Alhamdulillah, Islam Menang..


Minggu lepas, boleh dikatakan minggu kemenangan kepada Islam sama ada diperingkat kampus hingga antarabangsa. Bermula dengan peristiwa yang melibatkan aqidah kita, tak lain dan tak bukan, pengeboman di Gaza. Baru-baru ini, Harakatul Muqawwamatul Islamiyah (HAMAS) mengistiharkan kemenangan ke atas zionis laknatullah dan sekutu-sekutunya termasuk pemimpin-pemimpin sosialist arab dan negara-negara Islam. Ketika kerakusan puak zionis mengebom Gaza, tidak ada satu pun negara Islam yang berani menghantar tentera untuk membantu HAMAS tambahan pulak, sanggup menyekat dan mengugut untuk di kenakan tindakan kepada rakyatnya yang ingin berjihad di Gaza. Pengumuman kemenangan oleh HAMAS dibuat selepas Zionis bersetuju untuk mengadakan pelan genjatan senjata yang di taja oleh Amarika. Sepertimana yang kita sedia maklum, tujuan utama zionis menyerang Gaza adalah semata-mata untuk menghapuskan secara total gerakan HAMAS yang masih berkuasa di Gaza. Manga dalam serangan yang digambarkan lebih dahsyat dari gempa bumi, kebanyakannya adalah golongan mustadh’afiin (kanak-kanak, wanita dan orang tua) dan pelan genjatan senjata dilaksanakan semata-mata untuk menyucikan tangan-tangan mereka yang telah menumpahkan darah-darah para syuhada. Ada juga yang mengatakan, HAMAS berjaya membunuh beratus-ratus tentera Zionis tetapi dirahsiakan demi menjaga air muka mereka.


Cerita yang kedua pulak berlaku di P036 Kuala Terangganu. Abdul Wahid Endut yang mewakili PAS dan PR telah berjaya merampas kembali kerusi parlimen dari UMNO/BN dengan mejoriti yang agak besar. Nampaknya segala momok-momak yang mengatakan PR adalah suatu pakatan yang tidak releven hanyalah omong-omong kosong sahaja. Sekarang MP PAS bertambah menjadi 23 (tolak sekor ‘katak’ dari Pasir Mas). Dan harapnya PAS akan lebih bersemangat untuk membawa panji-panji Islam di Parlimen. Gunakanlah kuasa yang ada untuk mengembangkan pengaruh Islam diseluruh Malaysia dengan cara yang berhikmah. Jangan sampai rakyat menolak kita kembali gara-gara tindakan kita yang tidak serius memperjuangkan Islam setelah mendapat kuasa. Apa yang menarik yang hendak dikongsi adalah berkaitan dengan isu hukum hudud yang dijadikan peluru oleh puak-puak Melayu Harbi untuk menjatuhkan dan meruntukkan perpaduan di dalam PR. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. PAS berjaya menggunakan peluang ini untuk menjelaskan apakah itu hukum hudud dan Alhamdulillah, kebanyakan dari golongan bukan Islam menerima dengan terbuka hukum hudud ini walaupun pada mulanya mereka agak melenting. Masyarakat Islam yang sangsi dengan perjuangan PAS kembali menyokong perjuangan ini.Semoga kejayaan ini menyemarakkan lagi semangat para pejuang Islam di Malaysia untuk membebaskan Palastine dari cengkaman Zionist.

Apa-apa pun tahniah ke atas semua yang memilih Islam sebagai perjuangan. Walaupun kita kalah didunia, ingatlah kejayaan yang hakiki menanti kita disana.

Comments

1 Response to "Alhamdulillah, Islam Menang.."

Ibnu Suib said... January 27, 2009 at 8:01 PM

weh, katak tu pasir mas lah..
marah kang budak kelantan..

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU