11 sebab kenapa perlu tolak IR Nizar


Kenapa Nizar perlu ditolak di Bukit Gantang


1.Dia mohon derhaka kepada sultan

2. Semasa jadi MB Perak, dia jadi boneka DAP

3. Dia team Erdogan yang Pro Anwar yang sokong Zionos

4. Dia lulus tanah kepada Cina selama 999 tahun

5. Dia bukan calon pilihan Nik Aziz Nik Mat tetapi calon pilihan Ngeh Kor Ham

6. Dia bukan anak tempatan Bukit Gantang

7. Dia tamak kuasa dan enggan serah kereta Camry. Tu baru kereta

8. Dia lebih bertuankan Anwar dari PAS bermakna apa saja agenda pihak asing melalui Anwardia akan disokong.

9. Dia lebih suka mengajak rakyat berdemonstrasi, yang kena tangkap dan sakit siapa????

10. Datuk Harussani, mufti Perak memfatwakan Nizar adalah penderhaka. Siapa yang harus kita percaya antara DUA ni.

11. Nizar tak sesuai jadi pemimpin sebab keras kepala, macam mana kita nak tegur dia nanti???

See, dahsyat x dakyah-dakyah umno memburukkan IR Nizar? Aku pasti geng-geng monapaus dari umno dan puteri-nya mesti guna dakyah-dakyah nie semasa berkempen turun rumah ke rumah. Semasa aku bertugas kat Pos Pemuda, banyak juga tektik-tektik otor dan jijik yang deme buat untuk kalahkan PAS dan PR.Antaranya memburuk-burukkan pimpinan PR termasuk TGNA, menyebarkan risalah 10 dalil kenapa harus tolak PAS, gambar anjing berkepala Sultan Azlan dan Dato' Harussani dan pelbagai lagi.

Aku nak jawab sikit segala tuduhan yang dilemparkan.

1. Itu bahasa istana. Seorang rakyat kalau tidak setuju dengan Sultan mesti menggunakan ayat "sembah derhaka". Sultan pun faham dah tak dengar pun dari mana-mana berita yang mengatakan Sultan Azlan murka. UMNO kalau tak setuju dengan Sultan mesti wat demonstrasi dan lain-lain yang lebih teruk dan jijik (macam kes kat terangganu "kami nak derih NATANG!!!)

2.Apa bukti IR Nizar boneka DAP? sebab beliau bagi tanak kat cina ke? Tunggu ulasan pasal isu tanah di bawah.

3. Satu lagi tuduhan murahan. Tak pernah ada pun team-team dalam PAS nie.tak dinafikan ada pelbagai pemikiran di dalam PAS tapi itu biasalah. Sahabat Rasulullah pun ada yang berbeza pendapat seperti Saidina Abu Bakar dan Umar (kisah tawanan perang Badar). Rasulullah tak pun rasa kecewa malah meraikan perbezaan tersebut. Tetapi tidaklah sampai berpecah belah. Anwar agent Zionis? fikir sendirilah.

4.Memang beliau luluskan tanah kepada orang cina, so what?? semua tanah yang diluluskan adalah tanah kampung tersusun yang memang menjadi hak mereka untuk mendapat geran tersebut. Tetapi kenapa cina sahaja yang di highlightkan? orang melayu dan bumiputra pun dapat hak yang sama dan lebih banyak dari orang cina. Orang Melayu peroleh tanah 102,000 lot kampung tersusun melibatkan 7000 ekar dan cina sebanyak 47,000 lot melibatkan 3000 ekar. 7 dengan 3, mana yang lebih banyak? Berita Hairan dan Utusan Me-layu memang fail bab kira-kira nie. Ingat selama ini, BN tak pernah bagi tanah kat orang cina ke?

a) 22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada syarikat KL Kepong di lekir, Manjung.

b) 5,000 ekar diberuas dan 1,500 ekar kepada MCA di bandar baru, Kampar

c) 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL) Ini tanah rizab Melatu (Ya!!, RIZAB MELAYU) di Padang Rengas, Kuala Kangsar

d) UMNO-BN Perak gadai beberapa tanah kerajaan di lokasi komersil di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor, Kinta dan Perak kepada tauke-tauke besar jika mereka kembali berkuasa.

kedua-dua kerajaan PR dan BN bagi tanah kepada cina tapi yang beza, PR bagi tanah kepada orang yang memerlukan dan BN JUAL tanah kepada orang yang sememangnya dah kaya, dan duit itu mengalir ke poket-poket puak-puak mereka sahaja. bukannya rakyat.

5) IR Nizar dilantik oleh majlis Syuro yang terdiri oleh beberapa pimpinan PAS termasuk TGNA. Andai bukan pilihan TGNA, IR Nizar pilihan PAS. Segala keputusan parti tidak terletak kepada orang perseorang, tetapi mesti dibawa ke majlis syuro dulu. Lagi pun TGNA dan merestui IR Nizar sebagai calon.Siap wat sidang media lagi.

6) Allahyarham YB Roslan Shaharum pun bukan orang tempatan tapi boleh juga menang. Isu lapuk.

7) Beza tamak dan mempertahankan hak. Sampai sekarang takda satupun bukti yang IR Nizar digugurkan dari jawatan MB semua tahu, MB akan hilang jawatan dengan tiga cara :

a) Dun dibubarkan

b) undi tidak percaya di dalam dewan DUN

c) MB meninggal dunia atau letak jawatan sendiri.

Yang tamak UMNO-BN. Merampas dan menjatuhkan kerajaan dengan pintu belakang.

8) dakyah dan tuduhan liar sahaja. Apa dia agenda asing melalui DSAI? kalau ada buktikan.

9) Selama ini tak pernah lagi IR Nizar ajak berdemonstrasi. Itu semua kesedaran dan kebangkitan rakyat membantah dan menolak kekejaman UMNO dan BN.

10) wah..wah..wah!!! memang betol Dato' Harussani bagi taw kita kena taat kepada pemimpin berdasarkan firman Allah,

"wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taat kepada Rasul dan pemimpin dikalangan kamu, jika kamu berbeza pendapat terhadap sesuatu maka kembalilah kepada Allah dan Rasul". (an-nisa'- 59)

perlu dingatkan jika sesuatu keputusan pemimpin yang salah/maksiat kita mesti berani untuk mengatakan tidak dengan cara yang berhikmah.

Firman Allah Ta'ala,

"Dan mereka tidak bermaksiat kepadamu dalam kebaikan." (Al-Mumtahinah: 12).

Rasulullah saw. bersabda,

"Sesungguhnya ketaatan itu pada kebaikan." (Muttafaq Alaih).

IR Nizar menggunakan cara yang paling berhikmah dan sopan menegur keputusan pihak istana yang disalah ertikan sebagai derhaka. se-taw aku, takdelah pulak Dato' Harussani sampai keluarr fatwa.

11) sapa lagi keras kepada? Isu PPSMI, ISA, AUKU, royalti dan lain-lain isu menunjukkan BN bersikap tuli dan keras. walaupun bantahan secara baik dan kasar(demo) dah dibuat tetapi mereka wat bodo je. bukan masalah rakyat yang menjadi keutamaan tepi membesarkan peruk mereka sahaja yang diaulakan dahulu.

Sekian....

Comments

2 Responses to "11 sebab kenapa perlu tolak IR Nizar"

WakCHoT said... March 28, 2009 at 9:36 AM

tau takper.. ntah paper je yg dikata oleh UMNo nih... sedap mulut jerk

al-bagani said... March 28, 2009 at 10:15 AM

adeyh...nyaris salah paham..
tgk tajuk kasi hangin jek..
da baca bru tau upenye mk bidas balik..
hahaha...mmg pun puak UMNO tue..
tuduh Nizar penderhaka...
biar laa ape diorang cakap...
diorang tue penderhaka besar gak..
derhaka pada Allah...
sbb x ikut hukum Allah...

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU