lawak minggu ini..


Kerajaan nafi program BTN berasaskan perkauman


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Biro Tatanegara (BTN) terlalu menekankan hak rakyat berasaskan perkauman sempit sehingga menyebabkan perpecahan antara kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata BTN sejak penubuhannya pada 1981, melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara.

"Terkini, BTN juga akan menumpu peranan kepada penerapan semangat gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ngeh ingin tahu sejauh mana kebenaran dakwaan itu, seperti yang tersiar dalam surat khabar The Star pada 22 Mei lalu, bahawa BTN terlalu menekankan hak rakyat berasaskan perkauman hinggakan ia menyebabkan perpecahan antara kaum.

Najib berkata, BTN berperanan dalam mempertingkatkan komitmen rakyat kepada wawasan dan usaha ke arah kecemerlangan negara serta mempersiapkan rakyat supaya menunjangi dasar negara ke arah pembangunan demi kesejahteraan bangsa.

"Setiap maklumat yang disampaikan kepada peserta kursus adalah berasaskan kepada fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit.

Beliau berkata, peserta program diberi kebebasan untuk menyatakan pandangan, idea serta pendirian semasa mengikuti program BTN dan tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan kaum bukan Melayu kerana perkara yang disampaikan berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan. - Bernama


Terhiburkan dengan lawak minggu nie. tak sangka, PM kita nie pandai wat lawak. Kalau ada video, bleh masuk funniest video.Mesti dapat rangking top 10.

Any Comment..???

Berakhir dengan harmoni.






Ramai dikalangan sahabat yang bertanya kenapa aku berpose dari menulis?? banyak sebab yang memaksa untuk aku berhenti seketika dari menulis dan tak perlulah aku nak jelaskan sebabnya. Cukuplah sahabat-sahabat yang rapat mengetahui.

Setelah berminggu-minggu rasanya PAS bergolak dengan isu UG, akhirnya perkara ini selesai juga dengan penuh harmoni.Diharap semua dikalangan kita tidak kira pimpinan atau ahli menjadikan isu ini sebagai tarbiah dari Allah s.w.t. Selama ini kita syok dan bertepuk tangan bila tengok UBN dan parti-parti komponen berbalah sesama mereka. Dan kali ini, Allah swt bagi ujian secara direct kepada kita. Jangan kita lupa, jika kita nak jadi pejuang Allah swt yang sejati, kita seharusnya melepasi ujian-ujian yang diberi kepada kita, seperti mana kaum-kaum yang terdahulu.Seandainya kita lepas saringan dari Allah swt, Insya Allah syurga menanti kita diakhirat kelak.

Allah berfirman :

"Wahai orang yg beriman, mahukah kamu AKU tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.Nescaya Allah mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai dan ke tempat-tempat tinggal yang baik didlm syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung" [61:10-12]

dan pada ayat lain, Allah berfirman :

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu(ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu?" [2:214]

beberapa pengajaran dan iktibar yang boleh kita dapat dari peristiwa bersejarah ini antaranya ;

1) Pentingnya tarbiah kepada semua peringkat.
Ketika isu UG hebat diperkatakan, ada sebahagian dikalangan kita yang bertindak melangkau adab-adab berjemaah. Tidak salah kita nak berdiskusi dan memberi pendapat terhadap sesuatu isu tetapi kalau sampai menghina pimpinan, mencerca dan memaksa pimpinan tertentu meletak jawatan dan sebagainya adalah suatu yang melampau. seolah-olah hilang thiqah kita kepada pimpinan yang kita sendiri lantik tidak sampai sebulan pun. Tulisan-tulisan di pelbagai blog yang aku lawati lebih bersifat emosi dan terlebih buruk sangka dari bersifat ilmiah. Kerana kurangnay tarbiah, ada dikalangan ahli yang keluar dari jemaah ini semata-mata kerana isu ini. Kita seolah-olah lupa yang berbeda pendapat adalah suatu perkara yang lumrah dalam kehidupan berjemaah. Ingin aku tegaskan, mengkritik tidak salah malah dibenarkan didalam Islam tetapi ketika kita mengkritik, jangan sampai hilang akhlak islamiyah didalam diri. Semua pihak harus menitik beratkan tarbiah didalam setiap roh-roh pejuang Islam supaya perkara begini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.

2) Pertingkatkan kefahaman berkaitan jemaah.
Didalam jemaah, siapa yang harus kita letakkan ketaatan(wala') yang tertinggi. Mursyidul Am, presiden or sekadar ketua cawangan. Perkara ini perlu di jelaskan kepada semua ahli supaya tidak timbul kekeliruan apabila berlaku arahan yang bertentangan antara satu sama lain.Apabila timbul isu, siapa yang layak untuk keluarkan statement. Bila masing-masing nak beri pendapat kat media, bukan dapat selesaikan masaalah, malah makin mengusutkan tali yang dah memang kusut pun.

3) Berhati-hati dengan strategi musuh.
Musuh sentiasa mencari lubuk-lubuk yang dapat menyerang kita. Adakalanya mereka bertidak secara redikal dan ada juga lembut je sampai kita sendiri tidak sedar serangan dari pihak musuh. Pimpinan juga seharusnya yang peka dengan serangan musuh terutamanya serangan dari wartawan. Merekalah yang akan bertanya soalan provokasi kepada pimpinan. Seandainya pimpinan masuk jerat yang dipasang oleh mereka, maka keluarlah statement-statement yang kurang manis didengar. Bukan itu sahaja, tektik berbaik-baik dan memuji pimpinan tertentu hanyalah untuk menambahkan lagi perpecahan dan menimbulkan lagi kebencian kepada pemimpin tertentu.

4)Pentingnya menguasi media
Us Hasrizal dah ulas pasal isu ini. Gie jelah baca kat blog die dalam tajuk
"Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan".




Cukuplah dengan 4 pengajaran yang aku bawakan. Semoga peristiwa ini mematangkan lagi ahli dan pimpinan dalam menuju tampuk pemerintahan. Keputusan dah dicapai dan mana-mana pihak tidak perlulah mempersoalkan UG lagi. Jika ada suara-suara sumbang yang cuba memecah belahkan ukhwah islamiyyah dikalangan ahli dan pimpinan, andalah yang sebenarnya musang berbulu ayam. Apa yang penting sekarang, rapatkan saf dan bersedia menghadapi PRK Manik Urai. Moga-moga Allah swt mengurniakan kemenangan kepada yang benar dan berilah kekalah yang mutlak kepada yang menyeru kepada kebatilan



"berpuasa" dari menulis buat sementara...!!!!!!!!

CIRI-CIRI KERAJAAN PERPADUAN- KENAPA KITA BERPOLIMIK??


CIRI-CIRI KERAJAAN PERPADUAN- KENAPA KITA BERPOLIMIK??
SELASA, 09 JUN 2009 | 15 JAMADIL AKHIR 1430H

oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Naib President PAS

Bila mana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternatif bagi rakyat.

Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada Presiden disamping mengikuti penjelasan darinya. Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan. Namun bagi mengurangkan sedikit polimik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang wujud dalam gagasan ini:

• Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “..dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir (kebaikan) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat. Kita mesti menyedari pembinaan Negara Perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat. Apakah al-bir dari sistem begini? Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dituntut oleh Allah, apakah ada di antara kita yang tidak inginkan kebaikan?

• Asas kedua ialah TAQWA. Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir (kebaikan sistem Negara) tetapi mestilah wujud elemen taqwa. Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara Perpaduan. Semua parti politik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat. Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara. Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia ke arah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan di hadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.

• Asas ketiga ialah kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sebuah kerjasama ke arah derhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat. Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar. Setelah lebih 50 tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat maksiat diberi ruang yang luas oleh pemerintah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala sosial, jenayah dan penyelewengan. Akibat negara yang tidak di asas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara Perpaduan. Apa makna perpaduan, kalau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk ke arah maksiat dan dosa.

• Asas keempat yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama ke arah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong wujudnya jurang antara kaum di negara ini. Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia. Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen ke arah permusuhan, samada di kalangan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap kaum akan merugikan negara. Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang Melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan Cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen gengstarism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke atas rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.

Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun. Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kemudian.
Wassalam.

unity government. Nak sokong ke tak nak???


Setelah sekian lama aku baca artikel dan komen-komen panas dari banyak sumber terutamanya blogger-blogger yang (mengaku bersama-sama PAS ) berkaitan dengan cadangan dari President PAS yang kita sayangi ini, eloklah kita imbas kembali sirah Rasulullah S.A.W.

Allah s.w.t dah lama habaq kat kita.

"Sesungguhnya, untuk kamu pada diri Rasulullah contoh ikutan yang baik...."
Dalam kitab Hayatus Shahabat karangan Syaikh Yusuf Kandahlawi, diceritakan
bahwa setelah perjanjian Hudaibiyah antara kaum Muslim dengan pihak kafir
Quraisy Makkah disetujui, sahabat Umar ibn Khaththab merasa keberatan.
Menurutnya, butir-butir perjanjian Hudaibiyah tersebut sangat merugikan
pihak kaum Muslim.

Umar ibn Khaththab dengan perasaan sedih mendatangi Rasulullah SAW, dan
berkata: "Bukankah engkau utusan Allah?" Nabi SAW menjawab, "Benar". Umar
bertanya lagi, "Bukankah kita berada di pihak yang benar sedangkan pihak
musuh kita berada di pihak yang salah?" Nabi SAW menjawab, "Benar". Umar
melanjutkan pertanyaannya lagi, "Lalu, mengapa engkau memberikan kehinaan
pada agama kita?"

Mendengar kata-kata tersebut, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya aku adalah
Rasulullah. Aku tidak akan melanggar (aturan/perintah) Allah, karena Allah
adalah pelindungku". Umar bertanya lagi, "Bukankah engkau telah mengatakan
bahwa aku akan melakukan tawaf pada tahun ini?" Nabi SAW menjawab, "Tidak".
Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan kata-katanya, "Umar, engkau pasti akan
sampai juga di Kakbah dan melakukan tawaf".

Karena belum puas, Umar ibn Khaththab lalu menemui Abu Bakar dan berkata,
"Abu Bakar, bukankah Nabi kita itu benar?" Abu Bakar menjawab, "Tentu
saja". Umar bertanya lagi, "Bukankah agama kita benar?" Abu Bakar menjawab,
"Ya, Benar". Umar melanjutkan lagi, "Jika demikian, mengapa beliau
memberikan noda pada agama kita?" Mendengar hal itu, Abu Bakar menjawab
dengan tegas, "Wahai manusia, sesungguhnya beliau adalah Rasulullah, tidak
akan melanggar perintah-Nya sedikitpun. Allah adalah pelindungnya. Karena
itu, taatilah perintahnya. Sesungguhnya beliau berada di atas kebenaran".
Lalu, Umar bertanya lagi, "Bukankah beliau memberikan janji kepada kita
untuk melakukan tawaf?" Abu Bakar balik bertanya, "Apakah beliau berjanji
melakukannya pada tahun ini?" Umar menjawab, "Tidak". Abu Bakar berkata
lagi, "Engkau akan sampai juga ke kota Makkah dan akan melakukan tawaf di
sekeliling Kakbah".

Sepulangnya kaum Muslim dari Hudaibiyah, Rasulullah SAW menerima wahyu yang
artinya; "Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada rasul-Nya tentang
kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (yaitu) bahwa sesungguhnya kamu pasti
akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah, dalam keadaan aman, dengan
mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedangkan kamu tidak merasa
takut. Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui dan Dia memberikan
sebelum itu kemenangan yang dekat." (al-Fath: 27).

Belum genap setahun perjanjian Hudaibiyah, kaum Muslimin telah menaklukkan
Makkah dengan aman. Sehingga bisa berhaji dan umrah dengan aman pula.
Nah, apakah kita kaum Muslimin masih sanksi atau ragu terhadap janji Allah
yang akan memenangkan Islam dan kaum Mukmin atas seluruh agama, sistem,
maupun ideology kufur lainnya buatan manusia (al-Fath; 28). Sebagaimana
Allah memenangkan pasukan Islam pimpinan Muhammad al Fatih, menaklukkan
Konstantinopel/Istanbul 700 tahun setelah Rasulullah mengatakannya.
Sekarang,tinggal bagaimana konsistensi kita dalam dakwah. Pastilah janji
Allah benar belaka.

So, sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi sekalian, dapat tak pengajaran dari sirah
Rasulullah s.a.w?? Kalau tak, dapat pandai-pandailah nak cari dengan menggunakan
padangan mata hati.


senarai penuh kepimpinan PAS 2009-2011

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT
DAN PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN
SESI 2009 – 2011


PRESIDEN : YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

TIMBALAN PRESIDEN : YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA

NAIB PRESIDEN (1) : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

NAIB PRESIDEN (2) : YB SALAHUDDIN AYUB

NAIB PRESIDEN (3) : YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR

KETUA DEWAN ULAMAK : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB

KETUA DEWAN PEMUDA : USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI

KETUA DEWAN MUSLIMAT : USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD

AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) : YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR

AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK

AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK

AHLI JAWATANKUASA KERJA (9) : MOHAMED HANIPA MAIDIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (10) : YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH

AHLI JAWATANKUASA KERJA (11) : YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (12) : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (13) : YB DR DZULKEFLY AHMAD

AHLI JAWATANKUASA KERJA (14) : YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (15) : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (16) : MAZLAN ALIMAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (17) : YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB

AHLI JAWATANKUASA KERJA (18) : YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA


PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – JAWATAN-JAWATAN UTAMA

SETIAUSAHA AGUNG : DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
BENDAHARI PAS PUSAT : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
KETUA PENERANGAN PAS PUSAT : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
KETUA PENGARAH PILIHANRAYA : YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN



PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (5) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – TAMBAHAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT

AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA
AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : HAJI MOHAMAD SABU
AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) : HJ MOHD ANUAR TAHIR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : HAJI ASMUNI AWI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD
AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : YB WAN UBAIDAH WAN OMAR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : HAJI AHMAD DOLLAH


PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 34 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – PESURUHJAYA PAS NEGERI


PESURUHJAYA PAS PERLIS : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
PESURUHJAYA PAS KEDAH : YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK
PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN
PESURUHJAYA PAS PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN
PESURUHJAYA PAS KELANTAN : YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
PESURUHJAYA PAS TERENGGANU : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
PESURUHJAYA PAS PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
PESURUHJAYA PAS SELANGOR : DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI
PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN : HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN : HJ ZULKEFLY MOHAMAD OMAR
PESURUHJAYA PAS MELAKA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
PESURUHJAYA PAS JOHOR : DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
PESURUHJAYA PAS SABAH : HAJI MUHAMAD ABDULLAH
PESURUHJAYA PAS SARAWAK : USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA

who's next..!!!!!!!!

Satu persoalan yang aku tinggalkan khusus untuk adik-beradik seperjuanganku. Baru-baru nie, seorang adik kesayangan kitorang baru sahaja melangsungkan walimah bersama zaujahnye yang tersayang. Memang benar, jodoh pertemuan segalanya ditentukan oleh Allah s.w.t. Biar pun sebaya dengan kitorang yang baru sahaja memasuki tahun terakhir pusat asasi uia, namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Buat pengetahuan semua adikku, Nur Amir Rahmat dan pasangannya, Rohaizat Rahmat bergelar suami isteri secara sah pada tahun lepas lagi. Disebabkan oelh kekangan masa dan masalah-masalah lain, walimah mereka terpaksa di tangguhkan pada minggu lepas. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Lepas nie, anta dah berbeza dengan kami. Subuh pun ada orang kejutkan (jgn sampai apa yang midi alami terjadi pada zaujah anta dah le hehehehe), nak mengaji ada orang boleh tasmi'kan, jika anta down dek menghadapi mehnah dan tribulasi perjuangan, ada peneman setia disisi. Semoga perkahwinan antara hafiz dan hafizah ini berjaya membentuk baitul muslim yang menjadi salah satu syarat untuk membentuk daulah dan khalifah islamiyyah.
amir dan kak ijat

perhh....

sabarlah taqim...hehehe

aii syrup, frust jugak ke???

barisan Kepimpinan dewan pemuda pas yang baru



Berikut adalah barisan penuh Exco Pemuda PAS yang baru.

Ketua Pemuda: Nasarudin Hassan

Timbalan Ketua Pemuda: Azman Shapawi Abdul Rani

Naib Ketua Pemuda: Ahmad Sabki Yusof

Exco yang dimenangi hari ini

Ustaz Riduan Mohamad Noor-197 undi
Ustaz Nik Mohamd Abduh Nik Abdul aziz - 194 undi
Ustaz Mohd Firdaus Jaafar - 176 undi
Ustaz Mohd Nazri Chik Zain - 165 undi
Suhaizan Kaiyat - 165 undi
Ustaz Nasir Zakaria - 152
Ustaz Kamal Ashari - 145
Kamaruzzaman Mohamad - 139 undi
Khairul Faizi Ahmad Kamil - 139 undi
Mohamad Adram Musa - 135 undi
Abdullah Abdul Karim - 127 undi
Dr Raja Ahmad Iskandar 126 - undi

Tahniah dan takziah di ucapkan kerana memikul beban sebagai pemimpin pemuda pas. Sesungguhnya, tak kala memegang sesuatu amanah, kita berada di antara syurga dan neraka. Andai amanah yang di pikul dilaksanakan dengan sedaya yang mungkin InsyaAllah balasan syurga menanti tetapi sekiranya amanah itu dikhianati, tunggulah azab siksa di akhirat kelak.

Kepada seluruh pendokong islam yang menjadikan PAS sebagai wasilah terutamanya pemuda, taatilah pemimpin yang baru dilantik. Tidak kira siapa yang menjadi pemimpin, arahan dan perintah mestilah di patuhi kecuali perintah yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

"Tidak adanya JEMAAH tanpa KETAATAN"

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU