Jutawan katak


Sekarang mp-mp bebas dah bertambah, dan kawasan kawasan baru akan diwujudkan dalam dewan parlimen kerana mengambil kira beberapa ekor katak yang telah bersalin kulit dari berudu menjadi katak. oleh kerana katak katak ini perlukan kawasan berair, pihak pengurusan parlimen perlu dan telah mewujudkan kawasan baru yang lebih berair untuk disesuaikan dengan persekitaran katak katak ini.

Mukris cik det menyambut baik pembinaan tempat baru dalam parlimen, kerana menurut beliau mp mp bebas ini adalah dapat melakukan check and balance kepada kerajaan kerana pihak pembangkang sudah kehabisan modal dalam memberikan sumbangan yang berkesan dalam sidang parlimen yang akan berlangsung. ada lopak air senang sikit katak nak berenang jika kepanasan.


Mp-Mp bebas bertambah dengan drastik dan ibrahim ali adalah orang yang sangat gembira dengan perkembangan terkini, maknanya berahim ali tidak lagi keseorangan dalam dewan parlimen, mungkin berahim ali akan dilantik menjadi ketua katak katak ini.

Kerajaan bn yang ada akan menyediakan pelbagai keistimewaan kepada katak katak ini. suasana kotor diperlukan untuk mereka beraksi lebih hebat, beberapa habuan seperti lalat langau ulat taik mungkin menjadi santapan yang lebih berkhasiat untuk minda katak katak ini. keistimewaan katak katak ini hidup dua alam dan mampu menipu sesiapa saja dialam maya ini, katak katak tidak bertuan ini akan menerjah pembangkang dalam dewan,


santapan yang paling baik untuk katak adalah mentega dicampurkan dengan tahi, dan kesan dari campuran ini akan meningkatkan moral katak katak dalam menghadapi serangan dari pembangkang. makhluk dua alam ini memang menyusahkan dunia politik, pembangkang mesti mahu menghantar ular untuk mematuk katak ini, dan pihak kerajaan pasti akan memberi suntikan venom pencegah bisa ular yang mampu menahan katak katak ini menjadi lumpuh dan tidak mampu bersuara dalam dewan. mana mungkin bn mahu katak katak ini mati sebelum dapat menggunakan mereka setelah dibeli dengan harga bukan sedikit. ada katak yang umurnya hampir sebaya dengan umur yang menghampiri kubur tapi kilauan harta dapat menutup hati dan mata mereka dari terus bersama rakyat yang menyokong mereka dalam PRU yg lalu.


kerajaan bn amat memerlukan undi undi dari katak katak ini, kesan pertama lompatan katak ini bn akan menghampiri majoriti 2/3, katak ini tidak mesra alam sangat cuma mesra dengan kepala agung, katak ini mesra kerajaan dan benci kepada pembangkang. Himpunan-himpunan katak katak yang bertaraf jutawan ini dalam sidang parlimen memang dinanti nantikan, mereka ini bebas untuk bercakap tentang siapa saja kerana mereka ini tiada undang undang dan juga tidak terbabit dalam masalah halal haram, semua boleh, depan boleh belakang pun boleh. pasti bn akan memperolehi undi dengan mudah hanya perlu menayangkan beberapa helai kepala agung dan katak ini akan terus berbunyi sehingga nyawa dicabut oleh malakatmaut atau habis haid iaitu sehingga pru yang ke 13. ini bukan sebarang katak, katak jutawan ini.tiada maruah, tiada nilai dan tiada apa kebajikan semasa hidup dan tiada guna untuk rakyat

Comments

0 Responses to "Jutawan katak"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU