fiqh Al-ikhtilaf


Dr Yusuf al-Qaradawi mengulas tentang puak ini dengan katanya:

“Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat-pendapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fekah dan akhlak…dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu.

Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-'Allamah al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya…

Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-'Asy'ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi’i segi Fekah, dan mengikut Tarikat al-Rifa'iyyah dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu samada dalam pemikiran, adab dan akhlak..

Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. 

(Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).

p/s: sedang mengkhatamkan buku ini

Fokus bulan ini

Antara isu panas yang terjadi kat Malaysia pada April 2011.

Pilihan Raya Negeri Sarawak

Pegawai Kastam mati di pejabat SPRM


Kilang pemprosesan rare earth



Final Exam most of IPTA/IPTS

namun, berita yang menjadi keutamaan media national yang bertemakan "Pemangkin Fikiran Rakyat"


Berita online paling hot dikalangan pembaca tulisan Melayu.





Rahsia Tuan Guru Nik Aziz cergas..


sumber video : MSO


umur TGNA sudah menjangkau lebih 80 tahun (lahir 31 Januari 1931) namun beliau masih lagi kuat berdakwah kepada masyarakat walaupun kadang-kandang wilcha membantunya bergerak ke sana sini.Orang yang berumur lebih 80 sepertinya kebiasaannya kita lihat mereka tidak mampu berjalan sendiri, daya cognitive yang lemah dan organ-organ pancaindera mula merosot.Takaful pun hanya support sampai umur 75-80 tahun.


Seharusnya kite perlu memahami secara jelas physiology dan kebiasaan golongan veteran. ibubapa kita akan menghadapi zaman ini. Kita seharusnya bersedia dengan ilmu dan teknik-teknik kursus untuk menjaga mereka kelak. Bukan teknik-teknik menjadi suami soleh dan isteri solehah je yang kena belajar, menjadi anak soleh/solehah juga penting untuk kita mendapat tiket ke Jannah.


Rajin-rajinlah ajak orang tua kita tiap-tiap hari buat simple exercise dan membaca.Ini semua dapat mengurangkan dan melambatkan proces of loss of muscle and brain nerve.


contohnya:
  • bersiar-siar sekitar lake garden
  • bercucuk tanam
  • solat jemaah,qiam dan solat-solat lain (dari sudut scientific, kalu syariah dah memang tuntutan pun)
  • banyakkan membaca al-quran dan apa-apa bahan bacaan pun.
  • sentiasa melihat dan mentadabbur keindahaan alam.
Lain-lain gaya hidup sihat untuk golongan veteran
  1. Tidur yang cukup (bukan bayi je kena tidur cukup).
  2. Mengamalkan diet yang seimbang dan tidak miss sarapan.
  3. Tidak merokok.
  4. Maintain a healthy body weight.(ada sapa-sapa boleh translate x?)


Semua tips-tips di atas tidak akan berkesan sekiranya masa muda kita sudah mula mengamalkan amalan yang sangat tidak sihat. Tengoklah masyarakat sekarang, hanya mengadap laptop sepanjang masa, makan fast food setiap hari, mengabaikan physical activities dan sangat malas dan cerewek bile diarahkan mengosongkan mahallah.


Kenapa nak sangat sihat tubuh badan bile dah lanjut usia?


Biar orang senang dengan kita.Jangan sesekali orang menyumpah supaya kite mati awal,lebih-lebih lagi keluar mulut dari anak kite sendiri..!!!

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU