Lagi kejayaan 1M'sia dibawah kepimpinan Najib


sumber harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Sept:
Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke 47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikeluarkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.

Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.

Di Malaysia, negara menanggung kerugian sebesar RM10 billion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 15000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.

Dalam laporannya, TI membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.

Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep "check and balance" (semak dan imbang)

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.

Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil dari usaha memerangi rasuah itu. _

aku: Inilah kesannya apabila umat Islam meletakkan Al-Quran di'belakang' mereka. Tidak ada istilah halal,haram,syurga dan neraka.Yang penting hidup selesa di dunia,kroni kaya,perut kenyang dan bank penuh dengan wang berjuta-juta.Tunggulah azab siksa Allah diakhirat kelak kepada mereka yang terlibat dan bersubahat dengan rasuah. Mari kita sama-sama merenung firman Allah s.w.t ini.

Firman Allah s.w.t

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

dan pesanan Rasulullah.

Disebutkan dalam hadith :-

لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

masih berani lagi nak terlibat dengan rasuah? think twice..

SMKA Sultan Azlan Shah (part 1)


Komputer di bilik aku yang rosak sejak beberapa bulan akhirnya kembali berfungsi.Aku explore semahu-mahunya komputer nie, buka balik file-file dan folder-folder yang aku simpan tahun lepas,takut-takut ada folder yang hilang atau corrupt ke.Aku baru teringat, kat dalam hard disk komputer ini juga tersimpan gambar-gambar kenangan semasa di Smka Sultan Azlan Shah (SMKASAS).

Nasib baik gambar-gambar ini masih tersusun rapi di dalam folder picture. Gambar-gambar ini mahal harganya berbanding dengan yang lain kerana terdapat seribu satu cerita di sebalik gambar-gambar tersebut. Sedikit demi sedikit, memori otak yang yang sebelum ini penuh dengan formula-formula dan fakta-fakta fizik,chemistry dan Religions in Malaysia kembali di isi dengan kenangan 5 tahun menuntut di SMKASAS.


Melangkah Masuk


SMKASAS bukanlah sekolah menengah pertamaku. Sebelum itu, aku menuntut di Smk King Edward 7 dan menetap di asramanya. Sekolah ini antara sekolah yang menjadi kegilaan kepada sportman di Perak dan salah seorangnya adalah aku. Team sukan sekolah terutamnya rugby digeruni oleh sekolah-sekolah serantau Perak dan antara harapan aku memasuki sekolah ini supaya aku terpilih menjadi salah seorang wakil sekolah dalam sukan rugby.


Memandangkan result UPSR yang agak cemerlang, aku ditempatkan di kelas elit.Kelas ini menghimpunkan pelajar-pelajar cemerlang dalam UPSR. Pada mulanya, bilangan pelajar di kelas ini agak ramai, hampir 40 orang. Selang beberapa hari, ramai yang berpindah ke sekolah berasrama penuh. Akhirnya tiba giliran aku pula mengikut jejak langkah mereka.(bagaimana aku berpindah ke smka sudah aku ceritakan posting yang lepas).

Aku ke sana dengan seribu harapan dari keluarga. Akulah orang pertama dari keluarga yang melangkah ke sekolah agama. Abang dan kakak aku ada yang ke MRSM, Sekolah teknik dan Convent. Adik bongsu aku pula ke SBPI.


Cerita Hantu.


"adik-adik, lepas pukul 12 kalau nak ke toilet hati-hati, ajak teman sekali, jangan sorang-sorang." seorang senior memulakan kalam


"Kenapa pulak bang?" kami bertanya kehairanan.


"kalau adik-adik nak tahu, dulu ade seorang pelajar ke tandas lepas pukul 12. Sorang-sorang je."senior dengan semangat memulakan cerita.


Kami yang masih tingkatan satu fokus mendengar setiap kalimah yang keluar dari mulut abang senior.

"sampai je kat tandas,dia ternampak seseorang tengah gosok gigi. Dia pun tegur kat orang yang gosok gigi tue."


"Hai, sorang je ke?"


Senior tadi menyambung. " Orang yang gosok gigi tue berpaling ke arah pelajar tersebut. Terkejut pelajar tadi kerana orang tadi menggunakan berus gigi besi dan mulutnya berdarah-darah sambil tersenyum ke arahnya. Oleh kerana terlalu terkejut dan takut, pelajar tadi pengsan di situ juga dan ditemui keesokan hari."

Aku dan kawan-kawan roomate dorm Abbas ketakutan pada malam tersebut. Malam itu juga sebelum tidur, kami satu dorm(14 orang) ke tandas. Dah jadi macam rombongan pula. Yang lebih menyedihkan, di sebabkan cerita dongeng tersebutlah ada di kalangan ahli dorm Abbas yang kencing di atas tilam,kencing kat koridor dan tepi dorm gara-gara takut nak ke tandas lepas pukul 12 malam.

Ada banyak lagi cerita-cerita hantu yang menghantui kami ketika itu. Cerita perempuan yang kehilangan anak, tentera udara yang terikat dengan bola besi,toyol di dewan makan, hantu loker,hantu padang dan banyak lagi.


Cerita ini bukan sahaja berlegar-legar di kalangan dorm aku sahaja, semua batch aku mengetahui dan majoriti mempercayainya. Kesannya,selepas sahaja jam 12 malam, floor tingkatan satu sunyi sepi. Masing-masing berada di katil dan tidak berani nak merayau-rayau.


Setelah aku naik ke tingkatan 3 baru aku mengerti mengapa senior-senior dulu.Tujuannya supaya budak-budak tingkatan satu tidur awal.Selalunya yang buat bising nie form 1. Dah mereka tak ade kerja sangat,homework pun sikit dan tak fikir nak exam pun. Kebisingan ini yang menyebabkan kadang-kadang ade di kalangan senior yang menjerit suruh diam dari bilik prep (bilik study) dan tujuan lain supaya kanak-kanak form 1 boleh bangun awal. Inilah satu tarbiah yang mereka didik kepada Form 1.


Aku sama sekali tidak setuju cara pentarbiahan begini. Kalau benar nak tarbiah, ada cara lain yang lebih sesuai. Ketika aku menjadi Timb President Badri(BADAR), aku cuba menghalang cerita hantu dari terus berleluasa. Pernah satu kes pelajar memohon untuk tukar ke sekolah lain kerana takutkan "hantu" di asrama.Malang sekali kepada pelajar tersebut kerana takutkan kepada benda yang tiada.Kerana cerita karut tersebut emosi Form 1 tidak stabil, kerja-kerja bodoh seperti yang aku kata di atas berlaku dan paling merisaukan aqidah Form 1 boleh terpesong.


Sekarang aku tak pasti sama ada cerita hantu yang di bawa dari mulut ke mulut masih ada atau tidak. Zaman sekarang nie hantu pun lebih takutkan manusia. Tak taw le kalau ada juga yang masih meneruskan tradisis gila
ini.

to be continue
....

Dialog kambing dan ayam


Tempat kejadian: Kandang Pak Mail di Parit, Perak.

Ayam: Kambing, pekabonye?.

Kambing: Kabo baik. Wah, ayam!. Bukan main cantik lagi. Mike nak ke mana 'hensem-hensem' nie?.

Ayam: Takde ke manelah.Teman nie semedang(selalu) hensem pon.Jangan jales ye.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun mike berhias, mike berjalan tetap ber"kaki ayam", kan?. (sambil tersipu malu, ayam menyorokkan sebelah kakinya)

Ayam: Oo..kutuk teman ye. Mike pun apa kurangnye!.

Kambing: Apenye?.

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut konon. Tapi telur nampak!.(kambing pun menyorok 'telur'nye sambil tersipu-sipu malu)

"Laughter Is The Best Medicine"

Public Transports :Jepun kembali ke zaman kuno

Seperti mana semua sedia maklum, Jepun merupakan negara yang termaju di dunia dari sudut teknologi. Walaupun Jepun pernah hancur dibom oleh Amarika, namum semangat yang ada hasil didikan pemimpinnya berjaya membawa kembali Jepun menjadi kuasa besar dunia. Namun berita baru-baru ini sedikit memeranjatkan aku. Adakah mereka ingin kembali ke zaman kono?

Berita yang aku baca sebentar tadi bertajuk “Women only carriage” atau gerabak keretapi untuk wanita sahaja yang telah dilancarkan di Tokyo sebagaimana dilaporkan oleh akhbar The Star hari ini. Ya bukan di Saudi atau Iran atau Afghanistan tetapi di Jepun iaitu salah sebuah negara termaju di dunia.







Gerabak seumpama ini dilancarkan bagi mengatasi masalah mencabul kehormatan penumpang wanita yang kerap berlaku dalam gerabak-gerabak keretapi di Tokyo yang sentiasa padat, sesak dan sibuk itu. Bermakna perangai buruk mengambil kesempatan ke atas wanita seumpama ini bukan sahaja berlaku di negara-negara rantau ini tetapi juga di negara yang rakyatnya berpendidikan dan berpendapatan tinggi seperti Jepun.

Rupanya langkah memperkenalkan gerabak seumpama ini mendapat sokongan kuat dari masyarakat Tokyo khasnya golongan wanita termasuklah para pelajar dan kanak-kanak perempuan.Semestinya merekalah golongan yang menjadi sasaran oleh orang-orang yang tidak siuman ini.

Ironisnya apabila kerajaan Kelantan memperkenalkan laluan asing untuk wanita di pasar-pasaraya satu ketika dahulu serta mengasingkan penonton-penonton wanita dalam konsert-konsert kesenian Islam, para pengkritik termasuk NGO wanita tertentu mengatakan langkah ini sesuatu yang kuno dan ketinggalan zaman.

Langkah di Tokyo ini bagaimana? Kuno dan ketinggalan zamankah juga orang Jepun? Kenapa tidak diunjurkan agar kaum lelaki mengawal sendiri nafsu mereka sebagaimana saranan bijak pandai di sini?

Alhamdulillah Islam telah melihat masalah ini sejak awal-awal lagi dan mengemukakan kaedah penyelesaiannya bagi mengatasi masalah sosial yang sesuai dipraktikkan buat semua zaman. Benarlah al Quran itu petunjuk buat semua umat manusia! Sapa tahu, akan datang Jepun akan mewajibkan pula kepada rakyatnya supaya berpakaian sopan(seperti menutup aurat) di tempat awam bagi mengatasi masalah sosial yang makin parah ini. Malaysia yang kononnya negara Islam bila lagi nak bertindak?

Marhalah Puasa : Dimana kita??

Bulan Ramadhan hampir lebuhkan tirai,hanya tinggal beberapa hari sahaja menjelang Syawal. Di radia-radio dan televisyen sudah berkumandang lagu-lagu raya yang kadang-kadang membuatkan jiwa ini menangis sendirian. Masakan tidak, Ramadhan yang ditunggu-tunggu selama 11 bulan akhirnya akan pergi tidak lama lagi. Belum puas rasanya beribadat pada bulan tarbiyyah ini. Seolah-olah aku baru semalam mendengar pengumuman tarikh bulan puasa.

Pagi tadi,aku membelek-belek terjemahan kitab Sair as-Salikin karangan al-‘Allamah al-‘Arifbillah asy-Syaikh ‘Abdus Shomad al-Falimbani.Aku terus ke halaman hadapan mencari bab yang menceritakan hal-hal yang berkaitan dengan puasa. Dalam kitab tersebut, pengarang menjelaskan dengan panjang lebar berkaitan dengan peringkat-peringkat puasa.

صل في أسرار الصوم وشروطه الباطن

Ini Satu Fashal Pada Menyatakan Rahasia Puasa Dan Menyatakan Segala Syaratnya Yang Bathin

Ketahui olehmu, hai orang yang menjalani jalan akhirat dan jalan kepada Allah Ta’ala, bahwa adalah bagi puasa itu 3 darjat:

Darjat Pertama
- Puasa orang yang awwam yakni puasa kebanyakkan manusia yaitu menegahkan ia daripada makan dan minum dan jima’ [bersetubuh] dan menahan daripada segala yang membatalkan puasanya seperti yang tersebut pada fashal yang lalu

Darjat Kedua
- Puasa orang yang khawwas iaitu puasa orang yang sholihin dan orang yang muttaqin iaitu menegahkan segala yang tersebut daripada yang pertama itu [seperti diatas] dan menegahkan pula akan segala anggotanya daripada berbuat ma’siat dan daripada berbuat yang sia-sia yang tiada memberi manfaat kepada akhirat dan hasil kesempunaan puasa mereka itu dengan 7 perkara:

(Pertama) memejamkan kedua matanya dan menegahkan keduanya itu daripada melihat kepada suatu yang mubah yang membimbangkan hatinya dari dhikruLlah Ta’ala dan daripada ingat kepada Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W

النظر سهم مسموم من سهام إبليس لعنه الله، فمن تركه خوفا من الله آتاه الله إيمانا يجد حلاوته في قلبه – رواه الحاكم، صحيح (العراقي

Ertinya: Melihat dengan syahwat itu iaitu satu panah yang dibubuh racun daripada beberapa panah iblis, maka barangsiapa meninggalkan melihat itu kerana takut akan Allah Ta’ala, nescaya memberi akan dia oleh Allah Ta’ala akan iman yang mendapat akan manis iman itu di dalam hatinya.


(Kedua) memelihara lidah:
• daripada perkataan yang haram dan
• daripada perkataan yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat dan
• memeliharakan pula akan lidah daripada berdusta dan
• daripada mengumpat akan orang dan
• daripada mengadu-ngadu akan orang dan
• memelihara pula akan dia daripada segala perkataan yang keji-keji dan
• memelihara pula akan dia daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan orang dan
• memelihara daripada memaki orang.

Dan sayogianya hendaklah orang yang puasa itu
• melazimkan diam dan
• masyghul [sibuk] ia dengan membanyakkan dhikrullah Ta’ala dan
• membanyakkan membaca al-Quran.

Dan kata Mujahid R.A

خصلتان يفسدان الصيام الغيبة والكذب


Ertinya: 2 perkara membinasakan ia akan puasa: (pertama) mengumpat-umpat akan orang dan(dua) berdusta.

Dan sabda Rasulullah S.A.W :

إنما الصوم جنة، فإذا كان أحدكم صائما فلايرفث ولايجهل، وإن امرؤقاتله أو شاتمه فليقل إني صائم، إني صائم

Ertinya: Hanyasanya puasa itu perisai. Maka apabila ada seorang kamu puasa, maka jangan mengerjakan suatu yang sia-sia dan jangan berbuat akan perbuatan orang yang jahil. Dan jika ada seorang hendak membunuh akan dia atau memaki akan dia maka hendaklah ia berkata bahwasanya aku puasa, bahwasanya aku puasa. (Hadits Muttafaqun ‘alaih). Maka jangan dilawan akan orang itu.

(Ketiga) sayogia bagi orang yang puasa itu memeliharakan telinganya daripada mendengar perkataan yang haram dan perkataan yang makruh dan memeliharakan telinganya daripada mendengar perkataan yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat.

Dan sabda Rasulullah S.A.W

المغتاب والمستمع شريكان في الإثم


Ertinya: Orang yang mengumpat akan orang dan orang yang mendengar akan dia itu bersekutu keduanya itu pada berdosa (Hadits riwayat ath-Thabrani, dhaif - al-‘Iraqi)

(Keempat) Sayogianya bagi orang yang puasa itu memeliharakan tangannya dan kakinya daripada segala yang diharamkan dan segala makruh dan segala yang sia-sia, tiada memberi manfaat di dalam akhirat.

(Kelima) memeliharakan perut pada ketika waktu berbuka itu daripada memakan makanan yang haram atau memakan yang syubhat. Maka tiada faedah bagi puasa, iaitu meninggalkan daripada makan yang halal kemudian maka berbuka dengan makanan yang haram. Maka adalah misal orang yang puasa itu seperti misal orang yang berbuat mahligai pada hal ia merobohkan negeri kerana makanan yang halal itu memberi mudharat ia dengan memakan banyak akan dia dan tiada memberi mudharat ia dengan makan sedikitnya. Dan puasa itu mensedikitkan makan yang halal, iaitu ubat yang memberi manfaat bagi hati dan membanyakkan akan dia itu membinasakan akan hati dan memakan yang haram itu membinasakan agama.

Dan sabda Rasulullah S.A.W:

كم صائم ليس له من صومه إلا الجوع والعطش


Ertinya: Beberapa daripada orang yang puasa padah al tiada baginya daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga jua.

Maka kata ulama [dalam menjelaskan maksud hadits diatas] orang itu ialah orang yang berbuka dengan memakan yang haram. Dan kata setengah ulama, iaitu menahan daripada memakan yang halal dan berbuka dengan daging manusia dengan mengumpat-umpat akan orang dan mengumpat itu haram. Dan kata setengah ulama iaitu orang yang tiada memelihara akan segala anggota daripada yang haram yang membawa kepada dosa.

(Keenam) Sayogianya bahwa jangan membanyakkan pada ketika berbuka itu dengan memakan yang halal sekira-kira memenuh perutnya,

kerana
Dan sabda Rasulullah S.A.W:

ماملأابن آدم وعاء شرا من بطنه


Ertinya: Tiada memenuh oleh anak Adam akan suatu tempat yang terlebih jahat daripada memenuh perutnya dengan memakan yang halal.

Ini kerana maksud dengan puasa itu iaitu hendak mengurangkan makan supaya dhoif syahwat nafsunya dan syahwat syaitannya, maka jika dihimpunkan makanan yang pagi-pagi dan makanan yang petang-petang itu dengan sekali maka pada ketika berbuka puasa itu, maka tiada faedah puasanya itu. Jadi tiada manfaat puasanya itu melainkan dengan sedikit daripada memakan yang halal kerana mengurangkan makan itu meringankan tubuh pada berbuat ‘ibadat dan berbuat sembahyang tahajjud pada malam hari dan merajinkan mengerjakan wiridnya dan dhikirnya hingga terang hatinya.

(Ketujuh) Sayogia bahwa adalah hatinya kemudian daripada berbuka itu berulang-ulang antara khauf dan raja’ yakni berulang-ulang antara takut akan Allah Ta’ala dan antara harap akan Allah Ta’ala kerana tiada diketahui adakah diterima akan puasanya itu, maka iaitu daripada orang yang muqarrabin atau ditolongkan akan puasa itu atasnya, maka iaitu daripada orang yang dimurkai Allah Ta’ala. Dan seyogianya ia menghadirkan yang demikian itu pada ketika kemudian daripada tiap-tiap ‘ibadat yang lain daripada puasa itu. والله أعلم

DARJAH KETIGA
Puasa orang khawwasul khawwas iaitu puasa orang yang muqarrabin yang ‘arifin iaitu menahan hati daripada mencita-citakan dunia dan memikirkan akan dia dan mengosongkan rahsia yang di dalam hati [sirr] daripada barang yang lain daripada Allah Ta’ala. Dan sentiasa hatinya itu syuhud kepada Allah Ta’ala dan batal puasanya itu dengan memikirkan barang yang lain daripada Allah Ta’ala dan yang lain daripada negeri akhirat. Demikian lagi batal puasa itu dengan memikir akan pekerjaan dunia, melainkan jika ada dunia itu membawa kepada manfaat akhirat dan jadi bekal baginya di dalam akhirat, maka iaitu tiada dinamakan dunia.

Kerana inilah kata ulama ahlul bathin:


من تحركت همته بالتصرف في نهاره لتدبر ما يفطر عليه كتبت عليه خطيئة


Ertinya: Barangsiapa bergerak cita-citanya dengan berbuat di dalam harinya itu kerana membicarakan sesuatu yang akan dimakannya pada ketika berbukanya itu, nescaya disurat atasnya akan dosa.

Dan yang demikian itu kerana kurang percaya dengan anugerah Allah Ta’ala dan kemurahanNya pada memberi rezqi akan dia dan kurang yaqin ia dengan rezqinya yang dijanjikan oleh Allah Ta’ala.

Dan darjat puasa yang ketiga iaitu martabat anbiya’ dan orang-orang siddiqin dan orang-orang muqarrabin yang ‘arifin, kerana cita-cita hati mereka itu semata-mata berhadap kepada Allah Ta’ala dan berpaling hati mereka itu daripada segala yang lain daripada Allah Ta’ala dan telah masuk mereka itu di dalam makna firman Allah:

قُلِ ٱللَّهُ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ


Ertinya: Ucap olehmu akan Allah Ta’ala kemudian maka tinggalkan olehmu akan manusia di dalam pekerjaan mereka itu pada hal bermain-main mereka itu. (Surah al-An’am: 91)

Begitulah ulasan yang panjang oleh pengarang kitab berkaitan dengan marhalah puasa.

Setelah sekian lama kita berpuasa sejak kita bermula kanak-kanak sehingga ke hari ini, adakah kita telah mencapai puasa yang tertinggi, atau sekadar puasa seperti mana orang awam berpuasa???

Semoga saat-saat yang masih berbaki ini lagi kita penuhkanlah dengan beramal ibadat dengan seikhlasnya kepada Allah.

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Ramadhan dan pertemukan kami dengan Malam Lailatul Qadar."

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU