Panduan kepada peserta DEMO MANSUH ISA.


"Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA. Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah- Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.


Perkara yang tidak dibenarkan:

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.
9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis dan mercun.
11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.


Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan:

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian) .

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.


Semasa perhimpunan dan perarakan:

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa
16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.


Selepas perhimpunan:

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com.


Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi:

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan:

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.


Apa yang anda perlu buat jika ditahan:

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.


Apa yang anda buat selepas dibebaskan:

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.


Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini.

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan.

Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini. Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

PERHATIAN KEPADA STUDENT UIA PJ...!!!!!!!!!!

MJ - Give Thanks to Allah




Konspirasi Kematian Michael Jackson

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain


Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Dialihbahasa oleh http://beautifulnara.com

adakah kita tergolong dari golongan ini ???


50 Tanda-Tanda Orang Munafik

oleh : Mohamad, D. H. (2008) Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.
editor : n13@m

1. Malas beribadah kepada Allah SWT .
2. Lupa kepada Allah SWT
3. Melalaikan solat fardu
4. Mempercepat mengerjakan solat
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah
6. Meninggalkan solat Jumaat
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10. Riak

11. Hasad dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji
14. Bakhil
15. Fitnah

16. Mencaci maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya

19. Mengingkari takdir Allah

20. Mempersenda kesucian agama

21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
22. Menghina sahabat Rasullullah SAW

23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguh pembayaran hutang

25. Menipu dalam jual beli
26. Ghasab
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
28. Memakan harta anak yatim

29. Membuka rahsia orang lain
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai

32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
34. Bermuka-muka

35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya

36. Sombong diantara sesama manusia
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah

41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianati sesuatu amanah
43. Memutuskan silaturrahim

44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
45. Menghalalkan perkara yang haram
46. Membuat kerosakan dimuka bumi
47. Menuduh orang beriman bodoh
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman


Muhasabah wahai sahabat dan diriku.Adakah kita tergolong dengan golongan "Abdullah bin Ubai". Jika sebelum ini di dalam diri kita terpancar tanda-tanda tersebut sedangkan kita jahil ketika itu, sama-samalah kita berubah sikap kita ke arah yang lebih diredhai Allah. Tetapi jika sebaliknya, sama-sama kita bertaubat,memohon keampunan dari Allah swt.


firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah


8.Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman

9.
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya

10.Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)


11.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan

12.Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya


13.Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)


14.Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)


15.
Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu)

16.Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat

Kenangan sepanjang McLead 09

"Miftah An-Nur"
The best group of McLead 2009

Sekarang nie cfs IIUM dalam fatrah mid sem exam. Aku sedaya upaya untuk cuba menjauhkan diri dengan laptop fathi. Kalau guna pun sekadar untuk mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di seluruh pelosok negara. Walaubagaimana pun, hati kecil ini meronta-ronta, memaksa aku meng-update blog yang terbengkalai hampir seminggu. Tengah hari nie aku akhirnya mengalah juga.Meraikan kehendak nafsu (huhuhu)

Minggu lepas, aku dan beberapa sahabat bersama-sama mengikuti program "Management Course of Student Leader 2009" anjuran 3 entiti terbesar di CFS IIUM STAD,RMDD dan LTD. Program ini menghimpunkan President, Vice President dan S/U bagi setiap society termasuklah MRC dan FRC. Tujuan utama program ini diadakan untuk menyelaraskan setiap event yang dirancang oleh semua society supaya tidak bertembung antara satu sama lain. Selain itu, ada juga diselitkan dengan ceramah berkaitan Leadership. Tidak lupa juga, program Qiam, solat jemaah, tazkirah dan mathurat untuk pembentukan spiritual yang mantap kepada pemimpin-pemimpin mahasiswa.Awal pagi dan petang dijadualkan untuk memperkasaan physical. Apabila seorang pemimpin itu memiliki spiritual yang mantap, ilmu yang tinggi dan physical yang kuat, barulah terhasilnya "world class leader".

Aku mewakili Entrepreneur Club ke program tersebut. Alhamdulillah objektif Entrepreneur club ke program tue tercapai. Main objektif adalah untuk mempromosikan aktiviti dan jualan Entreprenuer kepada semua society seperti jaulan t-shirt, jaket, barangan muslimah,makanan dan lain-lain. Selain itu, club kami juga ada menyediakan perkhidmatan banner, printing,liminating,wireless(in progress) dan banyak lagi.

Aku sebanarnya keberatan untuk menghadiri program ini kerana beberapa hari sebelum bertolak ke air keroh, Melaka(tempat program) aku dapat massage supaya menghadiri satu meeting penting di Gopeng, Perak pada hari Ahad. Alhamdulillah, sahabat-sahabat merangkap ahli mesyuarat memahami situasi yang aku hadapi dan membenarkan aku excuse dari meeting tersebut.

Secara keseluruhan, program nie agak best jugaklah, itu pun sebab buat kat resort, kalau tak mesti tak best (wakakaka). Program nie kalau ikutkan biasa-biasa je, aku pun dah banyak kali terlibat dengan program kepimpinan. Kalau pasal penginapan pulak, aku pun dah biasa berprogram ditempat-tempat exclusive. Masa sekolah menengah aku pernah je join program dihotel-hotel. Last sekali program "Toyota Eco-Youth" yang diadakan di Grand Blue Wave, Shah Alam dan Cititel Hotel, Mid Valley. Dua-dua hotel 5 star, berbanding dengan resort nie yang rasenye 2-3 star je.

Cuma yang buatkan rasa program nie best bila UIA Nilai dan PJ disatukan. Aku pun tak taw sebab ape. Mase ta'aruf week pun rase best bila PJ dan Nilai bersama-sama mengendalikan program. Walaupun masing-masing tidak pernah berjumpa (kecuali yang seDQ) tetapi kerana ikatan Ukhwah Islamiyyah,berpaksikan kalimah tauhid "Lailahailallah" segala-galanya berjalan lancar.Tidak ada pun kedengaran sentimen PJ dan Nilai. Masing-masing mengerti bahawa "i'm student IIUM" not "i'm student IIUM PJ or Nilai". Kalau kat tempat lain, aku pernah dengar cerita studentnya pernah bergaduh dan berperang mulut. Puncanya, masing-masing mempertahankan kolej(mahallah) dielah yang terbaik(macam budak-budak tadika je).

Sepanjang program nie, aku secara bangganya melantik diri sendiri menjadi photographer.Tak sia-sia aku tukar henset dari SE G705 kepada SE C902 walaupun umur hanset SE G705 hanya 2 bulan sahaja . SE C902 mempunyai camera 5.0 megapixel with auto flash, and others camera specs berbanding SE G705 yang hanya mempunyai camera 3.2 megapixel. Auto flash pun tak ada. 95% gambar yang dihasilkan oleh SE C902 sangat memuaskan hati. Lagi 5% kurang memuaskan hati kerana SE C902 nie ciptaan manusia. Kembalilah kepada fitrah hamba Allah. Hanya DIA sahaja yang layak untuk mencipta sesuatu yang sempurna,perfect dan tiada cacat celanya.Tapi jangan compare dengan camera
Canon PowerShot SX10 IS Digital atau 12-Mp DSLR camera Nikon D700. Kualiti gambar macam langit dan bumi. Kalau sekadar gambar kenang-kenangan boleh le.


antara koleksi gambar sepanjang program

kontigen UIA PJ

barisan kepimpinan(poyo je)

Malaysian Leaders (next generation)

mandi-manda

Global Community Club
(Foreigners club)

Mahallah Representative Commitee (Nilai)

Facilitator Representative Commitee (PJ)

Meeting Almanac

FSCC (sister)

FSCC (brother)

kuliah maghrib

aktiviti santai

amik name tag peserta

waiting for programme briefing


Lunch at R n R Ayer Keroh

Kepada semua sahabat(termasuk aku) yang memegang kepimpinan di mana-mana society pun, tidak kira society itu kecil atau besar, sesungguhnya kita adalah sibghatallah(celupan dari Allah swt). Allah memilih kita untuk memegang amanah yang mana kita tahu, makhluk Allah yang sebesar-besar alam (7 petala langit,bumi dan gunung-ganang) pun menolak untuk memikul amanah kerana takutnya azab Allah yang Maha pedih.Di dalam Al-Quran,Allah melabelkan manusia ini zalim dan bodoh kerana gagalnya menjalankan amanah, bererti merelakan diri dicampak ke api neraka(menzalimi diri sendiri) dan bodoh kerana sudah tahu amanah itu berat tetapi masih menerimanya.

Walaubagaimanapun seandainya kita laksanakan amanah ini dengan adil dan saksama, berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, ingatlah Rasululah SAW
pernah bersabda yang mafhumnya,

Rasulullah SAW menyebutkan antara tujuh golongan yang mendapat teduhan dan naungan dari Allah pada hari yang tiada naungan nanti ialah pemimpin yang adil. -Bukhari dan Muslim-

sekarang terpulang kepada kita samada untuk menjadi ahli syurga atau ahli neraka. Allahu Akhbar..!!! Tidakkah kita mahu menjadi ahli syurga? Jika mahu, laksanakan amanah Allah ini dengan sebaik-baiknya.

berakhirnya PPSMI


Akhirnya, setelah beberapa kali kajian, perbincangan meja bulat dan komen-komen cendiakawan negara berkaitan isu pendidikan yang paling kontroversi iaitu PPSMI, kerajaan Malaysia hari ini menarik balik dasar PPSMI. Dasar ini sudah memcecah 7 tahun pelaksanaannya yang melibatkan sekolah rendah dan menengah. Sejak dasar ini dipraktikkan, pencapai akademik terutamanya sains dan matematik semakin merudum. TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) telah membuat kajian berkaitan pencapaian sains dan matematik di beberapa buah negara termasuklah Malaysia.

Dapatan Kajian TIMSS 2007 menunjukkan yang skor purata pencapaian pelajar Malaysia 2007 untuk Matematik dan Sains menurun secara signifikan berbanding dengan skor prestasi pelajar Malaysia dalam kajian TIMSS 1999 dan 2003.

Menurut Kajian itu:

Skor Matematik untuk tiga tahun pelajar Malaysia adalah sebagai berikut:

1999 = 519
2003 = 508 (turun 11 mata berbanding dengan skor 1999)
2007 = 474 (turun 34 mata berbanding dengan skor 2003)

Skor Sains untuk tiga tahun pula adalah seperti berikut:

1999 = 492
2003 = 510 (naik 18)
2007 = 471 (turun 40)

Dalam kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS ini, ada negara yang skor purata pencapaian sampel pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit. Tetapi penurunan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata untuk Matematik dan 40 mata untuk Sains adalah signifikan dan terbesar sekali dalam kalangan 59 negara itu.

Dasar ini mendapat tentangan dari seluruh masyarakat terutamanya masyarakat laur bandar. Belajar sains dan math dalam bahasa ibunda pun susah, inikan pula dalam bahasa luar. Guru-guru aku pun banyak yang merungut kerana susahnya mereka nak memahami pelajar. Nak tak nak terpaksa mengajar dalam BM. Lecturer-lecturer aku pun bukannya full ajar dalam BI. Kadang-kadang seluruh kelas di ajar dalam bahasa melayu.

konsep-konsep dalam sains dan math menuntut pelajar untuk memahami terlebih dahulu. Andai konsep pun sukar untuk difaham dan memerlukan penterjemahan, bagaimana pulak hendak praktikkan di dalam kehidupan?


Kalau tujuan utama PPSMI andalah memperkasakan BI, sepatutnya silibus dan sistem pembelajaran BI yang patut dirombak. Saranan dari aku, cuba jadikan sistem pembelajaran BI di UIAM sebagai contoh.Sudah terbukti, sistem ini berjaya melatih pelajar yang asalnya tak tahu langsung menulis dan membaca apatah lagi bercakap dalam BI (kebanyakan pelajar dari africa dan arab), setelah beberapa bulan sahaja, mereka dapat bertutur dalam BI.

Bukan macam sistem kat sekolah rendah dan menengah.

2 tahun pra sekolah+6 tahun primary+5 tahun secondry = 13 tahun belajar BI tetapi setelah habis sekolah, nak cakap BI pun terketar-ketar.

Rentetan pelaksanaan PPSMI:

19 Julai 2002
- mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009
- lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009
- Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012.

Kini aku kini menantikan pula cadangan maksimun 10 subjek(aliran sains) 11 subjek (aliran agama+sains) spm di tarik balik.Cadangan yang langsung tak amik kira pandangan dari ahli Akedemik.

Nabil Marwan,tunggu kami di sana..!!!!



Tengah aku mengelabah dikejar oleh polis, henset aku berdering, massage masuk.

"Assalamualaikum, Nabil sahabat yang sangat kita cintai kerana Allah swt telah selamat kembali kerahmatullah..Mintak sahabat-sahabat hadiahkan Al-Fatihah dan Al-Ikhlas..semoga roh Allahyarham digolong dalam kalangan auliya' dan solihin"

Innalillah wa innailaihi rojiu'un


Serta merta aku berhenti bermain Need For Speed Most Wanted. Walaupun ketika itu, aku hampir-hampir boleh berlumba dengan Kaze, Leader blacklist 8 tetapi berita kematian sahabat merangkap mantan jiran bilik aku membuatkan segala nafsu-nafsu dunia terhenti.

Allahyarham rasanya sudah lebih 3 bulan terlantar dihospital akibat penyakit yang aku sendiri kurang pasti, dengarnya seluruh organ-organ dalaman bengkak dan kuantiti darah pun makin berkurang. Sebelum berita kematian beliau, kami beramai-ramai solat hajat kepada Allah memohon agar beliau di berikan kembali nikmat sihat. Walaupun kami kasih kepadanya, tetapi Allah lebih mengasihainya. Tugas Allahyarham sebagai khalifah di bumi Allah ini berakhir pada jam 11.00 mlm, malam Jummat. Moga-moga beliau mengakhiri hidup ini dengan husnul khatimah.

Selepas berita itu, Surau Mahallah UKC dan ABC bergema dengan alunan Yassin dan tahlil. Sedang kami membaca yassin dan tahlil, ada dikalangan sahabat yang bergugur manik-manik putih. Allahyarham baik sangat dengan sahabat-sahabatnya, senyumannya menyejukkan mata memandang, suaranya yang merdu menjadi halwa telinga kepada yang mendengar. Tidak hairanlah ramai yang menangisi pemergiannya.

Setelah selasai majlis tahlil, seorang sahabat mengingatkat hadirin tentang pentingnya mengingati kematian. Ya, ramai yang lupa dan alpa, hidup didunia ini sementara sahaja. Kematian itu pasti dan kehidupan selepas mati itu pasti akan tiba. Hari ini giliran Nabil, esok kita tidak tahu siapa yang bakal pergi ke menghadap Ilahi.

Memandangkan report chem lab tak siap lagi, aku pun pulang ke bilik.

Dalam perjalanan ke bilik aku bermonolog, bermuhasabah di kala hati yang semakin kotor dengan maksiat,

"Bila pula giliran aku menghadap Ilahi?."

"Seandainya giliran aku tiba, bersediakah aku menghadapinya?"

"Adakah perginya aku dalam keadaan husnul khatimah.?"

"Adakah Allah menarik nyawaku di saat aku berjuang fisabilillah ataupun ketika aku melakukan maksiat.?"

Tanpa aku sedari, manik-manik putih yang aku tahan tadi akhirnya jatuh dimuka bumi.

Kepada Nabil Marwan sahabatku dunia dan akhirat. Tunggu kami disana. Di suatu tempat yang tidak pengakhiran. Seandainya diizinkan, InsyaAllah kita bertemu di dalam keadaan kita gembira merasai nikmat Syurga Allah.

RM1250.00


Setelah menderita hampir 4 bulan (termasuk short sem) Alhmdulillah, pagi tadi elaun untuk sem baru sebanyak rm1250.00 dah masuk.Berita baik ini disusuli dengan berita kemasukan biasiswa FAMA sebanyak rm150.Berita baik ini hanya terhenti dikalangan student-sahabat yang mendapat biasiswa JPA. Dengar cite, deme punye elaun akan masuk bulan depan. Sian pulak pada mereka yang tengah kering kontang. Paham-pahamlah awal sem, kebanyakan duit habis digunakan untuk membeli buku teks yang mahal nak mampus(sabaq na).

Sebaik sahaja berita ini tersebar, berpusu-pusu student beratur depan ATM yang sebelum nie hanya dikunjungi oleh lecturer sahaja. Setelah proses cucuk-mencucuk, masing-masing pulang dengan wajah yang berseri-seri, penuhlah Mid Valley dan Low Yat hujung minggu nie dengan student IIUM.

Aku terfikir sejenak,


"Nak buat apa duit sebanyak tue ek. Tak kanlah nak habiskan elaun dengan mentekadarah je.?"

Aset-aset yang aku idam-idamkan semuanya aku miliki hasil business aku selama ini. Kopiah BM, hanset sony ericsson(boikot nokia), soccer shoes dll. Cuma laptop Sony VAIO dan motor yamaha 135LC je yang masih dalam angan-angan lagi. Terfikir juga kalau aku laburkan duit-duit nie untuk business yang lebih besar seperti melabur dalam hartanah ke, beli saham or simpan dalan bentuk dinar emas. Kalau kena caranya, berkali-kali ganda aku boleh generate duit tue.

"Lantaklah, nanti aku fikir kemudian."

Setelah selesai solat Maghrib, aku capai sebuah Al-Quran disisi.

"hari nie nak iadah juz berapa ye.?Hmm... masyikan dululah surah Al-Baqarah."

sampai saja ayat 261, aku tersentak dengan maksud ayat tersebut ;

"Perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh 7 tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang DIA kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui."

Lantas aku teringat ayat-ayat Allah yang sering bermain di mulut aku ketika aku menyampaikan tazkirah kepada sahabat-sahabat seperjuangan.

"Sesungguhnya, Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik dari diri ataupun HARTA mereka dengan memberikan syurga." (9:111)

"Wahai orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan diri dari azab yang pedih??Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan HARTA dan jiwamu" (61:10-11)

Alhamdulillah, Allah turunkan petunjuk kepada aku. Petunjuk ke arah mana harus aku laburkan elaun yang aku perolehi. Bukan calang-calang pelaburan, pelaburan yang hasilnya berlipat-lipat kali ganda, UNLIMITED !!!!!. Pelaburan untuk masa depan di akhirat sana.

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU