Masuk Mahkamah



Tengah-tengah syok baring atas katil lepas solat subuh..

Abg Wan calling,
"nta tgh buat ape 2, tido lagi ke??

Aku cuba menafikan kebenaran(^_^),
"ish, lame dah bangun,ade projek ape-ape ke pagi-pagi nie?"

"Kita jumpa kat gerai makan sebelah tol Cangkat Jering."

Sejurus sahaja aku menjalankan tugas sebagai anak mithali(beli barang dapur kat pasar),aku terus memecut ke tempat yang dijanjikan.Dalam perjalanan, terdapat kemalangan kecil, lori terhumban ke dalam parit. Alhamdulillah, pemandu dan co-pilot masih lagi diberi peluang untuk merasai nikmat kehidupan.


Sampai sahaja di sana, kopi radix menjadi benda pertama yang masuk ke mulut. Cadangnya lepes pertemuan dengan Abg Wan, aku nak sarapan di Taiping sahaja. Tidak semena-mena, Abg Wan mengajakku ke Mahkamah Majistret Jawi untuk memberi sokongan moral kepada Al-Fadhil Hj Muhammad Sabu a.k.a Md Sabu.

Pada 2007, aku masih ingat lagi peristiwa penangkapan secara tidak profesional polis Pulau Pinang terhadap Md Sabu. Ketika itu, aku, Hamidi dan 'Akif turut berada ditempat kejadian dan berusaha untuk menyelamatkan Md Sabu dari ditangkap. Penangkapan dibuat atas sebab Md Sabu antara perancang demonstrasi BERSIH. Mujurlah kami bertiga dapat selamatkan diri dari ditangkap oleh polis(baca: pencacai BN).

Perbicaraan bermula pada 10.00pagi. Md Sabu dan 8 lagi OKT(orang kena tuduh) diwakili oleh Hanifa Maidin dan Aminuddin. Selama 3 jam perbicaraan dan rehat 2 kali, hanya seorang saksi sahaja ditanya bertubi-tubi oleh peguam bela. Saksi tersebut merupakan polis berpangkat inspektor pada waktu kejadian dan merupakan pegawai polis yang mengetuai operasi menangkap Md Sabu.

Memandangkan ini baru pertama kali aku masuk dan mengikuti perbicaraan di mahkamah, aku berusaha memberikan sepenuh perhatian dan cuba memahami perjalanan perbicaraan dimahkamah.Segala isi perbicaraan rasanya tak perlu kot nak ceritakan dekat sini. Cuma yang pastinya, pihak pendakwa raya tidak ada hujah yang kukuh untuk membuktikan OKT memang bersalah dan polis wajar menjalankan operasi tersebut.

HJ.Md Sabu dan Hanifa Maidin

Abang Aminuddin menjelaskan UMNO/BN memang ada menghantar peguam-peguam handal untuk kes-kes tertentu untuk kepentingan politik mereka. Kalau diikutkan, memang MD Sabu boleh menang dengan mudah dalam perbicaraan tersebut namun demi mengaja air muka,reputasi dan kenaikan pangkat yang dijanjikan, peguam-peguam tersebut berusaha juga untuk menang daalam kes yang mereka terlibat. Ini jelas menunjukkan, mereka berhujah bukan atas dasar untuk menegakkan kebenaran tetapi wang ringgit dan darjat yang dikejar-kejarkan. Begitu juga dengan sesetangah Hakim yang memutuskan sesuatu keputusan.

Malanglah bagi kita mempunyai sistem kehakiman tidak bebas dan jauh dengan spirit of justice. Lepas ini boleh cadangkan supaya mansuhkan kos undang-undang di seluruh IPTA. Apa perlunya pelajar-pelajar bersusah payah membazir duit dan masa, memerah otak dan keringat selama 4 tahun di universiti yang akhirnya mereka terikat dengan undang-undang ISA(Ikut Suka Aku).?

Comments

8 Responses to "Masuk Mahkamah"

محمّد سيف الله بن عمر said... March 11, 2010 at 9:02 AM

Fuh!mesti seronok dok dalam tu...

aku abid said... March 11, 2010 at 11:11 AM

kalo la ana ada kat sana.. beshnya melihat situasi sebenar..

Adila Ady said... March 11, 2010 at 1:21 PM

mansuhkan kos undang2...?
huhu...tunggu saya abis stadi dulu.

kuFAIZ said... March 11, 2010 at 4:03 PM

ana xpnah mrasai suasana mhkamah. ade chance ajak r ana sham!! :D

HanDrifter86 said... March 12, 2010 at 3:40 PM

mansuhkan aje
selagi undang2 itu tak dilaksanakan dengan baik
buat pe nak belajar?
buat penat masuk kuliah je..

Sirr al-Asrar said... March 12, 2010 at 5:14 PM

kuFaiz : InsyaAllah..

Adila Ady : Amik law eh, hope jd law yg betol2 nak tegakkakn kebenaran.

Aku abid : Act xde ape yg best pon.cume syok tgk polis kena provoke dgn peguam..huhu
selalu polis yg provoke org..

nurfaezza said... January 4, 2011 at 8:02 AM

kalau x keberatan, x bole ek cerita soklan2 provok dalam mahkamah tu..exited plak nak tahu

Sirr al-Asrar said... April 8, 2011 at 4:07 AM

alamak, cite lame nie..lupe pulak mcm mne..maaf ye

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU