Berapa lama 50 ribu tahun tue?



1.Bila kita di kampus, kita rasa nak balik rumah..

Selepas belajar tungkus-lumus selama 14 minggu, akhirnya cuti sem bermula dan dapatlah kita balik, cium mak dan peluk abah...

2.Bila kita di rumah pulak, rasa nak pulang ke kampus. Nak jumpa kawan-kawan, lecturer, dan makcik dan pakcik guard terchenta.

Setelah penat golek-golek kat katil, tolong mak kemas rumah dan kerje part-time, akhirnya cuti pun semakin berakhir dan tak lama lagi kita akan melangkah kembali ke kampus..

3.Rasa baru sahaja daftar masuk, taw-taw dah masuk tahun ke 3 dah. Begitulah sunnah dunia. Setiap yang bermula, pasti ada pengakhiran. Cuma sekejap atau lambat sahaja.

4. Namun, di akhirat nanti, masanya tidaklah sama seperti di dunia. Masanya terlalu panjang tak tercapai oleh akal.

"Malaikat2 dan jibril naik(menghadap) kepada Tuhan sehari yg kadarnya lima puluh ribu tahun."  [Al-Ma'arij:4]

Ayat ini menjelaskan mengenai para malaikat dan juga Jibril a.s yg saban hari menghadap Tuhan,kadar masa bagi 1 hari di alam malaikat itu ialah 50,000 tahun. Demikianlah bandingan masa bagi satu hari yang ditempuh oleh para malaikat bersamaan dengan 50 ribu tahun

5. Lamakan? Sekiranya kita diberi nikmat, maka nikmat tersebut akan berkekalan lamanya. Bagaimana pula sekiranya kita diazab oleh Allah, sanggupkan kita menahan pedihnya azab Allah dalam jangka masa yang tersangatlah lama?

6. Kena ekzos moto selama 15 saat pun dah tak sanggup, inikan pula azab yang tidak tergambar pedihnya.

7. Maka manfaatkanlah masa yang berbaki untuk minta kerahmatan, keampunan dan pembebasan dari api neraka.Selagi nyawa kita dikandung badan,ketiga-tiga pintu sentiasa dibuka kepada hambaNya walaupun setelah berakhirnya Ramadhan.

“Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (az-Zumar: 53)

Selamat beribadah pada malam-malam terakhir Ramadhan

Hujan..



Semua sedia maklum, tidak siapa boleh menilai iman seseorang sama ada dia beriman atau pura-pura beriman. Namun, kita sendiri boleh menilai tinggi atau rendah iman kita berpandukan perkara seharian yang kita lakukan.

okies, kita ambil hujan sebagai experiment.

Study kes 1.

" Pagi ini kita dalam perjalanan ke tempat kerja, jarak antara tempat kerja dan rumah adalah 10km dan kenderaan yang kita naiki adalah motosikal. Sebelum kita melangkah ke tempat kerja, tiba-tiba langit menjadi gelap, awan hitam sudah berarak bersedia menurunkan isinya."

Apa tindakan kita?

A: Pakai baju hujan dan terus ke tempat kerja
B: Tinggal di rumah dan maklum kepada bos ketidakhadiran sebab hujan.

Study kes 2.

"Selepas pulang ke rumah dari tempat kerja, masa sudah menunjukkan 5 minit lagi azan Maghrib akan berkumandang. Jarak antara surau/masjid dengan rumah  adalah 500m. Ketika kita bersiap-siap hendak ke masjid tiba-tiba hujan renyai-renyai turun membasahi bumi."

Apa tindakan kita?

A: Ambil payung dan terus ke masjid untuk solat berjemaah
B: Solat sendiri-sendiri di rumah atas alasan hujan.


Tanyalah kepada diri, adakah kita hamba kepada Allah swt atau hamba kepada dunia..

Tepuk dada, tanyalah Iman...~

Ujian Memandu...





Siapa ada buku nie?? 

Mesti ramaikan yang pernah memiliki buku tersebut semata-mata untuk lulus ujian memandu..

Tetapi, beramai ramai yang berhabis duit membeli buku-buku agama untuk mahu lulus ujian lisan mungkar dan nakir, ujian timbangan Al-Mizan dan ujian berjalan di Titian Sirat?

Gagal ujian memandu, bayar RM60.00 dan ulang balik..
Gagal ujian akhirat, bolehkan kita kembali ke dunia??

Harga Seorang Sahabat


Manusia juga sering mencari nahas semasa sahabat dengan membuat perbandingan:

1. 'siapa yang berkorban lebih banyak untuk siapa'

2. mengungkit perkara yang lepas-lepas kerana marah, tersinggung perkara masa ini...

3. menuduh membuat komen kerana mainan minda dan sangka buruk diri sendiri tanpa usul periksa

4. lupa pada waktu gembira bersama bila berdepan dgn perbezaan pendapat...

5. memperbesarkan kesilapan sahabat

6. memperkecilkan usaha sahabat

7. ego merasakan diri betul dan kawan sentiasa silap

8. terlalu fokus dengan perbezaan pendapat daripada persamaan pendapat

9. jika ada perbedaan umur, yang tua selalu merasakan dirinya lebih besar daripada yang muda

10. cara bercakap, menaip kata-kata di alam maya yang dibaca dengan emosi berlainan...

Bukan mudah untuk dielakkan, tapi petuanya mudah - Sahabat adalah kurniaan Allah, hargainya selagi dia ada.

Bila berasa marah, bayangkan besok hari terakhir, dan tanya diri adakah berbaloi perkara yang kita marahkan pada dia yg bergelar sahabat?

Senyum. (^^)

-Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man-





p/s: nikmat dunia yang paling berharga selepas isteri yang solehah dan keluarga yang mawaddah adalah sahabat..!!

Puasa dan Ikhlas



1.Puasa adalah amalan yang tidak zahir pada pandangan manusia

2.Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu sama ada berpuasa atau tidak

3.Kebanyakkan amalan bermula dengan paksaan, lama kelamaan barulah ikhlas itu hadir dengan sendiri.

4.Tanpa ikhlas, nescaya hilanglah segala amal..

5.Allah berfirman dalam surah Al-bayyinat:5 “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar”.

6.Ditanya kepadanya Fudhail bin Iyadh : Apakah yang paling ikhlas dan apakah yang paling betul?" 

Beliau menjawab 

"Sesuatu amalan yang dilakukan dengan ikhlas tapi tidak betul, tidak diterima Allah dan jika amalan itu betul tapi tidak ikhlas, juga tidak diterima oleh Allah sehinggalah amalan itu ikhlas dan betul kerana Allah"

7.Bila amal disertakan dengan ikhlas, barulah kemuncak kepada puasa iaitu beroleh "Taqwa" akan menampakkan jalan..


lepas nie payah dah nak tangkap gambar dengan bakal YB Bukit Gantang...

Ulama Itu Adalah Pewaris Nabi

Ijtima’ Ulama’ Nusantara Sempena Ihya’ Ramadhan 1433H 

Ijtima’ besar-besaran yang bakal dihadiri oleh Ulama’ seluruh Malaysia, Indonesia dan Thailand termasuk wakil ulamak dari Yaman akan diadakan pada 15 dan 16 Ramadhan 1433H bersamaan 4 dan 5 Ogos 2012M bertempat di Qaryah Ramadhan, Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan. Semua pencinta Islam dijemput hadir beramai-ramai dalam memeriahkan majlis ini Majalah Q&A akan hadir untuk buat liputan

15 ramadhan 1433H/4 Ogos 2012M

Solat isyak Tarawih berjemaah di qaryah ramadhan
Tazkirah Oleh Wakil Ulamak Pattani (rombongan 30 orng)

16 Ramadhan 1433H/5 Ogos 2012M

Solat Subuh Berjemaah di qaryah ramadhan
Tazkirah Subuh Wakil Ulamak Nusantara

9.30pg : HALAQOH ILMU 1 (PERANAN ULAMAK DALAM AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR) 
Moderatur : Ustaz Tuan Hj Syarifudin(KIAS)
Pembentang : Dr Hj Abd Basit Bin Hj Abd rahman
Pengulas : Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Hj Ramli 

10.45pg : HALAQOH ILMU 2 (PERANAN PUSAT PENGAJIAN PONDOK DALAM MELAHIRKAN KEPIMPINAN UMMAH)
Moderatur : Us Hj Mokhtar Senik (pahang)
Pembentang : Tg Hj Salleh Bin Hj Musa (Kedah)
Pengulas : Tg Hj Zulkifli Bin Hj Ismail (Melaka)

12.00tgh : KETIBAAN YAB TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA MENTERI BESAR KELANTAN

MAJLIS PERASMIAN IJTIMA' ULAMAK NUSANTARA 1433H
2.00ptg : Liqo' Ulamak Nusantara dan resolusi

5.00ptg : Bacaan Ratib Haddad & Majlis Maulid (bersama Team qasidah Maahad Muhammadi Lelaki (mml) dan Al-Ihya' dri P.Pinang)*Habib Ahmad Haddar 
*Syeikh Mahmud Karim (Munsyid Habib Omar)

Antara ulamak yg akan hadir..
-Syeikh Hj Muhd Zainul Asri & ulamak kedah lain
-Tg Hj Zulkifli Sg Udang
-Tg syed suhaimi & (ulamak trenngganu lain)
-Syeikh Syairozi (bersama ulamak perak lain)
-30 orng wakil Pattani...

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU