Belajarlah menerima kenyataan

Hari ini hari ke 3 short sem. Sem nie aku hanya amik Biolab dan English lavel 6. Hanya biolab je tak start lagi. Kelas reading, grammar dan listening and speaking, aku dah berjumpa empat mata dengan lecturer. Alhmdulillah, setakat ini kedua-dua lecturer yang mengajar group aku semua sempoi-sempoi belake.Harap-harap dapatlah aku baiki English aku yang teruk ini.

Kalau nak di cita pasal result sem lepas takde yang boleh dibanggakan sangat tapi meningkatlah cgpa berbanding sem lepas.Dibandingkan dengan sahabat-sahabat aku, ramai gak yang terpaksa repeate subjek dan ada juga yang dapat surat cinta dari uia. Hilang lagi seorang sahabat setelah beberapa oarang sahabat rapat aku kat "kiri-kanan bukit" turut meninggalkan bumi uia pj kerana tidak dapat menyambung pelajaran lagi kat sini.

Itulah asam garam kehidupan.Bukan semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Allah lebih mengetahui daripada kita. Yang penting kita berusaha untuk mencapai kejayaan dan sanggup menerima segala yang di tetapkan kepada kita. Insya Allah ada hikmahnya yang Allah sembunyikan semata-mata untuk menguji keimanan kiata kepada-NYA.

Teringat aku semasa mula-mula melangkah ke sekolah menengah, aku tidak jangka pun akan dapat pergi ke SMKA/SBP dan King Endward menjadi pilihan. Disebabkan perangai aku yang agak teruk(hehehe) aku dihantar ke asrama. Selang beberapa hari, pada waktu pagi, (mase tue aku tengah syok main bola kat padang)orang tua aku datang dan menyerahkan tawaran ke SMKA Sultan Azlan Shah. Pada mulanya berat hati nak menerima tetapi kerana orang tuaku nak sangat aku pun terimalah.



Semasa perjalanan dari rumah ke sekolah baru (dalam 100km) pelbagai perasaan yang ada pada hatiku. Seronok sebab bebas dari orang tua(hehehe) dan cuak sebab aku nie second in take. Takut kena buli dengan kawan-kawan dan lain-lain perasaan di hati aku. Bila dah masuk jumpa pulak sahabat lama. So takle gabra sangat. Aku pun belajar sampai PMR. Alhmdulillah dapat 8A dan sekali lagi Allah menguji aku dengan tawaran yang lebih lumayan, tawaran ke SBPI Gopeng. Mak aku pun datang dan merayu-rayu suruh aku pergi ke sana sehingga sanggup datang ke SMKA dan bawak aku melawat ke SBPI Gopeng. Aku pun tak taw kenapa hati aku berkeras juga nak stay kat SMKA. Kalau nak dibandingkan, masa depan aku lebih cerah di SBPI Gopeng berbanding SMKA. Aku cakap baik-baik dengan orang tua aku dan deme pun benarkan aku teruskan pengajian kat SMKA.

Banyaklah pengalaman yang dapat mase aku belajar kat SMKA dan aku sangat-sangat menghargainya. Rasanya tak dapat kot kalau belajar kat SBPI. Result SPM yang aku dapat agak membanggakan orang tuaku. Aku buktikan pada mereka dok kat SMKA pun boleh berjaya gak. Lepas habis sekolah menengah, aku teruskan pengajian di Darul Quran dan disanalah aku mengenal erti hidup di dunia ini, kenal erti tarbiah dan mengenal sahabat-sahabat yang mampu bersama-sama ketika susah dan senang. Aku rasakan hidup aku baru 3 tahun bermula, bukannya 20 tahun.




Sepanjang hidup aku tidak pernah jangkakan aku mampu menghafal 30 juzu' Al-Quran dan bersama-sama sahabat-sahabat di medan dakwah. Tetapi Allah yang menetapkan hidup aku begini dan aku sangat-sangat bersyukur. Jika dari mula aku tidak menerima tawaran ke SMKA dan kekel di King Edward, aku rasa hidup aku mungkin tidak sebegini. Mungkin jadi mat rempit, atau mat pin di tepi-tepi jalan. Buat diri dan sahabat-sahabat, belajarlah menerima segala keputusan yang telah Allah tetepkan kerana hanya DIA sahaja mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Comments

0 Responses to "Belajarlah menerima kenyataan"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU