Manifesto Day


freedom of speech???

Oleh kerana Arab tidak bersatu..





Sejarah dunia tercipta lagi. Regim Husni Mubarak yang memerintah Mesir selama 30 tahun tumbang dengan kuasa rakyat. Mereka menumbangkan regim dengan bersenjatakan suara dan berperisaikan tubuh. Seluruh dunia Islam meraikan kejayaan mereka walaupun ada juga yang berfatwa haram dan menyuruh para pendemo balik ke rumah masing-masing.Namun ada juga yang menyeru kepada pemuda-pemuda mesir turun menyertai kumpulan pendemo.

Begitu juga sejarah negara-negara lain.

Ben Ali tumbang di Tunisia

Shah Iran jatuh di Iran

Mahathir meninggalkan tahta secara hormat di Malaysia

Sukarno runtuh di Indonesia

Dan banyak lagi pemimpin tertinggi negara ditumbangkan oleh suara rakyat mereka. Sebabnya sama, korupsi yang tidak ada penyudah, media massa di monopoli oleh pemerintah, terbentuk akta-akta untuk menyekat suara rakyat, kehidupan rakyat melarat di saat pemimpin hidup mewah.

Tetapi, bukankah Husni Mubarak itu Muslim seperti mana PM kita Najib Tun Razak?

Tidakkah tindakan mereka itu memecah belahkah Muslim Brotherhood?

Meranapkan ekonomi Mesir selama 2 minggu?

Ratusan rakyat mati?

Lebih parah lagi, Kristian dan Atheis sama-sama bersatu menentang pemimpin Islam tersebut?

Bukankah sepatutnya “Arab Bersatu, maka Islam berdaulat”?


Berpecah lebih baik

Mereka akhirnya memilih untuk berpecah. Begitu juga dengan Rasulullah S.A.W. Baginda bukan sahaja berpecah dengan dengan bangsanya, malah keluarganya juga menjadi musuh nombor Wahid.

Malah pada perang Badar, Rasulullah S.A.W juga sanggup bersatu dengan kaum kerabat lain (Aus dan khazraj) dan berseteru dangan keluarganya sendiri. Sehinggakan bapa saudaranya dan 69 yang lain terbunuh.


Kenapa Rasulullah memilih untuk tidak bersatu dengan kaum Arab di Mekkah malah melakukan perjanjian pula dengan Yahudi ( Pasal 16:Piagam Madinah)?

Kerana,

Bersatu bukan asasnya keluarga kerana ada dikalangan ahli keluarga yang bersikap zalim.

Bersatu bukan asasnya bangsa kerana ada ahli bangsa yang tamak haloba.

Bersatu bukan asasnya Muslim kerana ada juga Muslim yang martabatnya Munafiq.

Bersatu atas dasar apa?

Bersatu mestilah asasnya "prinsip Islam" kerana ianya benar dan terhindar dari cacat cela.

Bersatu menegakkan keadilan.

Bersatu menentang kezaliman.

Bersatu meruntuhkan korupsi.

Bersatu membenteras penindasan.

Siapa berani bangkang prinsip-prinsip diatas bukan dari ajaran Islam?

Sebelum mengajak kepada perpaduan dan muafakat, teliti atas dasar? Sekiranya atas dasar-dasar selain Islam, maka tinggalkan dan wajib kita perangi. Sekiranya sebaliknya, bahkan yang menghulurkan tangan bukan dari Muslim, maka seharusnya kita menyambut tangan tersebut.(Namun hazar perlu ada di situ)



p/s : Sebelum Salahuddin Al-Ayyubi menewaskan tentera Rom dan membebaskan Baitul Maqdis, beliau terlebih dahulu menguasai Mesir dan negara-negara Islam disekitarnya..link

sudah hampir menemui TuhanMu

Sudah mencecah 22 tahun.
22 tahun cukup mengajarku apa itu erti kehidupan.
Sudah cukup untuk hidup sendiri.Hidup sendiri sebagai seorang musafir yang menjadikan pertemuan dengan Penciptanya sebagai destinasi terakhir..

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada ibuku yang mengandungkan 9 bulan, menyalurkan susunya sehingga menjadi sebahagian dari darah dagingku. Berjaga malam sedangkan aku tidur lena dibuai mimpi-mimpi indah. Memerah keringat menjahit beratus-ratus tempahan baju semata-mata aku tidak kelaparan. Tidak ada ciptaan didunia yang mampu untuk membalas jasamu..

Ucapan terima kasih kepada ayahku. Membanting tulang membesarkan 6 orang anaknya. Siang menjadi pendidik kepada ummah, malam pula melaksanakan sunnah Rasulullah sebagai saudagar. Kadang-kala keretanya kepenatan dan memerlukan bantuan dari tuannya untuk menolak. Sungguh hebat jasamu kepada ku.Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.


Pada usia sebegini,
Abu Ubaidah membuka Damsyik
Amru Al-As membebaskan Ain Sham
Al-Fateh menakluk Konstantinopel

Namun, apa yang telah aku habiskan 22 tahun??

Ya Allah, sekiranya aku bertemu denganMu diakhirat kelak, adakah Kau redha kepadaku??

Ya Rasulullah, adakah aku sebahagian ummatmu dipadang Masyar nanti??

Berilah taufiq dan hidayahMu kepadaku Ya Allah.. Agar sisa-sisa hidupku menjadi mahar untuk bertemu denganMu dalam keadaan sejahtera.Matilah aku dikalangan Syuhada' dan Solihin. Matikanlah aku di medan jihad fi Sabilillah dan janganlah Kau akhiri hidupku sebagai orang yang kufur kepada nikmat-nikmatMu...

p/s: syukran kepada sahabat-sahabat yang wish besday kat kelas,hp dan facebook.. Barakallahufikum

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU