kembara bersambung....

<>

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke nilai, sebelum itu kami singgah dulu ke book fair. Nak tunggu komuter sampai punya la lama. Kecawa pun ada dengan pengangkutan awam. Bila nak naik private car, kerajaan pulak suruh rakyat gunakan public transport kononnya nak kurangkan traffic jem.


Teringat aku ketika mana kerajaan BN menaikkan harga minyak. Dengan keuntungan yang dicapai hasil kenaikan harga minyak, mereka mengula-gulakan rakyat dengan pelbagai janji antaranya meningkatkan mutu pengangkutan awam, tapi hampeh macam dulu juga. Kena tunggu lama-lama, tak menepati jadual, pengguna terpaksa berasak-asak terutamnya waktu kemuncak dan sebagainya. Kita sebagai rakyat yang terpaksa menanggu kesusahan, pemimpin pulak bersedap-sedap dengan kereta besar merek. Dah le minyak free, pemandu pun ada.

Sepatutnya pemimpin mestilah bersama dengan rakyat merasai kesenangan dan kesusahan. Bukannya berpura-pura sedih ketika pilihan raya sahaja walhal,merekalah yang menjadi penyebab kepada kesusahan yang ditanggung oleh rakyat.


Kita boleh ambil contoh kepemimpinan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w yang bersama-sama dengan para sahabat menghadapi tentera Ahzab. Setelah semua bersetuju dengan cadangan Salman Al-Farisi untuk membina parit di sekeliling Bandar Madinah al-Munawarah, Rasulullah s.a.w membahagi-bahagikan tugas dikalangan para sahabat iaitu setiap sepuluh orang menggali 40 hasta yang kedalamnya 7 ke 10 hasta, lebarnya 9 hasta. Keseluruhan panjang parit itu adalah 5 ribu hasta. Rasulullah s.a.w dan para sahabat bekerja keras dalam waktu musim sejuk dan menahan lapar kerana kekurangan makanan. Walaubagaimanapun, para sahabat gembira dan semangat setelah Rasulullah s.a.w memberi kata-kata perangsang yang berbunyi


“Wahai Tuhanku! Sebenarnya tiada hidup yang sebenar melainkan hidup di negeri akhirat, Wahai Tuhanku berilah pertolongan kepada ansar dan muhajirin.”


Lalu para sahabat menyahut :


“Kamilah orang-orang yang berbaiah kepada Nabi Muhammad, untuk meneruskan JIHAD selagi kami hidup selama-lamnya”


Kebanyakan pemimpin baik dikalangan pelajar atau pun masyarakat, mereka merasakan tugas ketua hanyalah sebagai pemikir (tink tanker) di dalam mesyuarat. Pelaksanan kepada aktiviti yang dirancang akan diserah kepada anak buah. Mereka bersenang lenang di kerusi-kerusi empuk atau bilik yang berhawa dingin menantikan laporan dari anak buah.


Sedarkah kalian yang bergelar pemimpin bahawa sikap tersebut sangat bertentangan dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w? Baginda tidak akan tenang jika ada di kalangan ummatnya yang kesusahan sehinggakan pada saat-saat kematiannya, ketika mana Rasulullah s.a.w merasai azab nyawa ditarik dari jasad, lantas Rasulullah s.a.w memohon kepada Allah supaya ditimpakan azab tersebut kepadanya supaya ummat-ummatnya mudah menghadapi kematian. Begitu hebat kasih seorang ‘pemimpin’ unggul terhadap ‘rakyat’nya. Jika pemimpin sekarang, bukannya kasih pada rakyat tetapi sanggup merompak dan merampas harta benda yang menjadi hak milik rakyat.


Pilihlah pemimpin yang berjiwa rakyat, bukanya berjiwa keparat.


Masuk sahaja ke depan pintu PWTC, aku terus mencari booth yang menjadi aim aku sejak dalam komuter lagi.


Bersambung lagi…..


Comments

0 Responses to "kembara bersambung...."

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU