Penderhaka layak dibunuh..!!!!


Dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuahn Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,

Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.


"Kenyataannya adalah biadap dan tidak beradab. Ia mengandungi fitnah dan perbuatan khianat terhadap institusi raja di Selangor. Saya percaya kenyataannya itu juga berbaur hasutan,” kata pengerusi Gaps, Hamidzun Harun kepada wartawan selepas membuat laporan di ibu pejabat polis di Shah Alam.


Dalam laporan polis itu, kedua-dua NGO berkenaan mahu Shuhaimi diheret atas dakwaan mengkhianati mengikut Seksyen 121 Kanun Jenayah yang membawa hukuman bunuh.

Penjara seumur hidup

Pertuduhan alternatif, mereka mahu Shuhaimi didakwa mengikut Seksyen 121(1B)kerana cuba menghasut atau berusaha mengulingkan ketua negeri yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

"Kenyataan ADUN itu seolah-olah memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan dengan tindakan rakyat. Ia berunsur fitnah, menghina, menggertak, menggugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor,” kata Hamidzun.

PERKASA pula diwakili oleh pengerusi Selangor, Abdullah Mansur. Menurut pengadu, Shuhaimi membuat kesalahan berkenaan di blog ketika mengulas isu berkenaan perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru pada 30 Disember lalu. Kedua-dua NGO itu mengugut akan membuat laporan polis setiap hari di seluruh negara sehingga Shuhaimi diheret ke muka pengadilan.

Dalam blog itu, Shuhaimi antara lain, berkata jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi didakwa menerusi kenyataan dalam laman blog berkenaan seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.
link


BUNUH PENGKRITIK SULTAN, SATU CADANGAN YANG HINA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya- tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;

1. Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.

2. Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.

Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini. Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.

3. Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.

link

p/s: Bermula fatrah busy, keluar mahallah pukul 8.30am, pulang ke bilik 12.00am, tido jam 3.ooam..

Comments

0 Responses to "Penderhaka layak dibunuh..!!!!"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU