pagar nafsumu

“Abg, seksyen 17, uia...”.

Aku dan bos kecik dalam perjalanan pulang ke uia, jam dah hampir 11 mlm. Mustahil ada bas waktu-waktu macam nie. Harga taksi pun dalam RM4. Dah kira beruntunglah berbanding sahabat-sahabat di uia nilai, tambang dari stesen komuter ke mahallah mencecah rm8. rasanya jarak antara uia nilai dan stesen komuter sama sahaja dengan uia pj dan stesen universiti. Ada juga dikalangan student yang nak buak perkhidmatan prebet sapu, tetapi dihalang keras oleh pemandu-pemandu taksi dan diberi amaran akan menghantar gang-gang pekida untuk mengugut mereka yang ingkar dengan arahan. Nak report kat administrator pun payah juga sebab peraturan cfs uia tak membenarkan pelajar membawa kenderaan sendiri. Sabaq na, lagi pun tak lama pun belajaq kat sana.

“Belajar uia ke, pernah lompat pagar tak??” bro taksi memulakan perbincangan.

“err...umm...”aku tergamam dengan soalan itu.nak jawab dengan jujur segan pulak.

“Ko taw tak, sebenarnya nak jaga pelajar-pelajar nie bukan dengan bubuh pagar keliling universiti. Allah memberi kebebasan kepada manusia untuk bertebaran di atas bumi. Allah dah lantik kita sebagai kalifah, tak kan kot sebagai khalifah, kita tak bebas bergerak ke mana-mana yang kita suka”

Bagus juga bro nie, aku tanya satu soalan,

“kalau tak ada pagar, macam mana nak kawal keselamatan pelajar? Orang asing pun senang-senang je masuk. Kan dah timbul bahaya.”

“adik, yang perlu dipagar adalah punca kepada segala permasalahan ummat, iaitu nafsu kita. Nak pagar senang je, kita semua mestilah kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.”

Penjelasannya tadi memecah persoalan di kepada aku. Dia menyambung

“kalau kita awal-awal dah pagar nafsu, takkan timbul kes-kes yang pelik-pelik dan kadang-kadang lebih teruk dari zaman jahiliah seperti flash anak dalam lubang najis, seks sesama jantina, mat rempit dan lain-lain. Kalau abang nak cita semua satu hari pun tak habis.”

Betol gak kata abang tadi. Kerja drebar taksi je tapi kefahaman agama lebih tinggi dari menteri.
Kerana nafsulah, maksiat semakin berleluasa di bumi Allah ini, menjadikan nafsu sebagai “Tuhan” di dalam diri. Kerajaan pun bengong satu macam. Dah tahu masalah berpunca dari nafsu, tak nak buat undang-undang yang dapat mengawal nafsu, timbul pulak cadangan yang pelik-pelik macam pakai cawat besi bagi perempuan supaya terhindar dari di rogol. Apa dah, Allah dah tetapkan hukuman sebat 100 kali kepada penzina dan lebih-lebih lagi kepada perogol. Semua hukum jenayah dalam Islam sangat-sangat sesuai kerana hukuman itu bukan sahaja memberi pengajaran kepada penjenayah tetapi kepada seluruh manusia. Mungkin dengan sebab itu, kes jenayah di Saudi Arabia sangat-sangatlah sedikit kerana mereka menjalankan hukum-hukum yang termaktub di dalam Al-Quran.

Seperti mana perempuan, mengapa Allah menyuruh mereka menutup aurat seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan dan merendahkan suara ketika bercakap? Maha suci Allah yang Menciptakan kita, Perempuan adalah satu ciptaan Allah yang sangat indah. Seluruh inci tubuh perempuan dari hujung rambut hingga hujung kaki sangat-sangat cantik dan dapat meransang nafsu lelaki yang melihatnya. Andainya seluruh perempuan menutup aurat seperti mana yang disyariatkan, mesti nafsu lelaki berjaya dikawal. Tak perlulah susah-susah habiskan duit upah polis untuk ronda sekeliling bandar, buat kamera tertutup dan lain-lain.

Point kat sini, kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah, InsyaAllah sejahtera dunia dan akhirat.


Sedang kami rancak berbual, bos kecik terlena di belakang. Penat sangatlah kot.

“Sampai dah, rm4.. jangan lupa pesanan abang tadi, ilalliqa’, wasalam.”

“syukran ye..wasalam.”

Dalam perjalanan ke bilik, aku termenung seketika.

"Adakah masih ramai yang berfikir tentang masalah ummat macam bro tadi???

Good job us nik abduh!!!!!



Tahniah dan syabas dengan posting terbaru dari us. Aku di antara orang-orang yang sangat-sangat jauh dengan TGNA akhirnya mengetahui apa sebenarnya yang berlaku antara TGNA dan TGHH. Memang selama ini, cakap-cakap yang mengatakan ada golongan yang rapat dengan TGNA cuba mempengaruhi dan memesongkan segala cadangan dan pandangan TGHH. Golongan-golongan ini takut membangkang cadangan dari TGHH. Mereka takut dituduh sebagai penderhaka dan menggunakan TGNA sebagai wasilahnya. Mereka mengharapkan, TGHH disingkirkan dari kepimpinan PAS pada muktamar kali ini.

Golongan perosak ini mesti terkejut beruk dengan pendedahan berani oleh Us Nik Abduh dan aku yakin, mereka mesti akan mengaturkan plan B,C dan seterusnya bagi menjayakan agenda merosakkan PAS. Ada juga yang tiba-tiba menafikan tuduhan ayng dilemparkan oleh al-Ustaz. Beliau tak pun menunding kepada mana-mana pihak dah hanya mengatakan orang yang hampir dengan TGNA. Tapi kalau ada yang terasa itu wallahua'lam. Ingatlah kepada golonang-golongan ini, PAS adalah buatan manusia dan anda mampu untuk memusnahkan, tetapi ingat, perjuangan ISLAM adalah datang dari ALLAH dan perjuangan ini akan terus subur di bumi ini sehinggalah ke hari akhirat.

Dan muktamar kali ini, aku sangat mengharapkan, perwakilan dapat berfikiran waras untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk membawa PAS mengharungi sepak terajang politik. Kalau boleh us, siasat dan dedahkan kepada umum siapa yang menjadi dalang perpecahan antara dua tok guru yang kita sayangi nie. kita singkirkan terus mereka kerana mereka lebih bahaya daripada UMNO dan sekutu-sekutunya.

Aku secara peribadi mengharapkan gandingan antara TGNA dan TGHH terus kekal kerana kepimpinan mereka selama ini telah membawa PAS di zaman kemuncaknya dan gerakan-gerakan islam di seluruh dunia seperti ikhwananul muslimin dan jemaat islami mengiktiraf kepimpinannya.

untuk ulasan berkaitan cerita di sebalik masalah antara TGNA dan TGHH bolehlah melawari:

http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/
http://msomelayu.blogspot.com/2009/04/selepas-asar.html

dah sampai nilai ke belom???



Kami sampai juga kat PWTC. Walaupun jam menunjukkan hampir jam 4.00 p.m pengunjung masih lagi berpusu-pusu ke pesta buku. Aku musykil sedikit kerana mengikut kajian menunjukkan masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang paling sedikit membaca buku. Kalau tak silap 1 buah setahun, tetapi, kenapa pula ramai yang datang ke pesta buku? Adakah fakta itu silap ataupun rakyat Malaysia nie suka me-muzium-kan rumah dengan buku-buku?

Memandangkan masa yang terhad aku sempat jelajah ke sekitar tingkat bawah saja. Sistem laluan yang di sediakan oleh pihak penganjur lebih mudah dan bebas untuk bergerak ke mana-mana tingkat tanpa perlu mengharungi jalan yang jauh dan tidak munasabah seperti tahun lepas.

Aku sempat singgah di beberapa booth sahaja, antaranya Anbakri Publika, Jundi Resources, Nufair Street, Pustaka Salam, Ana Muslim dan Geleri Ilmu. Aku dah aim beberapa buku yang sekian lama aku idam-idamkan. Antaranya fiqh harakah(full jilid) karangan TG Hadi Awang, Mujahid Di Afghanistan, US Ridzuan Md Nor dan buku-buku Us. Hasrizal.


Sedikit penerangan buku-buku tersebut, fiqh harakah menceritakan tentang sirah Rasulullah s.a.w dan penjelasan di sebalik kisah yang di susun oleh Allah untuk pandauan kepada hambanya. Tulisan dan gaya bahasa mudah untuk difahami berbanding Fiqh Sirah karangan Ramadhan al-Buti, seorang ulama Syria.

Buku Mujahid Di Afghanistan pula mengisahkan seorang rakyat Malaysia yang bersama-sama dengan para mujahideen di Afghanista berjuang mempertahankan maruah dan kesucian Islam sehingga beliau syahid di sana.


Buku-buku karangan Us. Hasrizal yang terbaru Rindu Bau Pohon Tin dan Bercinta Sampai ke syurga lebih menceritakan berkaitan dengan kehidupan dan bagaimana untuk hidup. Semuanya berkaitan dengan pengalaman penulis sendiri tetapi pengajaran yang penulis sampaikan yang membuat aku tertarik memiliki buku tersebut. Banyak perkara yang aku belajar melalui buku pertamanya, aku terima nikahnya.

Semasa di DQ, seorang senior aku, abg solihin mempunyai ratusan buku di biliknya. Dia terpaksa membeli satu rak tambahan untuk menyimpan buku-buku peribadinya kerana rak-rak yang disediakan oleh pentadbiran tidak memadai, rak roommate die pun ditumpangnya. Dah macam perpustakaan pulak.


Aku tanyalah,

“enta nie baca ke semua buku-buku yang ada kat bilik?”

“Tujuan ana beli buku nie bukan semata-mata nak khatam, tetapi nak tambah thaqofah yang ada. Sama ada habis baca atau tidak itu lain cita. Kalaulah dah tak ada buku, nak tambah pengetahuan kat mana? Dah le internet pun tak ada bla..bla..bla..”

Kata abg En yang sekarang nie sedang menyambungkan pelajaran di Mu’taah.

Memang tak dinafikan, antara ramai-ramai senior, dielah yang paling tinggi thaqofah berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.

Rasanya tak salah kita habiskan duit untuk beli buku berbanding dengan beli benda-benda yang sedikit pun tidak mendatangkan faedah. Jangan ambil remeh pasal bacaan. Orang Melayu yang sekarang nie menjadi champion dalam pelbagai masalah sosial berbanding dengan kaum-kaum lain adalah berpunca dari kurangnya membaca. Tanpa membaca, pemikiran dan kesedaran kita akan lemah dan mudah ditipu dan dipergunakan oleh orang-orang tertentu. Sebab itulah, golongan-golongan pendalaman yang dinafikan maklumat masih lagi menyokong BN walaupun pada masa yang sama, masyarakat bandar menolak parti yang penuh dengan korupsi dan kronisme. Puncanya, kurang membaca.

Jam menunjukkan pukul 6.00 p.m. Selepas sembahyang, aku meneruskan perjalanan ke nilai bersama dengan Bos kecil,(tadi tue big bos) dan seorang rakan yang lain.

Akibat kepenatan merantau sepanjang hari, aku tertidur kepenatan di dalam komuter.


kembara bersambung....

<>

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke nilai, sebelum itu kami singgah dulu ke book fair. Nak tunggu komuter sampai punya la lama. Kecawa pun ada dengan pengangkutan awam. Bila nak naik private car, kerajaan pulak suruh rakyat gunakan public transport kononnya nak kurangkan traffic jem.


Teringat aku ketika mana kerajaan BN menaikkan harga minyak. Dengan keuntungan yang dicapai hasil kenaikan harga minyak, mereka mengula-gulakan rakyat dengan pelbagai janji antaranya meningkatkan mutu pengangkutan awam, tapi hampeh macam dulu juga. Kena tunggu lama-lama, tak menepati jadual, pengguna terpaksa berasak-asak terutamnya waktu kemuncak dan sebagainya. Kita sebagai rakyat yang terpaksa menanggu kesusahan, pemimpin pulak bersedap-sedap dengan kereta besar merek. Dah le minyak free, pemandu pun ada.

Sepatutnya pemimpin mestilah bersama dengan rakyat merasai kesenangan dan kesusahan. Bukannya berpura-pura sedih ketika pilihan raya sahaja walhal,merekalah yang menjadi penyebab kepada kesusahan yang ditanggung oleh rakyat.


Kita boleh ambil contoh kepemimpinan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w yang bersama-sama dengan para sahabat menghadapi tentera Ahzab. Setelah semua bersetuju dengan cadangan Salman Al-Farisi untuk membina parit di sekeliling Bandar Madinah al-Munawarah, Rasulullah s.a.w membahagi-bahagikan tugas dikalangan para sahabat iaitu setiap sepuluh orang menggali 40 hasta yang kedalamnya 7 ke 10 hasta, lebarnya 9 hasta. Keseluruhan panjang parit itu adalah 5 ribu hasta. Rasulullah s.a.w dan para sahabat bekerja keras dalam waktu musim sejuk dan menahan lapar kerana kekurangan makanan. Walaubagaimanapun, para sahabat gembira dan semangat setelah Rasulullah s.a.w memberi kata-kata perangsang yang berbunyi


“Wahai Tuhanku! Sebenarnya tiada hidup yang sebenar melainkan hidup di negeri akhirat, Wahai Tuhanku berilah pertolongan kepada ansar dan muhajirin.”


Lalu para sahabat menyahut :


“Kamilah orang-orang yang berbaiah kepada Nabi Muhammad, untuk meneruskan JIHAD selagi kami hidup selama-lamnya”


Kebanyakan pemimpin baik dikalangan pelajar atau pun masyarakat, mereka merasakan tugas ketua hanyalah sebagai pemikir (tink tanker) di dalam mesyuarat. Pelaksanan kepada aktiviti yang dirancang akan diserah kepada anak buah. Mereka bersenang lenang di kerusi-kerusi empuk atau bilik yang berhawa dingin menantikan laporan dari anak buah.


Sedarkah kalian yang bergelar pemimpin bahawa sikap tersebut sangat bertentangan dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w? Baginda tidak akan tenang jika ada di kalangan ummatnya yang kesusahan sehinggakan pada saat-saat kematiannya, ketika mana Rasulullah s.a.w merasai azab nyawa ditarik dari jasad, lantas Rasulullah s.a.w memohon kepada Allah supaya ditimpakan azab tersebut kepadanya supaya ummat-ummatnya mudah menghadapi kematian. Begitu hebat kasih seorang ‘pemimpin’ unggul terhadap ‘rakyat’nya. Jika pemimpin sekarang, bukannya kasih pada rakyat tetapi sanggup merompak dan merampas harta benda yang menjadi hak milik rakyat.


Pilihlah pemimpin yang berjiwa rakyat, bukanya berjiwa keparat.


Masuk sahaja ke depan pintu PWTC, aku terus mencari booth yang menjadi aim aku sejak dalam komuter lagi.


Bersambung lagi…..


musafir seorang hamba



Last weekand, aku bermusafir merantau 2 negeri. Selangor dan Negeri Sembilan. Plan nak merantau nie on the spot je. Dari dulu lagi kalau nak merantau tak pernah pun nak plan awal-awal. Kadang-kadang yang plan itu yang tak jadi.


Lepas sembahyang jumaat bos aku mengajak aku melawat adik-adik di Darul Quran. Sebab bos dah bagi arahan aku wala’ je lah. Lagi pun aku dah lama tak singgah ke sana. Lepas Asar aku bergeraklah ke sana. Sampai di komuter kl-rawang, aku anggarkan kesesakan yang bakal aku hadapi memandangkan jam pada waktu itu pukul 6.30 ptg, orang baru habis kerja.
Sangkaan aku sama sekali meleset. Alhamdulillah tak ramai orang. Tak la aku berebut-rebut nak masuk kometer. Kalau sesama lelaki aku tak kisah sangat tapi bila dah campur laki dan perempuan, paham-paham jelah. Macam-macam yang tersentuh. Kadang aku terfikir juga, bilalah kerajaan nak wujudkan pengasingan gerabak antara laki dan perempuan. Nak maybe lepas kerajaan bertukar kot. Aku kesian kat muslimah-muslimah je..huhu. Dalam keadaan macam nie terpaksalah mereka buang sifat malu untuk berhimpit-himpit di dalam komuter itu. Kalau tak alamatnya tak baliklah.

serang...!!!!!!!!!

Dah sampai depan pintu pagar kena berhadapan dengan pak guard pulak. Mula-mula deme tak bagi kami masuk atas alasan kami tidak dapat kebenaran untuk bermalam. Selepas berbincang hampir 30 minit akhirnya deme bagi masuk .

Alhamdulillah, suasana di Darul Quran tetap tenang seperti sebelum aku keluar, tenang dan damai dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Tak aku nafikan, darul Quranlah tempat yang paling best pernah kaki aku jejak walaupun kemudahan di situ tidak le best sangat.

Kami pun berjumpa, berdiskusi dan bersharing moment berkaitan suanana dan apa-apa yang berkaitan dengan adik-adik persijilan. Buat pun secara tak formal pun. Selepas bermalam di sana, kami meneruskan jelajah kami ke suatu tempat di hulu selangor untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat diploma. Mereka dah graduated pun dari Darul Quran dan sekarang ini sedang mengumpul duit untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ada yang nak mengikut jejak langkah senior-senior ke Syira, Jordan, Makkah, Madinah dan Mesir. Ada juga yang nak sambung di Malaysia sahaja kerana kekurangan kewangan. Syaukani dan Ihsan Fadhli sekarang nie sedang jadi tenaga pengajar sementara di sekolah teknik di kauntan. Syaukani mengajar Pendidikan Islam dan Ihsan mengajar sejarah.Asyraf pula jadi ustaz pondok di kedah, Azan dengan businessnya dan Naqib kesayanganku yang aku jumpa di book fair sekanrang memohon untuk menjadi Imam sementara di Gombak. Semua kerja yang mereka buat ini selain untuk mencari duit untuk menyambung pelajaran di oversea, meraka juga dapat menyumbang sedikt sebanyak kepada masyarakat sekeliling.

bersama dengan naqib(firdaus qadir)

Kami pun meneruskan kembara ke uia nilai..

To be continue.....

Gambar-gambar PRK P059

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku upload gambar. Lame gile aku aku nak upload. line wireless tak berapa mengizinkan. nie aku pakai camera sendiri taw. so kalu gambar tak berapa claer jangan marah ek..



malam pengumuman keputusan rakyat
berbilang kaum berkumpulan meraikan kemenangan

manifesto calon bebas

orang indu pun sokong kepimpinan ulama'wat malu je kat
orang melayu yang tolak islam macam 'ame anak nono'

walaupun vateren tapi still semangat
untuk memenangkan islam
sebahagian penyokong bee end
rase-rase berapalah yang deme dapat ek??

MOHON RESTU RAKYAT PERAK
WEEKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
abg, jangan lupe undi bn taw,
dapat duit free, kain batik free bla..bla..
pondok panas PAS yang
tak berapa panas(redup je)

pondok panas bn di sekolah jelutong perbuatan orang yang takut dengan
bayang-bayang sendiri

makan malam dengan KPP Perak,
Ust Norazli merangkap manager Perak FC
Pos induk tentera merah
the most kreatif poster..



keta mane yang paling smart?
anjing-anjing BN mengganas



2:1 Nizar, Manikumar wira Pakatan Rayat


2 perlawanan Liga Juara Eropah malam tadi menyaksikan 2 wakil England sekadar mampu mencatatkan keputusan seri di tempat masing2. Arsenal sekadar mengikat Villareal dengan 1-1 manakala Manchester United yang masih terumbang ambing diikat FC Porto 2-2 di Old Trafford sekalipun menyaksikan kepulangan semula Nemanja dan Rooney yg baru selesai menjalani hukuman..

Situasi tersebut agak berbeza di Malaysia dimana Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional dengan 2-1, satu keputusan yang disambut meriah oleh para penyokong mereka.

Analisis awal yang dilihat lebih memihak kepada BN sebelum ini nampaknya tidak benar sama sekali. Apa yang nyata, BN masih belum pulih setelah dibelasah oleh PR di Permatang Pauh diikuti Kekalahan mengejut kepada pasukan sama di Kuala Terengganu. Berikutan dua kekalahan berturut2, BN tiada pilihan lain selain terpaksa memecat pengurus mereka Abdulah Badawi namun kedatangan pengurus baru, Najib Razak juga tidak membawa banyak perubahan. Ini kerana pemain2 BN masih kurang serasi dengan Formasi C4 yang diperkenalkan Najib.

BN turun padang malam tadi dengan dendam yang membara lantaran 2 kekalahan sebelum ini. PR dikejutkan dengan jaringan pembukaan BN oleh Malcom Mussen Lamoh sekalipun Pintu gol PR dikawal kemas oleh Penjaga Gol, Jawah Gerang. Gol penyamaan PR hadir 30 minit kemudian apabila tandukan kencang S Manikumar berjaya menewaskan penjaga gol tanpa permit BN, Zambry Mamak sekalipun gawang BN dikawal ketat oleh 14 pemain pertahanan. Nizar Jamaluddin akhirnya muncul wira Pakatan Rakyat apabila berjaya menjaringkan gol dramatik 2 minit sebelum masa perlawanan tamat. Kehebatan Nizar yang menggelecek pemain import dari Danok, Ismail Saffian dan melakukan rembatan kencang yang mengenai muka Zambry sebelum tertampan ke gawang gol.

Ketua Jurulatih PR Anwar Ibrahim yang ditemui selepas selesai perlawanan berkata, beliau sudah meramalkan kemenangan pasukan PR kerana rata-rata pemainnya berada pada tahap kecergasan yang tinggi berbanding berbanding BN yang kelihatan lesu kerana menanti gaji belum yang belum dibayar sebelum perlawanan bermula. Beliau juga tidak menafikan kehadiran Pemain Lagenda BN, Mahadey sebagai penyumbang kepada kekalahan BN

Sementara itu, Najib Razak yang ditemui berkata, beliau menafikan taktik "3 Amoi" yang diambil dari Pembantu Jurulatih ke-2, Zahid Malboro sebagai faktor kekalahan pasukan . Najib yang pernah menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Mongolia sebaliknya menyalahkan Formasi “Sleep” yang pernah diguna pakai sewaktu Abdullah Badawi menjadi pengurus pasukan sebagai punca pasukannya seolah-olah hilang arah.

Pembantu Jurulatih BN, Muhyiddin Yassin dalam pada itu berkata, para penyokong BN dan lawan diminta tidak menjadikan perlawan ini sebagai mengukur kekuatan pasukan BN yang telah mempertahankan kejuaraan 50 tahun berturut2. Beliau juga meminta kepada para penyokong agar memberi peluang kepada Pengurus baru untuk menunjukkan kehebatan beliau. Satu suruhanjaya akan dibentuk untuk mengkaji faktor kepada kekalahan teruk pasukan BN ini. Beliau tidak faham mengapa mutu permainan pasukan tidak meningkat sekalipun langkah menambah gaji dan bonus dilakukan.--TakBernama

"

kemenangan yang tidak membanggakan



Pakatan pembangkang hanya menang di Parlimen Bukit Gantang dengan mejoriti yang kecil sahaja. Pembangkang yang meletakkan iconnya iaitu YAB IR Nizar yang juga merupakan bekas MB Perak sepatutnya berjaya menewaskan calon BN yang rata-rata tidak mengenalinya dengan mejoriti yang besar.Tidak perlulah mereka berbangga dengan kemenangan ini.

-profesor ameno-



Aku qoute kata-kata nie kat RTM selepas tamat pengistiharan kemenangan PR kat Bukit Gantang. Kadang-kadang analisis dari orang-orang umno nie pun kelakar gak. Deme tak sedar ke IR Nizar bertanding di kubu kuat BN sejak turun temurun sehinggalah PAS dapat merampas kerusi itu pada PRU 12 tahun lepas. Pada PRK kali ini, PAS dapat meningkatkan majoriti dari 1500 kepada 2700. Kira ada peningkatanlah. Itu baru 11 bulan memerintah, belum lagi PRU 13. Rase-rase mau lebih 5000.


Tim. President UMNO merangkap tim. Perdana Menteri yang baru berkata keputusan PRK ini tidak mengambarkan suara rakyat Perak terhadap isu rampasan kuasa. Katanya suara ini hanya melibatkan masyarakat di Bukit Gantang sahaja. Dah itu macam mana nak tahu suara rakyat Perak andai tidak ada pilihan raya umun negeri? Kenapa mereka berusaha merampas Perak dari tangan PR tanpa melalui pilihan raya? Jawapan kepada soalan ini terjawab dengan keputusan 4 PRK di semenanjung. Ke semuanya mereka kalah dengan kekalahan yang mengaibkan. PR berjaya mengekalkan 3 kerusi dan merampas 1 kerusi di Kuala Terangganu dan majoriti pun bertambah. Sudah terang lagi bersuluh, rakyat di semenanjung secara total menolak BN baik ketika zaman Pak Lah atau Najib Al-Tantuya. Sudahlah berjuta-juta duit ditaburkan kepada rakyat dan projek mee segera tetapi kekalahan juga yang mereka perolehi.

Sekalung tahniah dan takziah dengan kemenangan PR dua bukit. Sesungguhnya, kemenangan ini adalah kemenangan kepada seluruh rakyat Perak dan Malaysia. Manfaatkanlah kemenangan yang di kurniakan oleh Allah untuk tujuan kebajikan. Jika kita salah gunakan tidak mustahil, Allah akan menarik kembali nkmat ini di tangan kita.

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU