerajaan Firaun, runtuh juga kerajaannya.
Sehebat-hebat kerajaan Sulaiman as, hilang juga tamadunnya.

Kerajaan BN? apalah sangat nak dibandingkan dengan kerajaan Firaun dan Sulaiman as.

Tekad anak muda pada PRU-13

ABCD = ASAL BUKAN CAP DACING..!!!

Hari nie result SPM keluarkan??

Secara automatiknya teringan mase aku amik result.. 7 Tahun yang lepas..!!


Disebabkan mase tue aku tak ada lesen keta, jadi aku, Asyraf Sinki,Suhaimi baba dan Fuad tumpang keta Md Syze dari Taiping ke Bota.. Result SPM announce pukul 12.00pm, kalu ikutkan kena gerak seawal 9.00am kalau nak sampai on-time. Tapi, sebab driver sakit perut kitorang bergerak dari Taiping 11.00am.. 

Sampai kat perkarangan sekolah, dalam pukul 1.00pm, kire dah announce lah.. Asiah, Ayop, Fahmi masa aku atas keta lagi dah sms 'tahniah'.. Siot, detik-detik suspen nak amik result dengan cikgu kelas dah diorang rampas..

kawan-kawan lain nak kerumun kat kitorang..

"woopp2..!!, rilex dulu..korang nak celebrate bagai ke, tunggu aku amik result dulu.."

Jumpe dengan Cikgu Bainah PK HEM, terus cubitnya aku..

"Penat saya announce nama awak kat atas pentas tadi, ingatkan kelas je selalu lewat, amik result pun lewat lagi?"

"hehe, maap cikgu..."

dan sekali lagi detik suspen yang aku sekian lama tunggu telah diculik..

aku tengok keadaan sekeliling, ade kawan-kawan yang terbeliak mata, ada yang melompat riang dan ada juga yang menangis tersedu-sedu.

aku pulak amik result spm 2006 dari Cikgu Kelas dengan tidak berperasaan, dah masing-masing ucap tahniah, so what u expect kn??...

7 tahun dah tinggalkan bumi Smka Sultan Azlan Shah, apa khabar cikgu-cikgu, Abang sharip gardener dan Pakcik Jamil the warden?

Pindaan AUKU : Adakah Kebebasan Mahasiswa Terjamin?


Entah kenapa aku tidak gemar dengan penyataan "Mahasiswa adalah kuasa ketiga". Kuasa ketiga adalah mereka yang diluar daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang. Bagi aku, mahasiswa ataupun orang muda adalah mereka yang perlu mencorakkan negara, memlontarkan idea-idea dan mengerakkan perubahan dari dalam. 

Di Malaysia, mereka yang terlibat dalam pembentukan dasar-dasar negara adalah dari pihak YB-YB di Parlimen. 

Mengabungkan diri dengan parti-parti politik sama ada dari parti pemerintah atau pembangkang secara tidak langsung membina minda mahasiswa yang ideanya membumi kepada realiti semasa dan lebih bertanggungjawab terhadap pendangannya. 


Mengikut pemerhatian aku, kebanyakan mereka yang dikatakan "Kuasa ketiga" selalunya mengkritik dan meminta pelbagai perkara yang kadang-kala tersangat sukar untuk direalisasikan, dan yang akhirnya pihak kerajaan dan pembangkanglah yang kena laksanakan. Kenapa tidak mereka mengkritik dan memberi idea serta  bersama-sama dengan badan executive memaknakan idea atas angin mereka tersebut ?

Bila merasakan diri "Kuasa ketiga" mereka bebas mengkritik sebab bukan mereka yang akan buat. Tetapi, bila mereka bersama dengan kuasa pertama atau kedua, bila mereka lantang mengemukakan apa-apa gagasan atau pun cadangan unutk negara, nescara merekalah yang akan menjadi pengerak kepada projek tersebut.

Sekali lagi aku tegaskan, pendirian aku adalah mahasiswa mesti mengabungkan diri dengan pemerintah atau pembangkang. Bukan sekadar penonton yang hanya bersorak di tepi padang, rupanya hanya berkaki bangku bila di ajak bermain.




AUKU: Satu Penjelasan
Persoalannya, bolehkan mahasiswa terlibat secara langsung dengan parti politik?

Ini adalah kenyataan daripada Timb Menteri Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin Abdullah. 




PRU13 ialah PRU pertama yang berlangsung setelah kita meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik. Ia sebahagian daripada transformasi politik yang digerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Beliau memahami dan mengiktiraf suara dan peranan mahasiswa dalam politik.

Kini, mahasiswa bebas berpartisipasi dalam PRU13 dan tiada siapa boleh menggunakan Auku untuk menakut-nakutkan.

Pertama, mahasiswa boleh bertanding sebagai calon bebas, calon gerakan mahasiswa, calon gerakan masyarakat sivil dan calon parti politik.

Kedua, mahasiswa boleh menjadi pencadang, penyokong dan wakil calon bagi mana-mana calon yang bertanding, tidak kira calon itu mahasiswa ataupun tidak.

Ketiga, mahasiswa boleh berkempen. Mereka boleh melakukannya dengan turun padang, iaitu  berceramah, bertugas di bilik gerakan, menjadi jentera di pusat daerah mengundi, menemui pengundi secara bersemuka dan sebagainya; atau berkempen melalui media, terutamanya media sosial.

Keempat, mahasiswa boleh menjadi pemerhati PRU13. Mereka boleh mendaftar dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), atau dengan Bersih dan badan-badan lain, atau secara gerakan mahasiswa sendiri.

Kelima, berperanan dalam media, iaitu sebagai penulis, wartawan, jurugambar dan jurukamera yang menganalisis, melapor dan merakam perjalanan PRU13.

Keenam, sebagai penyelidik atau pembantu penyelidik yang membuat kajian tentang perkembangan, perjalanan dan keputusan PRU13. -Sumber-


Mahasiswa bukanlah pemimpin Malaysia pada masa hadapan, kerana mahasiswa adalah pemimpin Malaysia pada masa sekarang..!!!

Ustaz Zamri Mari Mengaji


Mungkin ramai yang mengenalinya sebagai Ustaz Selebriti, tetapi aku mengenalinya 5 tahun lepas sebagai seorang Murabbi,abang dan teman yang mengajar aku erti Islam sebenar, Islam yang lebih luas dari Solat,Puasa,Zakat dan Haji. 

banyak pesanan Ustaz Zamri kepada aku terutamanya berhadapan dengan fitnah dunia antaranya;

1. Musuh Islam yang paling kita perlu berhati-hati adalah orang munafiq sebab Allah swt berfirman

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka" (An-Nisa' :145)



2. Suasana UIA Kuantan sangat baik, nta jaga dan kekalkan biah sekarang elok-elok..


3. Bile rezeki nie bergantung kepada manusia, macam-macam perkara kena sekat. Nak cakap itu xboleh, nak buat itu xboleh..Bila bekerja sendiri, baru kita tahu luasnya rezeki Allah. Nak bercakap pun tak perlu tapis-tapis lagi dah. 



dan pesanan ke 4 buat aku tertelan air liur..Pesanan nie mase kat DQ lagi ustaz selalu sebut..


4. Fuhh, skrg nie ujian nafsu dasyat sheikh, bile nta nak kawin? Ana kawin pun umur 21 mse kat Jordan..

"hehe, ustaz sapot bleh??" 



Semoga Syarikat Mantop Training & Consultancy Sdn Bhd terus maju..!!!


Defensive vs Offensive

Zakiah, Chong Meng dan Lingam adalah pengedar ayam daging terkemuka di seluruh kampung Pinang Sebatang. Antara ketiga-tiga pengedar ini, Syarikat Zakiah yang paling baik perkhidmatannya. Ayam diberi makanan yang terbaik, ayam-ayam disembelih dan dipantau oleh ustaz lulusan university Azhar dan pemprosesan oleh pekerja yang terlatih.

Pada hujung tahun ini, satu restoran makanan segera ‘Indah Fried Chiken’ (IFC) berteraskan daging ayam akan dibuka. Pengurus syarikat mencari-cari pengedar ayam mana yang mampu membekalkan ayam yang paling berkualiti dan service yang terbaik.

Setelah diselidik, ketiga-tiga pembekal ayam ini yang memenuhi kreteria yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Sebagai syarikat yang telus, pengurus syarikat terbabit memanggil ketiga-tiga untuk ditemu duga.

Pengurus bertanyakan soalan;

“Kenapa syarikat anda layak untuk mendapat tander syarikat kami?”

Chong Meng dan Lingam masing-masing meyakinkan pengurus dengan menyatakan kelebihan-kelebihan syarikat mereka diceritakan ayam mereka adalah ayam yang berkualiti dan pekerja yang baik dan alatan yang diimport dari Eropah.

Zakiah pula memberikan jawapan yang berbeza;

“Syarikat saya perlu dipilih sebab syarikat Chong dan Lingam adalah bukan Islam, pasti ayam mereka adalah ayam yang tidak halal. Lepas itu, org cina nie bukanlah pembersih, berak pun tak basuh..bla..bla”

Dan pelbagai lagi keburukan dihemburkan kepada penemu duga untuk menjustifikasikan kenapa syarikatnya perlu dipilih tanpa sedikit pun menceritakan kelebihan-kelebihan yang ada pada syarikatnya. Sedangkan kekuatan syarikatnya cukup kuat untuk menandingi syarikat Lingam dan Chong Meng.

Akhirnya Syarikat Lingam dipilih setelah beliau memberi jaminan untuk mendapatkan sijil halal dari Jakim.

P/s: Islam adalah agama yang indah, lengkap dan mudah difahami. Tapi yang kita buat sebarkan 'kejahatan' penganut-penganut lain, bukannya menjadi agent memahamkan masyarakat tentang 'Apa Itu Islam'..

Fakta VS Persepsi


Sekumplan pelajar sekolah rendah kebangsaan baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun, selang beberapa minggu, keputusan telah keluar..

Azman peroleh 3C,1D dan 1E, manakala kawannya Maniam dan Lee peroleh 5A.

Risaukan anak bangsanya, guru kelas Azman, Cikgu Hadi cuba mencari cara terbaik untuk perbaiki prestasi akademik Azman. Tambahan pula, tahun depan Azman bakal menghadapi UPSR

Setelah Cikgu Hadi memantau kehidupan seharian Azman, beliau dapati Azman selalu bermain-main dengan kawan-kawan sekelas ketika sesi PnP. Dan ketika kelas tambahan, Azman didapati sentiasa ponteng dan bersuka ria di Cyber Cafe.

Untuk atasi masalah ini, Cikgu Hadi memberi teguran dan amaran dan mengarahkan Azman dikehendaki belajar bersama dengan Maniam dan Lee di kelas dan kelas tambahan pada tahun depan.

Azman patuh pada arahan Cikgu Hadi. Hasilnya keputusan peperiksaan pertengahan tahun menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Bapa Azman bertemu dengan cikgu hadi untuk bertanya apa rahsianya.

Jawab Cikgu Hadi

"Oh, saya groupkan anak awak dengan 2 orang pelajar paling pandai di kelas, Maniam dan Lee.."

Terkejut dengan jawapan Cikgu Hadi, lantas terus Bapa Azman melenting

"Kenapa groupkan anak saya dengan pelajar bukan Islam? Rosak akidah anak saya bergaul dengan mereka."

Cikgu Hadi terkasima dan cuba pertahankan tindakannya.

"Tapi Encik, diorang hanya belajar je. Bukan buat apa-apa pun."

"Ah, itu saya tidak peduli, mula-mula memanglah study, lama-lama diajaknya makan babi, sembah berhala mereka, ikut itu, ikut ini. Sudah, kembalikan anak saya ke tempat asal." bentak Bapa Azman

"For your information Encik, kawan-kawan anak encik yang "melayu" nie lah yang selalu bermain-main ketika kelas dan ajak anak encik ponteng kelas tambahan." Cikgu hadi masih lagi bertahan.

"Saya tak peduli, biar dia ponteng kelas asalkan aqidah anak saya selamat..!!!"
Ayah Azman terus keluar dan menghempas daun pintu sekuat hati

Geleng kepada melihat telatah dan perangai ayah Azman. Dan Cikgu Hadi harap selepas ini beliau datang ke sekolah anaknya dengan berpakaian lebih kemas, bukannya berseluar pendek dan berantai..

Cikgu Hadi pun merebahkan badannya dikerusi sambil bermonolog sendiri

"Ini utusan dan tv3 punya pasallah nie.."

Kenapa perlu memilih selain dari Islam?


Allhamdulillah, malam tadi dapat belajar serba sedikit ilmu tentang sistem-sistem Islam secara direct dengan Ustaz Zaharuddin Muhammad 

Malaysia bukan sahaja kena menukar pemerintah bahkan termasuk sekali dengan sistem kepada sistem Islam 

contohnya yang

 diberi...

Kes study

"Seorang pemandu lori terlanggar 1 orang pekerja plus sehingga mati ( mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan 3 orang anak yang masih bersekolah).."

A.Hukuman sekarang

"Pemandu dikenakan hukuman penjara 2 tahun dan denda RM6000"

Duit denda diberikan kepada Kerajaan Malaysia dan waris si mati yang tidak dapat apa2 pun dari penjenayah malah terpaksa berfikir panjang untuk mencari duit untuk menyara kehidupan

B.Undang-undang Islam

"Pemandu mestilah membayar diat berbentuk wang ringgit kepada Waris mangsa kerana membunuh tanpa sengaja"
Waris si mati mendapat wang untuk berbelanja sementara mencari pekerjaan untuk meneruskan kehidupan dengan anak-anak. Sekiranya penjenayah tidak mampu maka Baitul Maal bertanggungjawab keluarkan untuk diberi kepada waris mangsa

kalau mengikut undang-undang sekarang, rakyat buat jenayah, kerajaan dapat duit. kalau ikut undang-undang Islam, rakyat buat jenayah kemungkinan kerajaan kena keluarkan duit.

Objektif hukuman Islam adalah untuk membela mangsa dan beri pengajaran kepada rakyat secara keseluruhan.

Inilah kehebatan sistem Islam. Adil kepada semua. Malangnya umat Islam sendiri yang sangsi dengan sistem ini. Yang mereka lihat Islam ini hanyalah solat, puasa, zakat dan haji.. Itupun ramai yang malas nak laksanankan..

selagi mana kita tidak kembali kepada Islam secara menyeluruh (kaffah) selagi itulah umat Islam menjadi umat yang paling hina di muka bumi Allah..~

Gendang sudah dipalu..



Sahabat-sahabat besar Rasulullah saw seperti Abu Bakar ra,Umar al-Khattab ra, Abu Ubaidah Al-Jarrah ra serta sahabat-sahabat dari Ansor berkumpul di Saqifah Bani Saadah untuk melantik penganti kepada Rasulullah saw sebagai khalifah dan meni

nggalkan jenazah Baginda yang mulia kepada kaum keluarga Baginda yang terdekat.

Adakah sahabat lebih cintakan jawatan berbanding Rasulullah saw??

Bahkan sejarah membuktikan mereka lebih kasihkan Baginda melebihi segala-galanya yang ada di langit dan bumi. Namun, perlantikan ketua kepada umat Islam bukanlah perkara yang main-main. Salah memilih ketua maka huru-haralah umat menghadapi ancaman musuh dari dalam mahu pun luar.

Bagitulah bijaksana para sahabat meletakkan aulawiyat pada tempat yang selayakknya.

Justeru, saya mewakili HEALS BOARD mengajak seluruh sahabat perjuangan Allied Health Sciences khususnya dan semua warga IIUM umunya untuk bersama-sama memeriahkan Pilihan Raya Kampus yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Sekiranya kita merasakan ada dikalangan kawan-kawan sekulliyah yang layak untuk memegang jawatan SRC, jangan segan silu untuk mencalonkan mereka. Dan kita sebagai "rakyat", tunaikan amanah kita untuk melantik pimpinan yang "Qawiyyun" (Kuat) dan "Amin" (Amanah)..

Sabda Rasulullah saw

"Ashabi kannujum, biayyihim iqtadaitum ihtadaitum".

Maksudnya: ‘Sahabat aku seperti bintang di langit, sesiapa di kalangan mereka yang kamu ikut, kamu akan dapat petunjuk.

Ahmad Hisham Bin Shamsuddin
Vice President 2
Allied Health Sciences Student Society (HEALS)

Berapa lama 50 ribu tahun tue?



1.Bila kita di kampus, kita rasa nak balik rumah..

Selepas belajar tungkus-lumus selama 14 minggu, akhirnya cuti sem bermula dan dapatlah kita balik, cium mak dan peluk abah...

2.Bila kita di rumah pulak, rasa nak pulang ke kampus. Nak jumpa kawan-kawan, lecturer, dan makcik dan pakcik guard terchenta.

Setelah penat golek-golek kat katil, tolong mak kemas rumah dan kerje part-time, akhirnya cuti pun semakin berakhir dan tak lama lagi kita akan melangkah kembali ke kampus..

3.Rasa baru sahaja daftar masuk, taw-taw dah masuk tahun ke 3 dah. Begitulah sunnah dunia. Setiap yang bermula, pasti ada pengakhiran. Cuma sekejap atau lambat sahaja.

4. Namun, di akhirat nanti, masanya tidaklah sama seperti di dunia. Masanya terlalu panjang tak tercapai oleh akal.

"Malaikat2 dan jibril naik(menghadap) kepada Tuhan sehari yg kadarnya lima puluh ribu tahun."  [Al-Ma'arij:4]

Ayat ini menjelaskan mengenai para malaikat dan juga Jibril a.s yg saban hari menghadap Tuhan,kadar masa bagi 1 hari di alam malaikat itu ialah 50,000 tahun. Demikianlah bandingan masa bagi satu hari yang ditempuh oleh para malaikat bersamaan dengan 50 ribu tahun

5. Lamakan? Sekiranya kita diberi nikmat, maka nikmat tersebut akan berkekalan lamanya. Bagaimana pula sekiranya kita diazab oleh Allah, sanggupkan kita menahan pedihnya azab Allah dalam jangka masa yang tersangatlah lama?

6. Kena ekzos moto selama 15 saat pun dah tak sanggup, inikan pula azab yang tidak tergambar pedihnya.

7. Maka manfaatkanlah masa yang berbaki untuk minta kerahmatan, keampunan dan pembebasan dari api neraka.Selagi nyawa kita dikandung badan,ketiga-tiga pintu sentiasa dibuka kepada hambaNya walaupun setelah berakhirnya Ramadhan.

“Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (az-Zumar: 53)

Selamat beribadah pada malam-malam terakhir Ramadhan

Hujan..



Semua sedia maklum, tidak siapa boleh menilai iman seseorang sama ada dia beriman atau pura-pura beriman. Namun, kita sendiri boleh menilai tinggi atau rendah iman kita berpandukan perkara seharian yang kita lakukan.

okies, kita ambil hujan sebagai experiment.

Study kes 1.

" Pagi ini kita dalam perjalanan ke tempat kerja, jarak antara tempat kerja dan rumah adalah 10km dan kenderaan yang kita naiki adalah motosikal. Sebelum kita melangkah ke tempat kerja, tiba-tiba langit menjadi gelap, awan hitam sudah berarak bersedia menurunkan isinya."

Apa tindakan kita?

A: Pakai baju hujan dan terus ke tempat kerja
B: Tinggal di rumah dan maklum kepada bos ketidakhadiran sebab hujan.

Study kes 2.

"Selepas pulang ke rumah dari tempat kerja, masa sudah menunjukkan 5 minit lagi azan Maghrib akan berkumandang. Jarak antara surau/masjid dengan rumah  adalah 500m. Ketika kita bersiap-siap hendak ke masjid tiba-tiba hujan renyai-renyai turun membasahi bumi."

Apa tindakan kita?

A: Ambil payung dan terus ke masjid untuk solat berjemaah
B: Solat sendiri-sendiri di rumah atas alasan hujan.


Tanyalah kepada diri, adakah kita hamba kepada Allah swt atau hamba kepada dunia..

Tepuk dada, tanyalah Iman...~

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU