I'm Blogger


Akhirnya setelah berfikir secara mendalam aku telah membuat keputusan untuk melangkah ke alam blog. Aku pun tidak mengerti sebabnya. Adakah aku terpengaruh dengan “adik beradik” ku? atau sekadar untuk mengisi masa kosong? (walaupun tiada masa kosong sebenarnya),atau untuk menunjuk-nunjuk kat kawan-kawan aku yang aku pun ade blog jugak la..(na’uzubuillah) ..atau..atau.. dan atau.. Walaupun 1001 sebab yang bermain di hati aku nie, yang aku harapkan agar Allah S.W.T tetapkan hati ini untuk menjadikan setiap perbuatan (termasuk menghasilkan blog ini) hanyalah satu iaitu kerana Allah s.w.t. Aku khuatir, andai niat aku terpesong, maka sia-sialah usaha aku ini. Mungkin kerana hebatnya kuasa niat, Imam Nawawi telah meletakkan hadith yang berkaitan dengan niat sebagai pembukaan kepada Kitab al-Arba’uuna Hadiithan yang mahsyur itu.


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:

Aku mendengarRasulullah SAW bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.[1]

Hadith ini merupakan antara hadith yang terpenting dalam membicarakan tentang syariat Islam. Masakan tidak, setiap rukun didalam ibadah mesti bermula dengan niat.Jika fail rukun yang pertama ini maka rosaklah seluruh ibadah kita.

Imam Daud berkata :
“Sesunggahnya hadith ini iaitu bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana Ad-Din itu dua perkara, sama ada ianya perkara zahir iaitu amalan ataupun yang batin.”[2]

Sementara Imam Ahmad dan Syafi’e pula berkata :
“Di dalam hadith ini iaitu bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat mengandungi satu pertiga ilmu.Sebabnya ialah kerana usaha seseorang itu adalah sama ada dengan hati,lidah atau anggota tubuh badannya. Maka niat dengan hati adalah salah satu dari tiga bahagian tersebut”.[3]


Nak cerita pasal ikhlas nie bukanlah sesuatu yang mudah.Kadang-kadang aku pun tidak pasti adakah amalanku selama ini benar-benar ikhlas kerana Allah S.W.T? Atau sekadar perkara rutin seharian seperti makan, minum dsb. Benarlah kata ustazah aku dahulu, dengan niat, kita dapat membezakan antara ibadah wajib dan sunat,adat dan ibadah, mu’min dan munafiq.

Ya Allah, Pemilik kepada hati yang sentiasa berbolak balik, tetapkanlah hatiku ini dalam agamaMU dan juga ketaatanMu.

AMIN YA RABBAL ‘ALAMEEN…

Insya Allah pada post yang akan datang aku akan bawakan bagaimanakah cara untuk memastikan setiap perbuatan ikhlas kerana Allah S.W.T


Dah tue nape aku beria-ia sangat nak jadi blogger nie..


Pada zaman globalisasi ini, medan dakwah terbentang teramat luas dan aku lihat blog ini adalah salah satunya. Sekarang, andai ada isu hangat lagi kontroversi yang berlaku di Malaysia, masyarakat terutamanya golongan yang tinggal di bandar tidak akan bulat-bulat menerima huraian isu di dalam surat khabar dan mereka akan mencari sumber alternative di internet. Semua orang taw, berita-berita dari Berita Hairan dan Utusan Merapu bukan boleh percaya sangat. Kadang-kadang aku meluat dengan berita yang berat sebelah kepada individu tertentu. Buktinya, baru-baru ini Ahli Parlimen Pokok Sena telah menang saman fitnah terhadap Utusan Merapu.Parti yang mentadbir kerajaan pusat sekarang juga mengakui, blog turut menjadi penyumbang kepada kekalahan besar mereka pada PRU12. Apa salahnya aku menggunakan peluang yang terbuka luas ini untuk berkongsi ilmu berkaitan dengan islam kepada semua terutamnya kepada bukan Islam. Disini aku tidaklah mengatakan yang ilmu aku hebat dan tinggi tapi sekadar perkara-perkara asas dalam islam tue, bolehlah.Ini merupakan langkah pertama aku dalam dunia blog. Aku bukanlah seorang yang pandai menulis dan mengarang ayat-ayat puitis dan berbunga-bunga seperti akh Majdi dan Syahir. Thaqofah islam pun tidaklah setinggi Akh Firdaus dan sehebat akh Muntaqim, akademik pulak jauh nak dibandingkan dengan Ukh Najihah.Aku juga tidaklah pandai merapu macam haq.

Tetapi aku teringat Kisah burung yang membawa air di dalam mulut kecilnya untuk memadamkan api besar yang membakar Nabi Allah Ibrahim as. Burung kecil tadi berulang-alik menghembuskan titisan air ke atas api besar menjadi bahan ketawa haiwan-haiwan lain yang melihat perbuatannya yg sia-sia itu. Namun kata burung, " Walaupun sumbangan ku kecil, aku mesti melakukan juga kerana aku tidak punya alasan sekiranya di tanya Allah, apa yang telah aku lakukan untuk membantu Ibrahim apabila melihat Nabi Allah dibakar oleh Namrud yang kejam."Dan harap-harap dengan tulisan ini dapat mengurangkan ‘kepanasan api’ yang sedang marak membakar ummah.Setakat ini sajalah untuk kali ini. Aku mengharapkan doa dari semua untuk thabat dalam perjaungan ini

Wasallam

[1] Kitab al-Arba’uuna Hadiithan oleh Imam Nawawi

[2,3] Kitab Syarah hadith 40 Imam Nawawi oleh Dr Mustafa al-Bugha & Muhyiddin Misto

Comments

0 Responses to "I'm Blogger"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU