TAIPING, 23 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang 7 April depan.
Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping sebentar tadi di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat.
Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.
Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).
Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).
Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia awal bulan lalu. -harakah-
Aku secara peribadinya dapat mengagak keputusan yang di buat oleh majlis ahli syura PAS. Hal ini kerana suasana politik sekarang memerlukan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS mengekalkan kerusi dan menambah mejoriti di Bukit Gantang. Aku yakin, keputusan ini adalah yang terbaik berbanding dengan calon-calon lain.
Kemenangan di Pakatan Rakyat di Bukit Gantang menunjukkan rakyat Perak secara total menolak penubuhan kerajaan haram BN dan mahukan supaya DUn dibubarkan supaya krisis politik yang sangat meruncing di Perak dapat diselesaikan.
Perkara ini yang sangat di takuti oleh pimpinan BN. Ada kajian menunjukkan jika DUN di bubarkan, Pakatan Rakyat mampu menawan dan menguasai kerusi DUN Perak sebanyak 45 dan keatas. Jika perkara ini berlaku, pasti peluang untuk BN merampas Perak semakin malap. Rakyat Perak mampu menilai dan membandingkan antara kerajaan BN dan PR. Hanya segelintir sahaja yang buta dan keliru antara kaca dan permata.
Walaubagaimana pun, gerak kerja mesti di teruskan bagi memastikan keadilan tertegak dibumi Perak.
BN Jangan Jadi Lembu Dicucuk Hidung
1 week ago




Post a Comment