dah sampai nilai ke belom???



Kami sampai juga kat PWTC. Walaupun jam menunjukkan hampir jam 4.00 p.m pengunjung masih lagi berpusu-pusu ke pesta buku. Aku musykil sedikit kerana mengikut kajian menunjukkan masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang paling sedikit membaca buku. Kalau tak silap 1 buah setahun, tetapi, kenapa pula ramai yang datang ke pesta buku? Adakah fakta itu silap ataupun rakyat Malaysia nie suka me-muzium-kan rumah dengan buku-buku?

Memandangkan masa yang terhad aku sempat jelajah ke sekitar tingkat bawah saja. Sistem laluan yang di sediakan oleh pihak penganjur lebih mudah dan bebas untuk bergerak ke mana-mana tingkat tanpa perlu mengharungi jalan yang jauh dan tidak munasabah seperti tahun lepas.

Aku sempat singgah di beberapa booth sahaja, antaranya Anbakri Publika, Jundi Resources, Nufair Street, Pustaka Salam, Ana Muslim dan Geleri Ilmu. Aku dah aim beberapa buku yang sekian lama aku idam-idamkan. Antaranya fiqh harakah(full jilid) karangan TG Hadi Awang, Mujahid Di Afghanistan, US Ridzuan Md Nor dan buku-buku Us. Hasrizal.


Sedikit penerangan buku-buku tersebut, fiqh harakah menceritakan tentang sirah Rasulullah s.a.w dan penjelasan di sebalik kisah yang di susun oleh Allah untuk pandauan kepada hambanya. Tulisan dan gaya bahasa mudah untuk difahami berbanding Fiqh Sirah karangan Ramadhan al-Buti, seorang ulama Syria.

Buku Mujahid Di Afghanistan pula mengisahkan seorang rakyat Malaysia yang bersama-sama dengan para mujahideen di Afghanista berjuang mempertahankan maruah dan kesucian Islam sehingga beliau syahid di sana.


Buku-buku karangan Us. Hasrizal yang terbaru Rindu Bau Pohon Tin dan Bercinta Sampai ke syurga lebih menceritakan berkaitan dengan kehidupan dan bagaimana untuk hidup. Semuanya berkaitan dengan pengalaman penulis sendiri tetapi pengajaran yang penulis sampaikan yang membuat aku tertarik memiliki buku tersebut. Banyak perkara yang aku belajar melalui buku pertamanya, aku terima nikahnya.

Semasa di DQ, seorang senior aku, abg solihin mempunyai ratusan buku di biliknya. Dia terpaksa membeli satu rak tambahan untuk menyimpan buku-buku peribadinya kerana rak-rak yang disediakan oleh pentadbiran tidak memadai, rak roommate die pun ditumpangnya. Dah macam perpustakaan pulak.


Aku tanyalah,

“enta nie baca ke semua buku-buku yang ada kat bilik?”

“Tujuan ana beli buku nie bukan semata-mata nak khatam, tetapi nak tambah thaqofah yang ada. Sama ada habis baca atau tidak itu lain cita. Kalaulah dah tak ada buku, nak tambah pengetahuan kat mana? Dah le internet pun tak ada bla..bla..bla..”

Kata abg En yang sekarang nie sedang menyambungkan pelajaran di Mu’taah.

Memang tak dinafikan, antara ramai-ramai senior, dielah yang paling tinggi thaqofah berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.

Rasanya tak salah kita habiskan duit untuk beli buku berbanding dengan beli benda-benda yang sedikit pun tidak mendatangkan faedah. Jangan ambil remeh pasal bacaan. Orang Melayu yang sekarang nie menjadi champion dalam pelbagai masalah sosial berbanding dengan kaum-kaum lain adalah berpunca dari kurangnya membaca. Tanpa membaca, pemikiran dan kesedaran kita akan lemah dan mudah ditipu dan dipergunakan oleh orang-orang tertentu. Sebab itulah, golongan-golongan pendalaman yang dinafikan maklumat masih lagi menyokong BN walaupun pada masa yang sama, masyarakat bandar menolak parti yang penuh dengan korupsi dan kronisme. Puncanya, kurang membaca.

Jam menunjukkan pukul 6.00 p.m. Selepas sembahyang, aku meneruskan perjalanan ke nilai bersama dengan Bos kecil,(tadi tue big bos) dan seorang rakan yang lain.

Akibat kepenatan merantau sepanjang hari, aku tertidur kepenatan di dalam komuter.


Comments

0 Responses to "dah sampai nilai ke belom???"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU