musafir seorang hamba



Last weekand, aku bermusafir merantau 2 negeri. Selangor dan Negeri Sembilan. Plan nak merantau nie on the spot je. Dari dulu lagi kalau nak merantau tak pernah pun nak plan awal-awal. Kadang-kadang yang plan itu yang tak jadi.


Lepas sembahyang jumaat bos aku mengajak aku melawat adik-adik di Darul Quran. Sebab bos dah bagi arahan aku wala’ je lah. Lagi pun aku dah lama tak singgah ke sana. Lepas Asar aku bergeraklah ke sana. Sampai di komuter kl-rawang, aku anggarkan kesesakan yang bakal aku hadapi memandangkan jam pada waktu itu pukul 6.30 ptg, orang baru habis kerja.
Sangkaan aku sama sekali meleset. Alhamdulillah tak ramai orang. Tak la aku berebut-rebut nak masuk kometer. Kalau sesama lelaki aku tak kisah sangat tapi bila dah campur laki dan perempuan, paham-paham jelah. Macam-macam yang tersentuh. Kadang aku terfikir juga, bilalah kerajaan nak wujudkan pengasingan gerabak antara laki dan perempuan. Nak maybe lepas kerajaan bertukar kot. Aku kesian kat muslimah-muslimah je..huhu. Dalam keadaan macam nie terpaksalah mereka buang sifat malu untuk berhimpit-himpit di dalam komuter itu. Kalau tak alamatnya tak baliklah.

serang...!!!!!!!!!

Dah sampai depan pintu pagar kena berhadapan dengan pak guard pulak. Mula-mula deme tak bagi kami masuk atas alasan kami tidak dapat kebenaran untuk bermalam. Selepas berbincang hampir 30 minit akhirnya deme bagi masuk .

Alhamdulillah, suasana di Darul Quran tetap tenang seperti sebelum aku keluar, tenang dan damai dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Tak aku nafikan, darul Quranlah tempat yang paling best pernah kaki aku jejak walaupun kemudahan di situ tidak le best sangat.

Kami pun berjumpa, berdiskusi dan bersharing moment berkaitan suanana dan apa-apa yang berkaitan dengan adik-adik persijilan. Buat pun secara tak formal pun. Selepas bermalam di sana, kami meneruskan jelajah kami ke suatu tempat di hulu selangor untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat diploma. Mereka dah graduated pun dari Darul Quran dan sekarang ini sedang mengumpul duit untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ada yang nak mengikut jejak langkah senior-senior ke Syira, Jordan, Makkah, Madinah dan Mesir. Ada juga yang nak sambung di Malaysia sahaja kerana kekurangan kewangan. Syaukani dan Ihsan Fadhli sekarang nie sedang jadi tenaga pengajar sementara di sekolah teknik di kauntan. Syaukani mengajar Pendidikan Islam dan Ihsan mengajar sejarah.Asyraf pula jadi ustaz pondok di kedah, Azan dengan businessnya dan Naqib kesayanganku yang aku jumpa di book fair sekanrang memohon untuk menjadi Imam sementara di Gombak. Semua kerja yang mereka buat ini selain untuk mencari duit untuk menyambung pelajaran di oversea, meraka juga dapat menyumbang sedikt sebanyak kepada masyarakat sekeliling.

bersama dengan naqib(firdaus qadir)

Kami pun meneruskan kembara ke uia nilai..

To be continue.....

Comments

0 Responses to "musafir seorang hamba"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU