Ampunkan Dosa..

"Sultan Pahang kaji hukum sebat Kartika"

Oleh Wan Kemat

Sultan Ahmad Shah rujuk undang-undang

TEMERLOH: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bertitah baginda akan meneliti dan mendapatkan pandangan serta nasihat daripada penasihat undang-undang terlebih dulu berhubung pelaksanaan hukuman sebat terhadap bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Sukarno.

Sultan Ahmad bertitah hingga kini juga, baginda tidak menerima sebarang rayuan daripada Kartika Sari Dewi, 33, yang mengaku bersalah meminum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008.

"Saya tidak boleh terus membuat keputusan sebaliknya ia perlu dikaji dengan lebih mendalam supaya ia dapat dilaksanakan dengan baik," titah baginda selepas merasmikan Jambatan Baru Kuala Krau di sini, semalam.

Kartika Sari Dewi dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah.

Pada 3 Mac lalu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda akan mempersembahkan kes Kartika Sari Dewi untuk makluman Sultan Pahang sebelum perkara itu diputuskan, selepas baginda (Tengku Abdullah) mengadakan perjumpaan dengan model sambilan berkenaan.

Tengku Abdullah berkata, Kartika Sari Dewi mungkin diampunkan oleh Sultan Pahang dan bebas daripada hukuman itu atau akan disebat dalam tempoh terdekat.

Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, Tuanku Sultan (Pahang) mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan walaupun Kartika tidak minta diampunkan atau membuat rayuan. "


p/s :Hebatnya sultan kita nie, boleh ampunkan dosa manusia.Sapa-sapa yang ada dosa boleh jumpa sultan dan mintak beliau ampunkan dosa kita. (khusus untuk org melayu sahaje)

*Bila Al-Quran dan As-sunnah di-tauk(buang) jauh-jauh dari kehidupan harian.

Comments

1 Response to "Ampunkan Dosa.."

kuFAIZ said... March 11, 2010 at 3:35 PM

huhu, dunia sekarang makin 'kelakar'

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU