Fakta VS Persepsi


Sekumplan pelajar sekolah rendah kebangsaan baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun, selang beberapa minggu, keputusan telah keluar..

Azman peroleh 3C,1D dan 1E, manakala kawannya Maniam dan Lee peroleh 5A.

Risaukan anak bangsanya, guru kelas Azman, Cikgu Hadi cuba mencari cara terbaik untuk perbaiki prestasi akademik Azman. Tambahan pula, tahun depan Azman bakal menghadapi UPSR

Setelah Cikgu Hadi memantau kehidupan seharian Azman, beliau dapati Azman selalu bermain-main dengan kawan-kawan sekelas ketika sesi PnP. Dan ketika kelas tambahan, Azman didapati sentiasa ponteng dan bersuka ria di Cyber Cafe.

Untuk atasi masalah ini, Cikgu Hadi memberi teguran dan amaran dan mengarahkan Azman dikehendaki belajar bersama dengan Maniam dan Lee di kelas dan kelas tambahan pada tahun depan.

Azman patuh pada arahan Cikgu Hadi. Hasilnya keputusan peperiksaan pertengahan tahun menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Bapa Azman bertemu dengan cikgu hadi untuk bertanya apa rahsianya.

Jawab Cikgu Hadi

"Oh, saya groupkan anak awak dengan 2 orang pelajar paling pandai di kelas, Maniam dan Lee.."

Terkejut dengan jawapan Cikgu Hadi, lantas terus Bapa Azman melenting

"Kenapa groupkan anak saya dengan pelajar bukan Islam? Rosak akidah anak saya bergaul dengan mereka."

Cikgu Hadi terkasima dan cuba pertahankan tindakannya.

"Tapi Encik, diorang hanya belajar je. Bukan buat apa-apa pun."

"Ah, itu saya tidak peduli, mula-mula memanglah study, lama-lama diajaknya makan babi, sembah berhala mereka, ikut itu, ikut ini. Sudah, kembalikan anak saya ke tempat asal." bentak Bapa Azman

"For your information Encik, kawan-kawan anak encik yang "melayu" nie lah yang selalu bermain-main ketika kelas dan ajak anak encik ponteng kelas tambahan." Cikgu hadi masih lagi bertahan.

"Saya tak peduli, biar dia ponteng kelas asalkan aqidah anak saya selamat..!!!"
Ayah Azman terus keluar dan menghempas daun pintu sekuat hati

Geleng kepada melihat telatah dan perangai ayah Azman. Dan Cikgu Hadi harap selepas ini beliau datang ke sekolah anaknya dengan berpakaian lebih kemas, bukannya berseluar pendek dan berantai..

Cikgu Hadi pun merebahkan badannya dikerusi sambil bermonolog sendiri

"Ini utusan dan tv3 punya pasallah nie.."

Comments

0 Responses to "Fakta VS Persepsi"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU