Zakiah, Chong Meng dan Lingam adalah pengedar ayam daging terkemuka di seluruh kampung Pinang Sebatang. Antara ketiga-tiga pengedar ini, Syarikat Zakiah yang paling baik perkhidmatannya. Ayam diberi makanan yang terbaik, ayam-ayam disembelih dan dipantau oleh ustaz lulusan university Azhar dan pemprosesan oleh pekerja yang terlatih.
Pada hujung tahun ini, satu restoran makanan segera ‘Indah Fried Chiken’ (IFC) berteraskan daging ayam akan dibuka. Pengurus syarikat mencari-cari pengedar ayam mana yang mampu membekalkan ayam yang paling berkualiti dan service yang terbaik.
Setelah diselidik, ketiga-tiga pembekal ayam ini yang memenuhi kreteria yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Sebagai syarikat yang telus, pengurus syarikat terbabit memanggil ketiga-tiga untuk ditemu duga.
Pengurus bertanyakan soalan;
“Kenapa syarikat anda layak untuk mendapat tander syarikat kami?”
Chong Meng dan Lingam masing-masing meyakinkan pengurus dengan menyatakan kelebihan-kelebihan syarikat mereka diceritakan ayam mereka adalah ayam yang berkualiti dan pekerja yang baik dan alatan yang diimport dari Eropah.
Zakiah pula memberikan jawapan yang berbeza;
“Syarikat saya perlu dipilih sebab syarikat Chong dan Lingam adalah bukan Islam, pasti ayam mereka adalah ayam yang tidak halal. Lepas itu, org cina nie bukanlah pembersih, berak pun tak basuh..bla..bla”
Dan pelbagai lagi keburukan dihemburkan kepada penemu duga untuk menjustifikasikan kenapa syarikatnya perlu dipilih tanpa sedikit pun menceritakan kelebihan-kelebihan yang ada pada syarikatnya. Sedangkan kekuatan syarikatnya cukup kuat untuk menandingi syarikat Lingam dan Chong Meng.
Akhirnya Syarikat Lingam dipilih setelah beliau memberi jaminan untuk mendapatkan sijil halal dari Jakim.
P/s: Islam adalah agama yang indah, lengkap dan mudah difahami. Tapi yang kita buat sebarkan 'kejahatan' penganut-penganut lain, bukannya menjadi agent memahamkan masyarakat tentang 'Apa Itu Islam'..
BN Jangan Jadi Lembu Dicucuk Hidung
1 week ago





Post a Comment