lawak minggu ini..


Kerajaan nafi program BTN berasaskan perkauman


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Biro Tatanegara (BTN) terlalu menekankan hak rakyat berasaskan perkauman sempit sehingga menyebabkan perpecahan antara kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata BTN sejak penubuhannya pada 1981, melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara.

"Terkini, BTN juga akan menumpu peranan kepada penerapan semangat gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ngeh ingin tahu sejauh mana kebenaran dakwaan itu, seperti yang tersiar dalam surat khabar The Star pada 22 Mei lalu, bahawa BTN terlalu menekankan hak rakyat berasaskan perkauman hinggakan ia menyebabkan perpecahan antara kaum.

Najib berkata, BTN berperanan dalam mempertingkatkan komitmen rakyat kepada wawasan dan usaha ke arah kecemerlangan negara serta mempersiapkan rakyat supaya menunjangi dasar negara ke arah pembangunan demi kesejahteraan bangsa.

"Setiap maklumat yang disampaikan kepada peserta kursus adalah berasaskan kepada fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit.

Beliau berkata, peserta program diberi kebebasan untuk menyatakan pandangan, idea serta pendirian semasa mengikuti program BTN dan tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan kaum bukan Melayu kerana perkara yang disampaikan berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan. - Bernama


Terhiburkan dengan lawak minggu nie. tak sangka, PM kita nie pandai wat lawak. Kalau ada video, bleh masuk funniest video.Mesti dapat rangking top 10.

Any Comment..???

Comments

1 Response to "lawak minggu ini.."

HanDrifter86 said... June 28, 2009 at 5:46 PM

salam

aku peserta BTN

memang sahih PM x penah join sekali

siot

aku tau camne BTN nih

membela melayu

melayu berpecah sebab ada Ameno dan PAS

bila pemimpin dah mula cakap merapu, tu lah dia

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU