BUKIT GANTANG..

Alhamdulillah, semalam selesai pelancaran gerak kerja jentera pilihanraya kecil P059 Bukit Gantang. Ramai juga pimpinan-pimpinan besar yang datang dan menyampaikan pidato bagi mengingkatkat semangat juang para petugas bukan sahaja petugas bukit gnatang tetapi petugas PAS di seluruh Malaysia. Antara figure2 yang hadir termasuklah TG Nik Abdul Aziz, TG Abdul Hadi, Ustazah Nuridah, IR Nizar dan wakil DAP. Majlis di pengerusikan oleh Ust Misbahul Munir. Tempat ceramah pun boleh tahanlah teruknya. Mase aku datang untuk mengemas tempat ceramah, habih seluar aku dicemari oleh tanah merah dan selut. Ditambah dengan hujan yang turun, bertambah becaklah tempat ceramah.Apa yang aku banggakan, tempat ceramah yang aku jangkakan boleh menampung seramai 10 ribu penuh walaupun kondisi yang agak tidak memuaskan. Itulah semangat yang ditunjukkan oleh para penyokong PR di kawasan Bukit Gantang ini. Bukan mudah nak lihat TGNA secara live. Otai Unit Amal kawasan ada kata, kali terakhir TGNA datang dan bagi ceramah pada 10 tahun yang lepas. Gendang gerak kerja pilihanraya telah dipalukan secara rasmi oleh TGNA.

Tetapi, berapa ramai yang sanggup menjadi pendokong yang akan buat kerja bagi memastikan PAS berjaya mempertahankan Bukit Gantang? Andainya ribuan yang hadir sesama ceramah menginfaqkan tenaga untuk sama-sama berjuang, bukan saja Bukit Gantang, Malaysia pun boleh kita tawan. Tidak ramai yang mampu dan bersedia nak berjuang dijalan Allah.seperti yang telah aku maklumkan sebelum ini, kalau nak berjuang nie mesti kita akan menempuhi kesusahan seperti mana Rasulullah s.a.w. Hanya ada 2 kemungkinan seseorang itu tidak mengalami kesusahan dan kepayahan semasa berjuang, pertama apa yang mereka perjuangkan berbeza dengan perjuangan Rasulullah s.a.w. dan kedua, mereka lebih hebat dari Rasulullah s.a.w. so checklah balik diri kita masing-masing. Andai selama ini hidup kita senang lenang je,tidak tempuh apa-apa cabaran langsung, mesti ada something wrong.Muhasabah balik apa yang kita buat selama hidup di dunia ini.

So kepada sahabat-sahabat sekalian, jika ada kelapangan mintak kita semua turun ke Bukit Gantang. Tenaga dan buah fikiran orang muda amat-amat diperlukan untuk mengerakkan jentera p/raya. kalau ada sapa-sapa nak turun boleh hubungi aku. Moga-moga segala amalan kita dikira sebagai jihad fisabillilah..

p/s sorrylah tak ada gambar mase ceramah nie. aku lupa nak bawa camera.

Comments

0 Responses to "BUKIT GANTANG.."

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU