Dapat lapar dan dahaga sahaja.


Sebentar tadi (2.30 pagi) Arsenal tumpas dengan Man United dengan jaringan 2-1.Arsenal mendahului dengan jaringan Andrey Arshavin namun penalti oleh Wayne Rooney dan go sendiri yang disumbangkan oleh Abou Diaby telah memusnahkan impian Arsenal untuk terus mengekalkan kemenangan. Walaupun aku salah seorang peminat Arsenal sejak mumayiz lagi(aku pun tak taw sebabnya) tapi kekalahan ini tidaklah mengecewakan aku sangat seperti mana kawan-kawan aku yang lain. Mungkin sejak kecil lagi aku telah didik untuk tidak finatik kepada sesiapa pun kecuali kepada Rasulullah s.a.w. Kerana sikap finatik inilah munculnya puak-puak syiah yang secara biadap mengkafirkan para sahabat dan puak-puak extrimise yang sedikit sebanyak merosakkan Islam itu sendiri.

"Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." 2:143

Kagum aku melihat apabila ada perlawanan panas walaupun perlawanan berlangsung pada 2/3 malam yang melibatkan BIG 4 (Man United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool), bilik TV di setiap mahallah dan cafe-cafe mesti sentiasa penuh dengan peminat masing-masing. Aku rasa fenomena ini juga berlaku ditempat-tempat lain.Hal ini sedar atau tidak mencabar umat Islam samada memilih Qiamulallail atau pun bola,akhirat tau dunia. Seandainya Akhirat yang dipilih nescaya Qiamulallail yang menjadi pilihan yang tepat. Setidak-tidaknya, sebelum atau selepas tengok bola, apa salahnya buat solat tahajud 2 rakaat. Namun yang berlaku sebaliknya, bola juga yang menjadi pilihan ramai.Mereka sanggup untuk bersengkang mata,setia dihadapan TV menyaksikan lebih 90 minit tetapi cukup liat utuk bertahajud walaupun hanya 2-3 minit sahaja.

Begitu juga pada bulan yang mulia ini. Bila waktu sahur,sejak jam 4.30 pagi lagi ramai yang memenuhi cafe untuk menikmati juadah sebelum berpuasa pada siang hari. Yang tidak pernah nampak masa solat subuh di masjid pun bersama-sama menikmati juadah bersama rakan-rakannya. Kononnya nak merebut keberkatan yang Allah kurniakan sepeti sabda Rasulullah s.a.w


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : تَسَحَّرُوْا فَاِنَّ فِى السَّحُوْرِ بَرَكَةً


“Dari Anas berkata: Bersabda Rasulullah: Bersahurlah kamu sekalian, kerana dalam bersahur itu terdapat barakah”. (Hadis Riwayat Bukhari 4/120. Muslim 1059. Diriwayatkan juga oleh Tirmizi, Nasaii dan Ibn Majah)


Malangnya,selepas sahur kebanyakannya terus merebahkan diri di atas katil. Qiamulallai entah ke mana, solat subuh pun berlalu begitu sahaja.Sedangkan Solah subuh itu lebih utama daripada sahur.Memandagkan pagi tadi stay up untuk bersahur dan tengok bola, pada siangnya mereka tidak ubah seperti biawak hidup. Kalau bangun pun sebab ada kuliah. Bagaimana pula kalau waktu cuti? Alamatnya tidur sampai ke petanglah.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”



Benarlah apa yang diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w sejak dulu lagi.

Ramai yang berpuasa tetapi solat ditinggalkan.

Ramai yang berpuasa tetapi Al-Quran menjadi perhiasan rumah sahaja.

Ramai yang berpuasa tetapi mengumpat, menfitnah dan mengkeji menjadi zikir.

Ramai yang berpuasa tetapi zakat fitrah di abaikan.

Ramai yang berpuasa tetapi sedekah tidak pernah pun terlintas di hati.

Ramai yang berpuasa tetapi aurat didedahkan sesuka hati.

Ramai yang berpuasa tetapi kehidupan tidak ubah seperti masyarakat jahiliyyah.

Ramai yang berpuasa tetapi puasa itu tidak sedikit pun mengurangkan nafsu terhadap dunia.

Ramai yang berpuasa tetapi maksiat tidak berkurang, ibadah tidak bertambah.

Ramai yang berpuasa tetapi tidak ada usaha mencari malam lailatul Qadr

Ramai yang berpuasa tetapi..(tambah sendirilah)

Walaupun sudah se-10 hari berpuasa, yang dapat hanya lapar dan dahaga sahaja.

p/s: dah pukul 4 pagi.Selamat ber-Qiamulallail dan bersahur. Moga puasa hari ini lebih baik dari semalam.

Minta maaf, I'm sorry, Asif,Sumimasen,Bianye


Sempena bulan mulia ini, aku memohon ribuan kemaafan kepada semua di atas setiap kesalahan yang aku buat sama ada sengaja atau tak sengaja. Nak mintak maaf nie bukan mase nak raya je. Bila kita buat silap dan sedar kesilapan tersebut, mestilah segera mintak maaf. Kalau buat salah dengan Allah tiada cara lain selain taubat nasuha. Kalau sesama manusia pula, mintak maaf sehingga insan tersebut memaafkan kita.

Post sebelum ini agak mencetuskan kontroversi dikalangan sahabat-sahabatku.Ramai juga yang menghantar sms semangat,tazkirah dan tidak sedikit yang risaukan keadaanku. Bukanlah tujuan post nak cipta kontroversi bahkan jauh sekali untuk mencapap (cari publisiti murahan). Tujuan utama hanyalah untuk mengajak semua merenung kembali saranan Rasulullah s.a.w kepada ummatnya untuk mengingati mati. Bukankah orang yang paling bijak itu adalah orang yang mengingati mati?

Dari Ibnu Umar R.A.

Nabi S.A.W. pernah di tanya, siapakah orang yang paling bijak wahai Nabi? Lalu Nabi S.A.W. menjawab, orang yang paling bijak adalah yang paling banyak mengingati mati dan bersedia menghadapinya.

Riwayat Ibnu Majjah.


Salah satu cara untuk mengingati mati ialah dengan menulis wasiat.Terpulanglah macam mana pun bentuk wasiat itu asalkan ada orang yang mengetahui wasiat tersebut. Antara isi kandungan wasiat aku ialah hutang yang belum selesai, permohonan maaf di atas dosa aku kepada individu tertentu dan pesanan-pesanan terakhir dan wasiat tersebut mestilah dikemaskinikan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Harapannya, waris aku atau sahabat-sahabat terdekat dapat melaksanakan wasiat tersebut setelah aku pergi meninggalkan alam fana'. Biar hal-hal dunia diselesaikan di dunia juga.Jangan tangguh hal-hal yang boleh diselesaikan di dunia ke akhirat. Jika tidak, kita juga yang merana di kemudian hari.

Apa-apa pun aku mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka-mereka yang menjagaku semasa 4 hari aku demam sama ada dekat atau pun jauh dan juga kepada mereka-meraka yang tidak putus-putus mendoakan kesihatanku. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa-jasa antum kepada ana.

Sepanjang seminggu aku dikuarantinkan,aku terpaksa melupakan tugas sebagai Programme Coordinator FASTRAIN ,Iftar Pimpinan Mahasiswa Perak (Pusat) dibatalkan kerana Programme Director(aku) tak dapat datang dan perancangan Bazar Ramadhan anjuran Entrepreneur Club pun menjadi kalam kabut kerana perancang utama adalah aku sendiri.Semuanya berpunca daripada aku. Hanya lafaz maaf sahaja yang dapat aku ungkapkan kepada semua sahabat FRC, Persatuan Mahasiswa Perak(Pusat) dan Entrepreneur Club.Semuanya di luar kekuasaanku.


Sebagai renungan, memandangkan dunia pada hari ini penuh dengan penyakit-penyakit yang boleh membawa maut, jangan sesekali mengabaikan kesihatan diri. Memang benar Allah berfirman yang bermaksud "setiap yang bernyawa pasti akan mati." Tetapi amanah Allah(meminjamkan jasad kepada kita) mestilah kita laksanakan sebaiknya dengan memastikan badan kita sentiasa sihat. Hal-hal bila dan di mana kita mati serahkannya seratus peratus kepada Allah. Tak payah kita pening-pening memikirkannya.

Marilah kita berdoa agar hidup kita diakhiri dengan husnul khatimah, bukannya suul khatimah. Ameen..

Penangan makhluk Allah yang bernama Influeza A

Renunglah setiap kata-kata dalam lirik ini.

Andaiku Pergi
Album :
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Andai sesuati yang buruk berlaku kat aku mintak sapa-sapa yang memegang henset aku tekan menu>organizer>notes>PESANAN TERAKHIR

Introducing New Line-Up of GAMIS 2009/2010

salam perjuangan

Alhamdulillah pada 14-15 ogos lalu GAMIS telah mengadakan muktamar bagi mengisytihakan pimpinan baru. berikut adalah line up terkini GAMIS.. Tahniah dan takziah di ucapkan. moga perjuangan kalian di iringi oleh rahmat Allah.. :

Presiden
Mohd Idris UKM

Timb. Presiden
Mohd Syazni Munir UM

Pengerusi SIGMA
Fasihah UM

Tim. Pengerusi SIGMA
Nurul Izzatie UIA


Setiausaha Agung 1
Mohd Zaki UIA


Timb Setiausaha
Nisa' UPM

Bendahari Agung
Mohd Safwan UPM

Timb. Bendahari
Atikah UKM

Pengerusi Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional
Azizan Anwar UKM

Timb. Pengerusi Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional
Nazirah UIA


Pengerusi Majlis Politik Nasional
Syafie UM

Tim. Pengerusi Majlis Politik Nasional
Basitah UPM

Pengerusi Majlis Dakwah
Farhan UTMKL

Tim. Pengerusi Majlis Dakwah
Aisyah UM

1st session of Leadtrain 2009

committee in blue

August 2009 adalah bulan yang paling sibuk sekali dalam hidup aku,mengalahkan bulan exam pulak.Setiap weekand dalam bulan nie padat dengan aktiviti dalam dan luar UIA. Minggu nie aku diminta oleh adikku Syafiq Kamil, selaku President Facilitator Representative Committee (FRC) untuk menjadi salah seorang committee dalam program Leadtrain. Leadtrain ini adalah program wajib kepada semua student UIA yang amik subject FIM dan RIM. Kalau ikutkan minggu nie aku nak relax dan jadi peserta biasa je. Memandangkan pertambahan committee sangat-sangat diperlukan dan aku sendiri tak sanggup nak tengok adikku sayang nie terkontang-kanting menjayakan program nie, aku pun sudi la mengalas tugas sebagai seorang committee.


Programme Director

Aku dipilih oleh Programme Director untuk memikul tugas sebagai seorang programme coordinator(walaupun hakikatnya Allah yang pilih).Memang satu tugas yang sangat mencabar. Sebelum nie aku dah beberapa kali mengendalikan tugas sebagai committee program tapi progarm kali ini dirasakan sangat-sangat mencabar.Masakan tidak, sasaran peserta adalah rakan-rakan sebaya. Ada juga dikalangan peserta adalah rakan sekelas,rakan sepermainan dan rakan sebantal dan sekatil. Kalau sebelum ini, peserta yang aku handle kebanyakannya jauh lebih muda dari aku(macam le tue sangat..huhu). So mudah le nak bagi arahan.Kalau peserta keras kepala, nak marah or bagi denda pun tak ada masalah.Tetapi, kalau rakan-rakan sebaya nie tak boleh nak buat macam program-program biasa. Strategi dakwah kena betul, barulah risalah yang kita bawa memberi kesan kepada peserta.

tengah kol 1.30 pg

Dalam 1st meeting final touch para committee perah otak untuk membincangkan perjalanan program dari mula sehingga tamat program. Masalah yang besar berlaku semasa meeting nie ketidakhadiran main PC (aku lah tue..). Time maghrib nak rehatlah sekejap sebab hari tue(jumaat) aku hanya tido setengah jam je. Itu pun sebelum solat Jumaat. Elok je kepala mencecah bantal, aku terus black-out. Sedar-sedar dah pukul 12.45am. Henset dipenuhi 10 massage dan berpuluh-puluh miss call. Memang rasa bersalah gile kat semua committee. Nasib baik Isdiyantie tolong back up kerja aku siapkan master plan. Aku dengar dari Syrup al-Jawi, semasa meeting perjalanan program, ada dikalangan committee yang bergaduh-gaduh. Lagilah rasa bersalah menghempap kat kepala nie. Mase 2nd meeting final touch, aku berkali-kali mintak maaf kat semua committee. Mase tue aku jadi mangsa tembakan pedas yang bisa mengetarkan telinga aku.

bukan selalu nak cuci longkang

"Kurangkan aktiviti yang lagha(tidak ada faedah) dan terapkan nilai-nilai Islam sepanjang Leadtrain diadakan." idea yang aku lontarkan kepada semua committee semasa 2nd final touch.

Inilah peluang yang ada untuk aku dan adik-beradikku untuk menyampaikan risalah dakwah kepada sahabat-sahabat yang jarang ditemui di majlis-majlis ilmu dan masjid. Sebelum ini hanya golongan yang sama sahaja yang memenuhi kerusi-kerusi di AMF dan LHA. Begitu sukar untuk aku menembusi risalah dakwah ini kepada sahabat yang menjadikan clubbing, smoking, dan coupling sebagai budaya hidup mereka. Sebab utama yang menjadikan mereka begini kerana kurangnya mereka dengan ilmu agama dan pada masa sama, golongan-golongan daie ada yang tidak berminat untuk berdamping dengan mereka.Rugilah seandainya peluang yang terbuka luas ini disia-siakan.

adik-beradik seperjuangan(hehehe)

Aku dan adik-beradik cuba juga handle Leadtrain seperti program-program motivasi yang pernah kami handle bersama.Cuma yang bezanya pendekatan yang dibawa lebih mesra dengan peserta. Slot-slot seperti bacaan mathurat,Al-Mulk,tazkirah di waktu-waktu kosong dan lagu tema berorentasikan jihad fisabillah, diisi dengan sebaiknya. Kami sedaya upaya untuk mengelakkan benda-benda lagha yang mengisi waktu-waktu kosong peserta.

makanan yang paling kuat kena kritik(sori ek)

Slot muhasabah yang berjalan pada malam terakhir pula memberi kesan yang mendalam kepada peserta dan committee terutamanya sister. Benarlah kata Akh Dzulkhairi President GAMIS dalam blognya, slot muhasabah yang menyentuh jiwa nie sesuai dengan jiwa perempuan yang lembut. Kalau cara ini dilaksanakan kepada kaum adam, hanya sesetengah je yang boleh terima muhasabah touching.Sebab itulah semasa muhasabah berjalan, peserta lelaki boleh lagi bersuka ria sedangkan peserta perempuan ada yang dah mengalirkan air mata.Lelaki memerlukan method yang lasak dan keras,sesuai dengan fitrah penciptaan lelaki.

group Bro.Hisham(dahsyat2)

Borang penilaian diberi kepada semua peserta.Mereka bebas untuk mengkritik committee tanpa ada sekatan pemikiran.Feed back dari peserta nie penting juga, untuk memastikan kami tak syok sendiri mengendalikan program. Feed back yang kami terima sangat memberangsangkan. Hampir 90% peserta berpuas hati dengan program ini.Ada juga yang mahu method yang kami bawa ini diteruskan untuk program-program yang akan datang.Walaubagaimana pun tak dinafikan, ada juga sebilangan peserta yang menentang method ini.Di dalam borang tersebut, kami dimaki dan dicaci dengan perkataan yang tak sanggup untuk aku tulis di dalam ruang ini. Cukuplah sekadar kami sahaja yang mengetahui.

stailo gile trainer kite nie

Aku sedar, berada dijalan dakwah ini tidak akan dihamparkan dengan kapet merah bahkan jalan ini penuh dengan ujian dan cabaran. Lihatlah sirah nabi kita Muhammad S.A.W. Perjalanan dakwah baginda penuh dengan menhah dan tribulasi sehingga menitis darah baginda yang mulia ketika pengembaraan dakwah di Ta'if. Bagaimana boleh kita mengaku bahawa kitalah mata-mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w sedangkan apabila ditimpa sedikit ujian(dicaci dan dihina), kita sudah mengaku kalah? Muhasabah..Muhasabah..

committee sisters yang energetic


Kebangkitan Gerakan Mahasiswa


Demonstrasi jalanan mansuh ISA minggu lepas membuktikan segala-galanya. Lebih 100 orang peserta yang ditangkap adalah mahasiswa (seandainya semua yang ditangkap dikalangan umur 18-25 adalah mahasiswa). Mungkin berita ini sedikit mengerunkan sang pemerintah yang zalim (baca:UBN) kerana suara mahasiswa adalah suara keramat. Sejarah telah tercatat bahawa suara lantang mahasiswa mampu untuk menjatuhkan sebuah kerajaan. Lihat sendiri kejatuhan beberapa pemerintah seperti yang berlaku di Indonesia dan Iran. Semuanya bermula dengan suara mahasiswa, kemudian diikuti oleh rakyat marhain.

Begitu juga yang berlaku di Malaysia. Zaman emas gerakan mahasiswa adalah pada dekad 70an. Pada masa ini jugalah ABIM(Angkatan Belia Islam Malaysia) ditubuhkan iaitu pada 1971.Ramai dikalangan pimpinan ABIM tidak kira diperingkat pusat ataupun negeri yang menjadi tokoh pimpinan negara yang sangat disegani.Antaranya ialah Anwar Ibrahim, Al-Marhum Us Fadhil Noor, Ustaz Yahya Othman dan TG Abdul Hadi.

Pada zaman ini jugalah berlaku peristiwa Baling 1974.Hanya segelintir sahaja mahasiswa pada masa ini yang mengingati persitiwa bersejarah yang menjadi rekod paling cemerlang dalam sejarah gerakan mahasiswa Malaysia.Peristiwa ini cuba dilupuskan oleh kerajaan Umno/Barisan Nasional(UBN) kerana bimbang peristiwa ini kembali mengegarkan Malaysia yang kian rosak disebabkan oleh mereka.

Aku ceritakan sedikit peritiwa ini seperti yang dikarang oleh Us Riduan Muhammad Nor dalam buku "Potret Perjuangan Mahasisawa dalam Cerminan Dekad"


Peristiwa ini mempunyai rentetannya yang tersendiri. Menurut Dr. Syed Hussin Ali, pada 22 dan 25 November 1974 ribuan petani-petani mengadakan perarakan membantah kenaikan harga barang keperluan harian sedangkan pada masa yang sama harga getah yang mereka hasilkan mengalami kejatuhan.Beberapa anak-anak petani menjadi korban. Khabarnya, mereka keracunan setelah makan ubi gandung yang tidak dibasuh dengan sempurna, oleh kerana ibubapa yang merupakan petani kekurangan wang untuk membeli makanan.Perkara ini cuba disembunyikan oleh UBN daripada dipaparkan oleh media perdana namun akhbar-akhbar Cina menyiarkan kisah yang menyayat hati ini. Beberapa pimpinan mahasiswa UM menyiasat untuk mengesahkan kes ini. Setelah mendapati kes ini benar, bermulalah demostrasi yang digerakkan sepenuhnya oleh mahasiswa di ibu negara.

Bantahan mula-mula tercetus di UM, disambut di UITM kemudian merebak ke UKM,USM dan Politenik Ungku Omar. Tidak cukup dengan berkubu di kampus masing-masing, akhirnya ribuan mahasiswa digerakkan untuk berdemonstrasi di Ibu Negara. Seperti biasa, para peserta demo sewajibnya berhadapan dengan keganasan "tentera topi merah".FRU mengepung dan melepaskan gas pemedih mata ke arah mahasiswa. Sebahagian besar mahasiswa berundur ke Masjid Negara. Jangkaan masjid adalah tempat yang selamat meleset sama sekali.FRU meneruskan keganasan di masjid seterusnya menangkap lebih seribu mahasiswa yang baru sahaja menunaikan solat.


Walaupun tangkap dibuat tetapi UBN gagal untuk menutup suara mahasiswa.Dikampus masing-masing, bantahan diteruskan dengan pekikan dan teriakan supaya kerajaan mendengar suara rakyat marhain. Pada 6 Disember, demonstrasi yang meletus di dalam kampus UM merebak sehingga keluar. Kg Kerinchi disasarkan gas pemedih mata sehingga menyebabkan penduduk dan mahasiswa "mengamuk" di Lebuhraya Perseketuan.

Kesannya seperti yang diduga. Kerajaan melancarkan Operasi Bersih, menahan beberapa pimpinan mahasiswa dan pensyarah yang dituduh terlibat dalam peristiwa Baling 1974. Antaranya Adi Satria (Penolong setiausaha PMUM), Abdul Rahman Rukhaini (President PMUKM) Ahmad Samad Hamad Noor (Setiausaha PKPIM), IBRAHIM ALI (President pelajar UITM), Ahmad Kamal Selamat (President PMUSM) dan ramai lagi.

Peristiwa ini meninggalkan parut yang dalam kepada Gerakan Mahasiswa akibat tekanan yang dahsyat oleh sang pemerintah yang zalim terutamnya penagkapan di bawah ISA.Budaya takut telah mengantikan budaya kritis yang sepatutnya dimiliki oelh mahasiswa.AUKU diperketatkan untuk mematikan suara mahasiswa.

Selain itu, antara usaha untuk memastikan budaya sedar dan peduli hilang dalam diri mahasiswa dengan lambakan budaya hedonismadi dalam masyarakat.Inilah Ghazwatul Fikr(perang pemikiran) yang dilancarkan oleh Yahudi untuk melemahkan remaja-remaja Islam.Apabila mahasiswa semakin seronok dengan hiburan yang melampau ini, idealisma mahasiswa secara automatik akan hilang di dalam diri mahasiswa. Tidak perlulah UBN bersusah payah nak kawal gerakan mahasiswa. Cukup dengan merosakkan mereka ini dengan hiburan tanpa panduan dan sempadan.



Namun, usaha jahat yahudi untuk merosakkan pemuda yang dilaksanakan oleh UBN tidak mampu untuk melumpuhkan seratus peratus gerakan mahasiswa. Sejak kejatuhan gerakan mahasiswa pada 1975, mahasiswa bangkit sedikit demi sedikit. Walaupun kerajaan mengugut mahasiswa dengan AUKU dan boneka UBN iaitu TNC dan HEP secara agresif menghalang aktiviti-aktiviti islamic yang mampu untuk mengembalikan idealisme perjuangan mahasiswa, tetapi mahasiswa mampu juga untuk menyalurkan idealisme dan kesedaran dikalangan sahabat-sahabat mahasiswa. Kalau bukan kerana kesedaran yang timbul,tidak mungkin mahasiswa sanggup habiskan wang ringgit, masa dan tenaga serta mengambil risiko berdepan dengan keganasan "tentera topi merah" semata-mata untuk menyuarakan bantahan terhadap dasar kerajaan yang masih mengekalkan ISA.

Untuk membawa kembali zaman emas gerakan mahasiswa bukanlah dengan berpeluk tubuh sahaja.Banyak kerja yang kita perlu lakukan untuk mengambalikan sikap sedar dan peduli di dalam setiap jiwa-jiwa mahasiswa. Seadainya jiwa-jiwa ini tidak diisi dengan idealisme-idealisme perjuangan, nescaya akan terisilah jiwa-jiwa tersebut dengan perkara-perkara yang sia-sia dan sewajibnya bagi kita unuk menjadikan ISLAM sebagai pemandu kepada kebangkitan gerakan mahasiswa, bukannya Socialisme atau Nationalisme.Apalah makna kebangkitan itu sekiranya yang memimpin adalah bukan dari ISLAM.

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU