berakhirnya PPSMI


Akhirnya, setelah beberapa kali kajian, perbincangan meja bulat dan komen-komen cendiakawan negara berkaitan isu pendidikan yang paling kontroversi iaitu PPSMI, kerajaan Malaysia hari ini menarik balik dasar PPSMI. Dasar ini sudah memcecah 7 tahun pelaksanaannya yang melibatkan sekolah rendah dan menengah. Sejak dasar ini dipraktikkan, pencapai akademik terutamanya sains dan matematik semakin merudum. TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) telah membuat kajian berkaitan pencapaian sains dan matematik di beberapa buah negara termasuklah Malaysia.

Dapatan Kajian TIMSS 2007 menunjukkan yang skor purata pencapaian pelajar Malaysia 2007 untuk Matematik dan Sains menurun secara signifikan berbanding dengan skor prestasi pelajar Malaysia dalam kajian TIMSS 1999 dan 2003.

Menurut Kajian itu:

Skor Matematik untuk tiga tahun pelajar Malaysia adalah sebagai berikut:

1999 = 519
2003 = 508 (turun 11 mata berbanding dengan skor 1999)
2007 = 474 (turun 34 mata berbanding dengan skor 2003)

Skor Sains untuk tiga tahun pula adalah seperti berikut:

1999 = 492
2003 = 510 (naik 18)
2007 = 471 (turun 40)

Dalam kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS ini, ada negara yang skor purata pencapaian sampel pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit. Tetapi penurunan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata untuk Matematik dan 40 mata untuk Sains adalah signifikan dan terbesar sekali dalam kalangan 59 negara itu.

Dasar ini mendapat tentangan dari seluruh masyarakat terutamanya masyarakat laur bandar. Belajar sains dan math dalam bahasa ibunda pun susah, inikan pula dalam bahasa luar. Guru-guru aku pun banyak yang merungut kerana susahnya mereka nak memahami pelajar. Nak tak nak terpaksa mengajar dalam BM. Lecturer-lecturer aku pun bukannya full ajar dalam BI. Kadang-kadang seluruh kelas di ajar dalam bahasa melayu.

konsep-konsep dalam sains dan math menuntut pelajar untuk memahami terlebih dahulu. Andai konsep pun sukar untuk difaham dan memerlukan penterjemahan, bagaimana pulak hendak praktikkan di dalam kehidupan?


Kalau tujuan utama PPSMI andalah memperkasakan BI, sepatutnya silibus dan sistem pembelajaran BI yang patut dirombak. Saranan dari aku, cuba jadikan sistem pembelajaran BI di UIAM sebagai contoh.Sudah terbukti, sistem ini berjaya melatih pelajar yang asalnya tak tahu langsung menulis dan membaca apatah lagi bercakap dalam BI (kebanyakan pelajar dari africa dan arab), setelah beberapa bulan sahaja, mereka dapat bertutur dalam BI.

Bukan macam sistem kat sekolah rendah dan menengah.

2 tahun pra sekolah+6 tahun primary+5 tahun secondry = 13 tahun belajar BI tetapi setelah habis sekolah, nak cakap BI pun terketar-ketar.

Rentetan pelaksanaan PPSMI:

19 Julai 2002
- mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009
- lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009
- Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012.

Kini aku kini menantikan pula cadangan maksimun 10 subjek(aliran sains) 11 subjek (aliran agama+sains) spm di tarik balik.Cadangan yang langsung tak amik kira pandangan dari ahli Akedemik.

Comments

0 Responses to "berakhirnya PPSMI"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU