UMNO PARTI %@#*



video



Maaflah, kasar tajuk post aku kali nie. Bukan apa, dah bengang sangat dengan pimpinan UMNO yang sesuka hati je merosakkan negeri aku. Apa deme ingat negara nie deme punya ke??? Setelah lebih seratus hari konflik politik yang berlaku belum ada tanda-tanda berakhir. Ingatkan setelah kes ini dibawa ke mahkamah, habislah drama nie. Tetapi yang berlaku sebaliknya, masalah semakin kusut dan yang merana kita semualah.Polis digunakan sesuka hati. Hebat menangkap pemimpin PR tetapi kes-kes jenayah seperti kes culik dan rogol budak sampai sekarang pun masih tak selesai. Macam mana negara nak aman kalau macam nie. Kalau mereka senang-senang je melanggar perlembagaan dan undang-undang, jangan marahkan rakyat andai senjata menjadi jalan terakhir untuk selesaikan konflik ini. Nasib baiklah pemimpin PR nie sabar meghadapi ujian nie.

Bak kata TGAH
"kesabaran ada batasnya".

Rakusnya mereka bertindak seolah-olah esok tiada ada hari lagi untuk memerintah. Sejarah-sejarah demokrasi tercipta di Perak. Speaker di heret keluar oleh anjing-anjing "keselamatan", sidang dun di bawah pokok, polis bersenjata menceroboh dewan undangan negeri, 2 MB dan banyak lagi. Selama ini, mereka kata rakyat tidak puas hati dengan pemerintahan PR. Pelbagai isu yang berkaitan dengan PR disensasikan. Kalau betul rakyat sudah bosan dengan PR, kenapa takut dengan mahkamah rakyat??

Semalam, Najib menyerahkan segala yang berlaku kat Perak diserahkan kepada Zambri al-Pangkori untuk menyelesaikan. Nah, krisis dah tepu baru nak lepas tangan. Masa rampasan kuasa hari tue, nape 3 katak yang melompat tue berada kat pekan?? sapa yang pie jumpa sultan Azlan merekemen zambri sebagai MB?? Memang dasar pemimpin UMNO, baling batu sorok tangan, pas tue pie tunding kat orang lain. Zambri juga yang kena tanggung sorang-sorang ketika mana semua komponen BN mendesak UMNO mengadakan pilihan raya bagi menyelesaikan masalah ini dari berlarutan. Padan muke ko Zambri..!!!!! Meranalah 7 keturunan.

"Ya Allah, KAU leraikanlah segala masalah yang berlaku dinegeriku, KAU tunjukkanlah yang benar itu suatu kebenaran dan kami ikut kebenaran tersebut, dan KAU tunjukkanlah yang batil itu sebagai suatu kebatilan supaya kami hindar kebatilan tersebut. Menangkanlah yang benar dan singkirkanlah yang batil. Semoga negari kami berada dalam keadaan yang makmur dan sejahtera"






Comments

0 Responses to "UMNO PARTI %@#*"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU