Satu lagi projek KERAjaan BN/UMNO


Tidak sampai beberapa minggu lagi tahun baru 2010 akan menjelma. Serentak itu juga secara tradisinya akan bermula penggal baru persekolahan di seluruh negara.Namun bagi masyarakat yang cintakan pendidikan Islam, khususnya di Terengganu, penggal akan datang bakal mencatat satu lagi sejarah hitam. Satu-satunya sekolah rendah agama milik kerajaan negeri itu tidak lagi akan beroperasi seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sebetulnya kepiluan itu sudah pun dirasai lebih awal. Berakhirnya penggal persekolahan pada 19 November lalu menandakan turut berakhirnya kewujudan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Terengganu. Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri telah muktamad tidak meneruskan hayat SRAB, walau pun ia dibantah pelbagai pihak.

Suara menuntut sekolah berkenaan diteruskan bukan sahaja kedengaran dari pihak PAS yang bertanggungjawab menubuhkannya, tetapi juga kalangan ibu bapa yang dahagakan pendidikan Islam untuk anak bangsa serta guru-guru yang terbabit menjayakan SRAB selama sembilan tahun. Malah, bantahan mereka terhadap keputusan BN menutupnya dikatakan pernah mendapat perhatian pihak istana.

SRAB adalah cetusan idea kerajaan negeri pimpinan PAS. Ia mula beroperasi pada 2001 di enam sekolah menengah agama negeri (SMAN). Nama mereka juga diambil sempena nama sekolah-sekolah terbabit, iaitu SRAB Al-Falah, Kemaman; SRAB Sultan Ismail, Dungun; SRAB Mahmudiah, Kuala Berang; SRAB Al-Khairiah, Kuala Terengganu; SRAB Maarif, Besut dan SRAB Ittifakiah, Jertih.

Seperti gambaran namanya, SRAB menggunakan kurikulum tersendiri yang merupakan gabung jalin antara kurikulum pendidikan asas agama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) untuk penekanan akademik.

Malang sekali hasrat penubuhannya untuk menyemai asas penting melahirkan insan yang seimbang antara akademik dengan akhlak dan agama tidak sempat direalisasikan. Belum pun generasi pertama pelajarnya menamatkan persekolahan mereka, SRAB sudah dibayangi usaha menutupnya.

Pada usia belum memasuki tiga tahun, kerajaan negeri beralih kepada BN. Parti sekular itu hanya mengambil masa empat bulan untuk memuktamadkan keputusan mengakhiri hayat SRAB. BN pada Julai 2004 bersepakat mencari jalan terbaik menutupnya.

Bantahan pelbagai pihak, yang dikatakan turut disertai campurtangan istana, membantutkan serakah BN untuk segera menghapuskan SRAB. Ia bagaimana pun kekal dengan niatnya membiarkan sekolah itu mati dengan sendiri apabila tidak lagi mengambil pelajar baru bermula sessi 2005.

Pelajar SRAB paling bongsu adalah ambilan tahun 2004, iaitu dua bulan sebelum pilihan raya. Mereka inilah kelas terakhir yang tamat Tahun Enam, November lalu.

Meski pun BN meremehkan keupayaan SRAB, kecemerlangan para pelajarnya hasil asuh didik para gurunya yang dedikasi telah berjaya dibuktikan. Kejayaan membanggakan kumpulan pertama pelajar SRAB yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2006 memalukan BN. Dalam keadaan dianaktirikan dari bantuan sepatutnya dan sudah dibayangi penutupannya, SRAB muncul antara sekolah terbaik seluruh negeri dalam UPSR.

Seramai 44 (lebih 20 peratus) daripada keseluruhan 215 pelajar dari enam SRAB memperolehi 5A. Mereka juga cemerlang dalam penguasaan bahasa Arab dan hafazan Al-Quran. Seramai 477 daripada hampir 800 pelajar enam SRAB itu juga khatam Al-Quran sehingga akhir 2006 itu.

Kecemerlangan itu dikekalkan hingga ke tahun terakhirnya. Seramai 21 atau lebih 25 peratus daripada 83 pelajar SRAB Al-Khairiah mendapat 5A dalam UPSR tahun ini.

Ertinya mereka telah buktikan bahawa SRAB mampu menghasilkan produk cemerlang. Sebab itu keputusan BN Terengganu menutup SRAB tidak dianggap berasaskan nilaian akademik. Ia semata-mata disebabkan sentimen balas dendam dan politik sempit sehingga tidak mengenal batas sempadan, termasuk dalam aspek pendidikan agama.

BN gagal merasionalkan keperluan pendidikan Islam sebagai ubat paling mujarab kepada permasalahan sosial melanda dunia sekarang. Semakin kita digema riuhkan dengan segala macam kejahilan tentang agama, semakin mundur pula komitmen kerajaan terhadap pendidikan Islam.
Apa yang dilakukan BN itu amat mendukacitakan. Apatah lagi Terengganu sendiri turut berhadapan berbagai kepincangan dalam aspek agama. Pernah didedahkan fakta bahawa lebih sepertiga pelajar tahun dua hingga enam di Terengganu tidak tahu perkara asas mengenai solat, terutama jumlah rakaat lima waktu dan bacaan al-Fatihah. Apakah menutup SRAB jalan terbaik menyelesaikan masalah ini?

Terengganu juga menghadapi masalah kekurangan imam yang sangat serius. Kuota tiga imam untuk sebuah masjid sudah hampir dipenuhi ketika PAS memerintah. Kini keadaannya amat membimbangkan. Sebahagian besar masjid, termasuk masjid utama di daerah-daerah, hanya bertahan dengan seorang imam sejak beberapa tahun lalu.

Tidak dinafikan sebagai sebuah institusi pendidikan baru, SRAB tidak terlepas dari cacat-celanya. Namun itu tidak bermakna ia tidak boleh diperbaiki dan dipertingkatkan. Kata orang, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Di saat rakyat mengharapkan kebobrokan remaja diperbaiki dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan agama dan akhlak mereka, jalan sebaliknya pula yang diambil BN T
erengganu

Comments

0 Responses to "Satu lagi projek KERAjaan BN/UMNO"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU