Laungan “STUDENT POWER” bergema di UM

Kesibukkan aku dalam kehidupan seharian menidakkan aku untuk men’update’kan blog ini. Terlalu banyak benda yang perlu aku settlekan dan tambahan pulak, final exam pun dah nak dekat. Tido pun sejam dua je. Itu pun bukan waktu malam. Mase kosong antara kelaslah yang menjadi waktu berehat dan menenangkan minda. Tapi bagaimana orang sehebat dan sesibuk ustaz hasrizal, ustaz Nasaruddin Tantawi, Abg Dzulkhairi dan lain-lain sempat update blog mereka ek?? Kalu nak bandingkan dengan kesibukan aku, macam langit dan bumi. Mungkin inilah yang dikatakan keberkatan masa yang diberikan oleh Allah s..w.t kepada hamba-hambanya.



Rasenye tidak lambat untuk mengucapkan tahniah dan takziah di ucapkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang berjaya memenangi PRK Kampus. Pro Mahasiswa berjaya menawan kembali Universiti Malaya pada pilihan raya kampus lepas. UIAM tidak perlulah nak ulas panjang lebar, tentunya kubu kuat Pro-M menang besar disana. sebelum keputusan diumumkan, Pimpinan Pro-M meminta kepada penyokong untuk berhimpun secara aman di hadapan Dewan Tengku Canselor(DTC), UM. Aku tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama menunjukkan sokongan terhadap calon-calon yang membawa panji-panji Islam selepas aku terlepas berjihad di KT. Seramai lebih 500 pelajar dari segenap kampus di lembah klang berkumpul. Himpunan ini bermula dengan solat isya’ secara berjemaah di bahagian lot parking dan solat hajat 4 rakaat disusuli zikir munajat. Kemudian pidato oleh beberapa pimpinan mahasiswa baik dari UM ataupun kampus luar. Selepas itu laungan ‘student power’, ‘hidup mahasiswa’ dan lain-lain membakar semangat para peserta. Ada juga laungan-laungan yang tidak sepatutnya dan agak kesat, bergema juga dan aku rasa ini semua diluar kawalan pimpinan. Setelah hampir 7 jam berhimpun (dekat-dekat pukul 3.30 pg) TNC HEP mengumumkan keputusan PRK yang berpihak kepada Pro-M. Kemudian laungan doa Wahdah yang di ketuai oleh Abd Hafizuddin Pres.PMIUM dan sujud syukur beramai-ramai di hadapan pintu DTC


Apa yang membanggakan aku ialah “keislaman” yang ditonjolkan oleh penganjur himpunan ini (Pro-M dan PMIUM) dan rakan-rakan seperjuangan baik semasa berhimpun atau selepas keputusan diumumkan. UM bukanlah seperti UIAM. Pelajar-pelajar UM terdiri daripada pelbagai bangsa baik Melayu,Cina,India dan lain-lain. Walaubagaimana pun Pro-M dan PMIUM tidak kekok dan takut untuk menunjukkan keislaman mereka kepada semua dengan solat jemaahnya,doa wahdah, dan sujud syukur. Alhamdulillah, mereka berjaya menambat hati para pelajar Um tanpa perlu menyembunyikan identity Islam dan ada di kalangan bukan Islam pun yang bersama-sama berjuang di landasan Pro-M. Hal ini mengajar aku untuk tidak perlu menyrmbunyikan identity Islam ketika berhadapan dengan golongan non-muslim. Tunjukkankan kepada mereka, inilah Islam yang sebenarnya melalui qudwah hasanah. Sesungguhnya, cara ini lebih berkesan dan terkesan kepada mereka. Sepertimana dakwah Rasulullah s.a.w. Rasanya kita semua sedia maklum kisah Rasulullah s.a.w dengan jirannya yang sentisa melemparkan kepadanya dengan benda kotor dan kisah pengemis wanita yahudi yang buta. Lihatlah kesannya, kedua-duanya memeluk agama Islam hanya dengan akhlak Rasulullah s.a.w sahaja. Bukankah nilai ganjaran kepada mereka yang menjadi asbab kepada hidayah Allah adalah lebih bernilai dari dunia dan isi-isinya.


Sapa kata dakwah itu susah?? Melalui akhlak sahaja sudah cukup menambat hati manusia. Yang lain-lain adalah tambahan kepada mad’u yang keras hatinya untuk kembali ke jalan yang benar. Hanya orang yang tidak ikhlas sahaja di medan dakwah ini yang berasa payah untuk berdakwah.

Comments

0 Responses to "Laungan “STUDENT POWER” bergema di UM"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU