Minta maaf, I'm sorry, Asif,Sumimasen,Bianye


Sempena bulan mulia ini, aku memohon ribuan kemaafan kepada semua di atas setiap kesalahan yang aku buat sama ada sengaja atau tak sengaja. Nak mintak maaf nie bukan mase nak raya je. Bila kita buat silap dan sedar kesilapan tersebut, mestilah segera mintak maaf. Kalau buat salah dengan Allah tiada cara lain selain taubat nasuha. Kalau sesama manusia pula, mintak maaf sehingga insan tersebut memaafkan kita.

Post sebelum ini agak mencetuskan kontroversi dikalangan sahabat-sahabatku.Ramai juga yang menghantar sms semangat,tazkirah dan tidak sedikit yang risaukan keadaanku. Bukanlah tujuan post nak cipta kontroversi bahkan jauh sekali untuk mencapap (cari publisiti murahan). Tujuan utama hanyalah untuk mengajak semua merenung kembali saranan Rasulullah s.a.w kepada ummatnya untuk mengingati mati. Bukankah orang yang paling bijak itu adalah orang yang mengingati mati?

Dari Ibnu Umar R.A.

Nabi S.A.W. pernah di tanya, siapakah orang yang paling bijak wahai Nabi? Lalu Nabi S.A.W. menjawab, orang yang paling bijak adalah yang paling banyak mengingati mati dan bersedia menghadapinya.

Riwayat Ibnu Majjah.


Salah satu cara untuk mengingati mati ialah dengan menulis wasiat.Terpulanglah macam mana pun bentuk wasiat itu asalkan ada orang yang mengetahui wasiat tersebut. Antara isi kandungan wasiat aku ialah hutang yang belum selesai, permohonan maaf di atas dosa aku kepada individu tertentu dan pesanan-pesanan terakhir dan wasiat tersebut mestilah dikemaskinikan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Harapannya, waris aku atau sahabat-sahabat terdekat dapat melaksanakan wasiat tersebut setelah aku pergi meninggalkan alam fana'. Biar hal-hal dunia diselesaikan di dunia juga.Jangan tangguh hal-hal yang boleh diselesaikan di dunia ke akhirat. Jika tidak, kita juga yang merana di kemudian hari.

Apa-apa pun aku mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka-mereka yang menjagaku semasa 4 hari aku demam sama ada dekat atau pun jauh dan juga kepada mereka-meraka yang tidak putus-putus mendoakan kesihatanku. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa-jasa antum kepada ana.

Sepanjang seminggu aku dikuarantinkan,aku terpaksa melupakan tugas sebagai Programme Coordinator FASTRAIN ,Iftar Pimpinan Mahasiswa Perak (Pusat) dibatalkan kerana Programme Director(aku) tak dapat datang dan perancangan Bazar Ramadhan anjuran Entrepreneur Club pun menjadi kalam kabut kerana perancang utama adalah aku sendiri.Semuanya berpunca daripada aku. Hanya lafaz maaf sahaja yang dapat aku ungkapkan kepada semua sahabat FRC, Persatuan Mahasiswa Perak(Pusat) dan Entrepreneur Club.Semuanya di luar kekuasaanku.


Sebagai renungan, memandangkan dunia pada hari ini penuh dengan penyakit-penyakit yang boleh membawa maut, jangan sesekali mengabaikan kesihatan diri. Memang benar Allah berfirman yang bermaksud "setiap yang bernyawa pasti akan mati." Tetapi amanah Allah(meminjamkan jasad kepada kita) mestilah kita laksanakan sebaiknya dengan memastikan badan kita sentiasa sihat. Hal-hal bila dan di mana kita mati serahkannya seratus peratus kepada Allah. Tak payah kita pening-pening memikirkannya.

Marilah kita berdoa agar hidup kita diakhiri dengan husnul khatimah, bukannya suul khatimah. Ameen..

Comments

0 Responses to "Minta maaf, I'm sorry, Asif,Sumimasen,Bianye"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU