My Facebook
IIUM Bloggers United

surah 104

hijri & masihi

Jom Solat Jemaah

murabbiku berkata:

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

"PAS-UMNO tak leh berjumpa, sebab Kita (PAS) lawan UMNO kerana UMNO ni bawa ilmu salah; ilmu sesat. mu (wahai UMNO) adalah ayah Pin"
(Ucapan Tok Guru Nik Abdul Aziz di Selangor pada 14 Jun 2008)
As-Syahid

Wasiat Hassan AlBanna
Asah Minda
-
Sensory Overload dan ADHD Dewasa6 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
My Future Life
-
SENARAI GRADUAN SESI 20168 years ago
-
-
-
Sponsored Links
Hadith Sohih
MALAYSIAKINI
Saifulislam.com
My Fav Team
perak 9
5 Februari 2009
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah
Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.
Assalamualaikum
Ampun Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampun Tuanku,
MERAFA’ SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Patik merafa’ sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi ADUN. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga ADUN berkenaan bukannya ADUN untuk kawasan-kawasan tersebut di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan Mahkamah dalam kes tersebut.
Ampun Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
Ampun Tuanku,
Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta Patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.
Ampun Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya;
Bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat
YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
4:46 AM | Filed Under | 0 Comments
perak 8
Oleh Zaharuddin Abd Rahman

ITULAH POLITIK
Kelmarin diberitakan Iran melancarkan satelit mereka yang pertama, tujuannya adalah semata-mata untuk perkembangan komunikasi. Namun berita-berita di UK sudah bersangka buruk dengannya, dengan memberikan gambaran Iran akan menggunakannya untuk tujuan ketenteraan. Isu tenaga nuklear sudah lama dibincangkan. Peliknya, mengapa Israel dibenarkan menggunakan dan menyimpan senjata nuklear, demikian Amerika, dan lain-lain Negara besar dibenarkan tanpa banyak soal boleh menyekat kebebasan sebuah Negara lain seperti Iran dan Korea. Mudah jawapannya, ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', orang kata ‘tidak adil' dan lain-lain.
Apabila terang-terang, Yahudi Zionis melakukan jenayah kemanusiaan apabila membunuh begitu ramai orang awam di Palestin. Mereka tidak dikutuk teruk, Presiden Obama dan sekutunya seolah-olah BUTA, dan terus mengemukan hujjah-hujjah yang kelihatan ‘amat kurang aqal' dan melucukan. Orang akan kata, ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil' dan lain-lain.
Apabila beberapa pemimpin dan ahli sebuah parti Islam yang menentang habis-habisan sebuah parti kebangsaan yang disebutnya kafir dan munafik. Tiba-tiba melompat ke parti yang dikatakan munafiq. Juga dengan ‘hujah tahap tadika'. Orang kata ..ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil' dan ‘jilat ludah sendiri' dan lain-lain.
Apabila seorang bekas ketua gerakan orang muda sebuah parti yang mendokong ‘perubahan' dan anti rasuah, dahulunya HEBAT ya AMAT HEBAT membantai beserta sumpah dan kotak-kotak bukti rasuah orang daripada parti yang ditentangnya. Tiba-tiba tidak semena-mena membawakan hujjah ‘tadikal lalu melompat kepada parti lawannya. Orang kata..ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil', ‘jilat ludah sendiri', ‘tiada maruah' dan lain-lain. Pedulilah apa orang nak kata.
Seorang wakil rakyat melompat parti dari A kepada parti B, dalam tempoh beberapa hari, apabila dirasakan keadaan tidak selamat bagi dirinya, melompat semula kepada parti A. Dikemukan beberapa hujjah ‘t tadika' juga. Lalu dirasakan dirinya telah berjaya menjustifikasikan tindakan ‘beraqal tadikanya'. Orang kata, ITULAH POLITIK!
Beberapa orang lagi, tidak melompat ke parti lain, tetapi melompat juga, melompat ke parti tiada cap. Diri sedang diteliti akibat kes-kes rasuah, termasuk rasuah seks. Tetapi seolah gentleman yang bijak pandai, menjustifikasikan tindakannya dengan hujah ‘tadika'. Tidak segankah mereka? Orang kata, ITULAH POLITIK! Tiada yang malu dalam politik? Semua boleh buat asalkan boleh manfaat untuk diri, peduli orang lain.?
BODOH SANGAT RAKYAT DI MATA AHLI POLITIK?
Tidak sedarkah individu-individu seperti yang disebut di atas, betapa hina mereka di sisi mata orang ramai?. Atau terlalu bodohkah orang ramai di mata mereka.? sehingga boleh didatangkan dengan hujjah-hujjah versi ‘tiada aqal', lalu tersenyum lebar menyangka semua orang masih menghormatinya luar dalam.
Sedangkan manusia yang reti, faham dan ‘ada aqal', memandangkan dengan pandangan busuk. Orang busuk sedang berjalan, orang busuk sedang bercakap, sedang menghadiri mesyuarat.
Kita kerap mengganggap POLITIK sebagai tiket atas segala kepelikan hasil perlakuan orang politik.
Seeloknya, jangan lagi diletakkan beban dan sebab kepada POLITIK apabila ingin melakukan sesuatu yang TIDAK BERMORAL, TIADA MARUAH dalam industri politik. Beritahu sahaja sedemikian.
"Saya rasuah sana sini, tipu sana tipu sini, buat ini, buat itu, lompat sana, lompat sini sebenarnya KERANA SAYA INI TIADA MARUAH, TIADA MALU DAN TAMAKKAN DUNIA "
Amati sekali lagi bagaimana politik Khalifah Umar al-Khattab r.a dalam tulisan saya sebelum ini. Betul, banyak dilakukan atas dasar politik, tetapi politik yang didasari malu terhadap Allah swt dan sedar rakyatnya punyai hak besar untuk meneliti dirinya.
Adakah ahli politik tidak perasan bahawa seribu satu macam jenayah mereka sebenarnya adalah 'open secret' di kalangan rakyat.? Cuma gagal di buktikan di mahkamah dunia sahaja, kerana itu masih bebas.
Lihat sahaja rumah ahli politik sebelum dan selepas, padahal gaji dan elaun sebagai ahli parlimen Malaysia hanya sekitar RM 10,000 dan ADUN sekitar RM 8,000.
Lihat pula rumah dan harta pegawai atasan kerajaan termasuk Polis. Cubalah jenguk dan tinjau rumah mereka dan lihat gaya hidupnya. Jika ada Umar al-Khattab, pastinya tercabut semuanya.
KERAJAAN NEGERI PERAK
Semasa saya menulis artikel ini, belum ada keputusan dari pihak Sultan sama ada untuk memperkenankan pembubaran DUN atau tidak. Namun, adalah sangat bijak jika diperkenankan pembubaran bagi menyapu bersih muka-muka yang tiada ‘malu' DENGAN PERLAKUAN SALAH MEREKA atau yang juga sedang merendahkan minda dan hak rakyat di negeri mereka.
Sangat elok kiranya, rakyat diberi peluang semula untuk memilih pemimpin mereka agar individu tiada parti diganti dengan yang ada parti. Yang melompat-lompat diganti dengan yang tidak melompat. Amat diharap DUN boleh dibubarkan. Ia saya kira keputusan yang terbaik di mata pemerhati awam khususnya saya.
Bagi saya, kes di Perak sebenarnya membuktikan betapa ‘TIDAK TAHU MALUNYA' sebahagian orang-orang politik di Malaysia. Seolah tidak lagi mereka mengendahkan perasaan, kebencian dan minda rakyat.
Tiada lagi malu untuk berbuat apa sahaja atas nama politik. Yang penting boleh dijustifikasikan walaupun dengan hujjah tidak beraqal.
INILAH POLITIK TIDAK TAHU MALU namanya dan politik hina dan membawa kepada kehinaan dan tiada maruah. Nabi s.a.w pernah menyebut kita PERLU MALU, kerana malu adalah agama, dengan terang lagi jelas baginda menyebut :-
إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى إذا لم تستح فاصنع ما شئت
Erti : Sesungguhnya, perkara yang telah diketahui ramai dari perkataan nabi-nabi awal dahulu adalah : Apabila kamu tidak lagi mempunyai perasaan malu, kamu buatlah ( akan berbuat) apa sahaja ( Riwayat Al- Bukhari)
Dan satu lagi :
الحياء خير كله
Ertinya : Perasaan malu itu semuanya (membawa) kebaikan (riwayat Muslim)
dan sebuah lagi hadis menjelaskan :-
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( استحيوا من الله حق الحياء ) ، قلنا : يا رسول الله إنا نستحيي والحمد لله ، قال : ( ليس ذاك ، ولكن الاستحياء من الله حق الحياء أن تحفظ الرأس وما وعى ، والبطن وما حوى ، ولتذكر الموت والبلى ، ومن أراد الآخرة ترك زينة الدنيا ، فمن فعل ذلك فقد استحيا من الله حق الحياء )
Ertinya : Ibn Mas'ud menceritakan : Rasul bersabda : berasa malulah dengan Allah SWT DENGAN sebenar-benar erti malu, sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah pun berasa malu itu Alhamdulillah,
Baginda menjawab : Bukan demikian, tetapi malu kepada Allah swt yang sebenar-benarnya adalah dengan menjaga kepalamu dan setiap apa yang di dalam pemikiranmu, menjaga perutmu dan setiap apa yang diingininya, dan perbanyakkan ingatan kepada mati dan kehancuran, barangsiapa yang inginkan Akhirat, bakal meninggalkan perhiasan dunia (tidak ditipu dengan kepentingan dunia), seseiapa yang berbuat demikian seperti disebut di atas, mereka telah malu kepada Allah swt dan melaksanakan hak ‘malu' ( Riwayat At-Tirmidzi )
AKHIRNYA
Akhirnya, buat diri saya dan semua warga Malaysia di mana jua kita berada, berperanan dalam apa jua jawatan dan kapasiti. Malulah dengan Allah swt, diri sendiri, orang ramai. malu dalam kejahatan, bukan malu untuk melakukan kebaikan.
Janganlah bermain dengan POLITIK TAK TAHU MALU!! Janganlah menjadikan tindakan TIDAK TAHU MALU sebagai strategi politik. Kerana ia memalukan kami untuk mempunyai pemimpin yang TIDAK TAHU MALU.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
8:37 PM | Filed Under | 0 Comments
perak 7
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Thu | Feb 05, 09 | 6:21:48 pm MYT
1.Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.
Iklan
2.Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain.Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: "Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri."
3.Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.
4.Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.
5.Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.
6.Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak.Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.
Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
"Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam." (Surah Al An'aam: Ayat 45).
8:29 PM | Filed Under | 0 Comments
Perak yang PANAS
Ini first time aku respon berkaitan dengan isu besar yang berlaku de PERAK. Selama ini aku hanya postkan artikelartikel dari pelbagai sumber. Sekarang tergerak hati aku untuk kome pulak. Sejak tertubuhnya kerajaan cmpuran yang dikenali Pakatan Rakyat pelbagai kejutan yang berlaku. Bermula dengan terlantiknya Menteri Besar di kalangan ahli Pas yang mana kita tahu, Pas di Perak, memenangi kerusi yang paling sedikit berbanding dengan parti-parti yang lain, kes rasuah melbatkan exco, rasuah seks melibatkan pegawai daerah dan sekarang, kerajaan PR hampir-hampir tumbang.
Apa yang berlaku bukanlah di rancang seminggu dua oleh BN. Sejak mula lagi, BN tidak henti-henti menyerang dan melancarkan provokasi bagi memastikan PR Perak lemah. Di Kelantan, Kedah dan P.Pinang, BN jarang-jarang menyerang kerana PR di situ sangat-sangatlah kuat dan sukar ditewaskan. Selangor juga seperti Perak yang sering di serang cuma tidaklah seteruk Perak pada hari ini. Sultan Perak telah mengarahkan supaya kerusi MB dikosongkan dan kini hanya menunggu keputusan mahkamah tinggi sama ada permohonan untuk mengadakan pilihan raya di 3 dun, Cangkat Jering, Jelapang dan Behrang. Kalau pemohonan di tolak, maka bertukarlah kerajaan.
Cuba kita teliti apa ayng tersirat di sebalik peristiwa ini.
1) Kedua-dua exco Perak yang menjadi talibarut BN mempunyai rekod mahkamah berkaitan dengan dakwaan rasuah yang masih dalam siasatan. Andainya mereka bersalah, sahlah bahawa parti yang penuh dengan rasuah hanya menerima ahli yang rasuah. Jika dakwaan ini digugurkan, terbuktilah kepada rakyat bahawa BN mengamalkan double stadard dalam isu kehakiman negara.
2) BN menjangkakan mereka akan kembali kukuh di Malaysia walaupun sudah kalah di 2 PRK, Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terangganu. Berpijaklah di bumi yang nyata. Rakyat khususnya rakyat perak memandang jijik dengan perbuatan merampas kerajaan melalui cara ini. Andai BN dapat membentuk kerajaan, berapa lama sangat mereka mampu bertahan? Adakah tiada lagi dikalangan YB BN yang akan berpaling tadah? Jika mereka mampu bertahan, tunggulah kuasa rakyat yang bakal menghukum BN secara total semasa PRU 13
3) Mungkin juga peristiwa ini memberi muhasabah kepada kita. Jika kita mengutuk tindakan BN ini, apakah pula pendirian kita terhadap 16 September yang dilaungkan oleh pimpinan tertinggi PR? Aku seranhkan kepada pembaca untuk memikrkannya.
كتب عليكم القتال وهو كره لكم وعسى أن تكرهوا شيأ وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيأ وهو شرلكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون
216. Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Sesungguhnya Allah Yang Maha mengetahui setiap sesuatu yang berlaku. Kita doalah yang terbaik untuk Islam seluruhnya.
TAKBIR..TAKBIR..TAKBIR
8:24 PM | Filed Under | 0 Comments
perak 6
PERAK PUN BOLEH MENANG LAWAN DENGAN BRAZIL
Salam Kamunting,
Bukan susah pun untuk pasukan Malaysia menang ke atas pasukan bola sepak Brazil. Kita hanya perlukan satu senjata yang ampuh. Rasuahkan pengadil!
Kitakan negara kaya. Setakat RM50 jutalah katakan, demi kegemilangan bola sepak negara, takkanlah kita tak boleh keluarkan sejumlah itu dari perbendaharaan negara untuk merasuah seseorang yang pasti boleh memberikan kemenangan kepada pasukan negara kita. Pengadil itu pasti akan menyertai kita dengan melayangkan kad merah ke atas 4 pemain ( 3 Melayu, satu Cina! ) Brazil yang pemain kita cederakan. Kemudian batalkan semua jaringan gol oleh Kaka atau Robinho dengan alasan off side atau foul atau sebagainya. Pada minit - minit akhir pun boleh, asalkan Malaysia kita dihadiahkan sepakan penalti setelah pemain Brazil dijatuhkan di luar petak penalti. Kemudian jika tendangan itu tersasar, ulanginya sehingga masuk GOLL!
Soal FIFA nak pecat pengadil, itu soal lain. Jadi pengadil sampai mati pun, dia takkan dapat wang sebanyak itu. Soal kemenangan itu ditarik balik, itu soal lain juga. Depan hari kita menang lagi, sebab kita banyak duit dan kita korbankannya demi kegemilangan negara.
Bukan kata Malaysia, Perak pun boleh kalahkan Brazil. Israel guna bom, kita guna rasuah. Israel membunuh beribu - ribu manusia, kita menghidupkan beribu - ribu manusia dengan rasuah! Israel zalim, kita adil.
Anda sedih dengan apa berlaku di negeri Perak hari ini? Juga esok?
Ya, semua yang menyanggah perumpamaan di atas pasti akan sedih dengan apa yang menimpa negeri Perak.
Dalam politik Malaysia, SPR adalah pengadil. Apabila SPR menyebelahi parti politik kerajaan dan menolak parti pembangkang, anda tentu tahu SPR telah curang dalam kerja dan amanah negara keatasnya. Tiada yang menjadikan mereka curang selain rasuah. Rasuah jawatan, harta, wanita, persahabatan dan macam - macam.
Kalau ahli politik boleh makan rasuah, mengapa SPR tak boleh. Mereka semua manusia. Binatang tak makan rasuah sebab sunnah tuhan ke atas kehidupan liar mereka, tiada rasuah diistilahkan. Bila manusia makan rasuah, mereka bukanlah binatang. Mereka manusia binatang yang lebih liar dan lebih hina daripada binatang. Jika mereka mayat, mereka bertukar jadi zombi!
Anda baca buku ‘La Tahzan’ karangan seorang ulama masyhur itu? Baca tak?
Jika belum, beli dan baca. Saya telah membacanya dalam teks asal Arabiyyahnya. Ayahanda juga telah membacanya sebab saya telah membacanya setelah saya mengambil buku itu daripadanya setelah dibacanya buku itu.
Jika anda telah membacanya, maka amalkannya.
Apa? ‘La Tahzan’. Jangan bersedih!
“Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.”
“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.
Jika anda menyokong pasukan Brazil, anda bersedihkah Brazil kalah dengan cara itu? Jika anda menyokong pasukan Malaysia, anda bergembirakah Malaysia menang cara itu? Tidakkan?
Jika anda yakin rakyat sedang berubah untuk menolak rasuah dan pemimpin rasuah, yakinlah kita pembangkang sedang berada di laluan tepat menuju kemenangan. Rakyat bersama kita dan kita bersama rakyat. Kuala Terengganu masih segar menjadi sumber kekuatan.
Jika rakyat pun menolak kita, janganlah juga anda bersedih. Jika tidak, anda termasuk dalam kalangan orang - orang yang tidak yakin dengan janjiNya. ( rujuk ayat di atas. )
Jangan bersedih. Kesedihan melambatkan kerja kita. Kerja kita adalah dakwah ilaLlah.
http://nikabduh.wordpress.com
8:22 PM | Filed Under | 0 Comments
perak 5

Nampaknya BN cuba merampas tampuk pemerintahan Pakatan Rakyat negeri Perak. Usaha-usaha cuba memaksa Nizar meletakan jawatan dengan menggunakan kuasa Istana nampaknya tidak berjaya setakad ini
Apa yang susah sangat? Kalau pihak berkenaan tidak mahu Nizar jadi Menteri Besar , tindakan yang perlu diambil hanyalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Kenapa mahu disuruh Nizar meletakan jawatan? Ada tiga cara atau tindakan supaya Nizar tersingkir sebagai MB
Pertama, dengan perkenan kebawah Duli Sultan DUN di bubarkan dan pihanraya negeri diadakan.
Kedua, Nizar secara sukarela meletakan jawatannya. Ketiga, hendaklah melalui usul undi tidak percaya terhadap Nizar dalam sidang dewan undangan Negeri
Nizar tentunya tidak akan meletakan jawatan dengan begitu begitu mudah.Mereka ada dua pilihan.Samada bubarkan DUN untuk membolehkan pilihanraya negeri atau melalui Usul Undi Tidak Percaya disidang Dewan Undangan Negeri.
Tetapi pelik sungguh; kenapa mereka takut membubarkan DUN dan biarkan rakyat membuat keputusan. yang adil?
8:19 PM | Filed Under | 0 Comments
PERAK 4
Isyy, tak sangka teman, boleh menang Pakatan Rakyat di Peghak ni!” kata Kulop Samad di kedai kopi.
“Itu lee, idok le teman boleh nak ngambokan yang UMNO BN ni boleh kalah di sini. Tak sangka ye!” balas Jakpo.
“Hai ya Allah, tu namanya keghoje Tuhan, tak sangka wakil rakyat PAS boleh jadi Menteri Besor. Tuah kita le nak nengok Haji Nizar jadi MB,” sampuk si Megat dalam diam-diamnya memasang telinga.
“Oi ya Allah, apa ke heenye si Nasarudin tu masuk PKR.? Bota, kome jangan buat main dengan Bota. Pening kepala mikiokannya. Tak sangka keme!” si Lijah pun nak sembang sama.
“Ya Rabbi… baghu je teman ceramah di Kampar hari tu. Tak sangka hari ni DUN dah bubar pulak wei,” Ostad Rizal pun berkerut dahi tenggelam punca.
TAK SANGKA MEMANJANG
Ate, apa ke heenya negeghi teman ni kengkawan wei. Dari dulu sampe sekaghang, tak habih-habih dengan TAK SANGKA nya. Tak sangka BN kalah, tak sangka pembangkang menang, tak sangka PAS jadi MB, tak sangka memanjang sampe le ke haghi ni…
Satu benda yang teman nak habo, kita yang nak Islam ni, Allah Taala dah suruh kita ni menerima perdamaian, bekerjasama dengan sesapa je yang nak kerjasama dengan kita. Kalau oghang nak berkawan, jangan cari pase ajak berlawan. Terima kawan, ajak duduk berbincang.
Tapi walaupun rame yang nak berkawan, sudohnya, yang bawak Islam tu selalu jadi pak tungge. Tingge soghang-soghang je. Sebab itu kalau kawan ngajak sembang nak lompat sana lompat sini, bergegeh nak ke Putra Jaya ke nak ke Parlimen ke, jangan ceghite kengkawan tu sampe kita lupa ceghite kita. Ceghite kita, ceghite nak muliakan Islam. Nak tolong agama Tuhan. Tukor-tukor kape ni ceghite orang pikio tak tentu hala. Tak tahu apa rujukan akhlaqnya.
Ini le ghopenye
TAK SIYO
Itu pasenye, masa oghang sibuk-sibuk nak melayan agenda 16 September dulu, teman tak siyo. Menolak tu idak le sebab sape teman nak menolaknye. Tapi tak siyo..
Tak siyo tu ialah, kalau jadi, tu ujian Tuhan nak nengok kita ni benor ke dah sampe masa nak ngambik alih yang di Pusat tu. Ghase teman, Peghok dengan negeghi-negeghi lain tu pun nyarih nak tumpo kita menjaganya. Oghang gasak sana sini siang malam. Depe sabor melayan BN berpuluh tahun, PR yang baghu 100 hari memerintah dah ditanye deme macam-macam. Gelojoh ngalahkan ape!
Tapi kalau 16 September tu tak jadi, teman takde ghase ape pun. Kita yang nak Islam ni ada keghoje kita. Keghoje mengelokkan oghang, membetuikan kepala hotak deme, bior paham Islam.
Itu pasenya, lepeh abih ceramah di Kampar hari tu, teman tak siyo nak ke Paghit melayan Abang Anwar ceramah menyambut si Datuk Nasarudin Bote tu… Kamu nak ikut PKR sile… teman ada keghoje teman. Kamu nak berkawan, keme kawan. Kamu nak meghepek, teman ada keghoje teman.
Masa oghang nak melompat parti masuk kape kite, semua rasa indah belaka. Tak sabor nak nengok buah masak sebelum musim. Ate sudohnya, oghang belah kite yang melompat ke sana. Yang baghu ‘berhijrah’ di Bote tu pun dah balik ke ‘Mekah’ dia balik weh. Ni Allah Taala nak ngajor kite. Politik tanpa akhlak ni kotor. Tukor-tukor parti ni keghoje oghang tak jelas matlamat. Namanye Kemuncup Dalam Perjuangan!
Teman idok le tahu apa hikmahnye bende semue ni jadi. Teman pun tengoh baca-baca, teman bukannya pande bebenor bab politik ni. Pesan oghang atas, jangan mudah percaya berita di TV, deme mutor belit tak tentu pase. Ate, keme memang tak pernah percaye pun cakap oghang TV, tapi cakap oghang internet, oghang kite, kena le cepat. Yang terhidang disuruh jangan percaya, tapi yang bebenornya idok pula senang nak mencarinye. Zaman ni sapa cepat dia dapat. Maklumat di hujung jari, teman yang balik ceramah pukui 1 pagi ni pun, tak maunya tidor sebelum menulih sesuatu.
Nak suruh percaya beghite sebenor, beghite sebenornya kene le cepat sampe wei.
KERAJAAN TAK STABIL KEPADA PEMBANGKANG TERKUAT?
Tapi supaya jangan ghase terkilan bebenor kalau Peghok ni balik ke belah sana, elok le kita ni banyakkan muhasabah. Tengok balik ape-ape yang tak kene. Depe yang peghange macam katak tu, mana nak membuatnya doh depe jenih itu. Tapi kita yang paham Islam ni, ace moh duduk elok-elok. Duduk atas bangku, bincang, duduk ateh sejadah bawak-bawak doa dan sembahyang.
Mintak petunjuk dari Die.
Semua yang jadi ni ada hikmahnya.
Nak bagi Islam menang, bukan mughah ghegenye!!!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2008)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
8:15 PM | Filed Under | 0 Comments
Perak 3
Oleh Mohd Khalil Abdullah & Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) -Kerajaan Pakatan Rakyat masih berkuasa. Tidak berlaku apa-apa. Semua seperti biasa.Demikian ungkapan pertama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi bagi menjelaskan isu yang sedang melanda negeri itu ketika ini."Kerajaan masih sah dan keputusan masih di tangan tuanku.
"Tuanku bertitah Allah bersama orang-orang yang sabar,keputusan tuanku masih belum buat,"jelasnya kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Menurutnya lagi, ketika ini urusan kerajaan akan berjalan seperti biasa.
"Segala aktiviti kerajaan negeri seperti biasa. Saya akan hadiri aktiviti majlis jubli Perak
Tuanku,"katanya lagi.
Tambahnya, beliau sebelum ini telah menghadap ke bawah tuanku untuk menjelaskan situasi politik semasa dan terkini kerajaan negeri.
"Kini terpulang kepada tuanku untuk membubarkan dewan. Pembubaran jika berlaku adalah perlu untuk memastikan satu pilihan raya seluruh negeri Perak dapat diadakan agar rakyat dapat memilih pemimpin yang benar-benar bersih,"jelasnya lagi.
Katanya, ketika ini keputusan adalah di tangan tuanku sultan dan baginda sedang memperhalusi isu yang berlaku dari sudut undang-undang.
"Rakyat diminta bertenang,tiada apa-apa huru-hara yang berlaku.Semua seperti biasa.
"Apa-apa pun tunggu keputusan Sultan dan keputusan tuanku adalah merupakan keputusan yang adil,"tambahnya.
Ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak,Nizar berkata,"Najib seolah-olah cuba merampas kerajaan secara tidak beretika."
Beliau juga berkata, isu Dato Nasharudin masuk Umno tidak timbul. Ini disebabkan, dakwaan Najib bahawa Nasharuddin menyokong BN boleh dipertikaikan kerana wujudnya unsur paksaan.
"Kaum keluarga sendiri buat laporan bahawa dia telah hilang. Dia dibawa dua orang yang dakwa Raja Muda ingin berjumpa tetapi pertemuan itu tidak berlaku.
"Saya cuba hubungi begitu juga dengan kaum keluarganya dan semua tidak berjaya,"jelasnya. - mks. _
12:53 AM | Filed Under | 0 Comments
Perak 2
Sekarang, bila saya dapat mesej atau panggilan, bertanya isu-isu pergolakan politik di Perak saya akan jawab layari blog saya. Blog ini kembali aktif selepas ini, Insya Allah.ISU 2 EXCOIsu hilang 2 exco bermula apabila kunjungan hormat Pengerusi PKR yang baru (tuan Hj Osman) kepada Menteri Besar di pejabat MB, beliau sebagai Timbalan Pengerusinya tidak hadir. Kali terakhir dia jumpa saya (tak ingat tarikh), beberapa hari sebelum hari mengundi Kuala Terengganu, sehari dua selepas saya balek dari Tanah Suci, beliau meminta saya rekomen pada YAB MB supaya permohonan balak syarikat rakannya diluluskan. Saya jawab Insya Allah. YB Osman juga tidak hadir dalam kunjungan tersebut.
YB Hee yang turut tidak dapat dikesan 2 hari sebelum ini, juga dapat dihubungi pada sebelah malamnya dan menyatakan komitmennya bersama Pakatan Rakyat.Setelah kesepakatan dibuat, MB buat kenyataan akhbar, 2 EXCO ghaib tanpa dikesan, MB membuat telahan ini kerja jahat BN yang mahu mencolek 2 EXCO tersebut bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.Pada malam Isnin semalam, Speaker membuat kenyataan akhbar, 2 EXCO telah meletakkan jawatan apabila beliau menerima surat perletakan jawatan di kediamannya jam 5.45 petang.
http://alhusseyn51.blogspot.com/
1:09 AM | Filed Under | 0 Comments
Perak 1

"Merujuk tulisan terbaru Mohd Sayuti Omar didalam blog beliau yang bertajuk Sah Dua Pilihan Raya Kecil Akan Diadakan di Perak
Selepas Speaker Dewan menyerahkan surat kepada Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) memaklumkan terdapat kekosongan kerusi bagi kedua dun berkenaan, SPR hendaklah mengadakan pilihanraya dalam tempoh 60 hari daripada sekarang.
Tentang hasrat kedua Adun berkenaan ingin mencabar kesahihan surat peletakkan jawatan tersebut, ianya bukan satu isu dan perkara tersebut tidak tertakluk dibawah bidang kuasa SPR, mereka boleh berbuat demikian di mahkamah.
Apa yang menarik disini, nasib Adun berkenaan dapatlah disimpulkan umpama lebai malang, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Dikala ini kedua Adun berkenaan sudah tidak berguna lagi kepada UMNO.
Selama ini mereka dipujuk, dirayu mungkin juga diugut menyertai UMNO atas dasar gelaran Yang Berhormat yang disandang. Namun sekarang mereka sudah tidak mempunyai apa jua pangkat dan juga kedudukan.
Kini mereka sudah tidak mempunyai nilai walaupun satu sen di mata Najib Razak, malah perbicaraan kes rasuah yang bakal dihadapi tidak lama lagi akan menjadi titik mula sebuah kehidupan ngeri di dalam penjara. Manusia yang tidak beramanah sepertimana kedua Adun ini rupanya dibayar ‘cash’ oleh tuhan diatas dunia lagi.
Bermakna, baik calun daripada Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional ianya bukan Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Othman Jailu. Inilah hakikat yang terpaksa diterima oleh mereka. Seandainya UMNO memenangi kedua-dua kawasan ini, hasrat Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Othman Jailu untuk mencabar kesahihan surat peletakkan jawatan Adun ke mahkamah akan menjadi angan-angan. UMNO mungkin mempercepatkan hukuman atas kesalahan rasuah dan akan memastikan mereka dihumban ke penjara atas kesalahan yang dilakukan.
Inilah nasib yang bakal menimpa mereka. Pilihanraya kecil di Dun Changkat Jering dan Behrang tidak dapat dielakkan lagi, sekiranya SPR berpegang teguh kepada undang-undang dan tradisi, mereka akan mengisytiharkan kekosongan kerusi Dun berkenaan seterusnya menetapkan tarikh penamaan calun dan pengundian di kawasan berkenaan.
Didalam hal ini ketelusan SPR amatlah diharapkan. Sebenarnya setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersendiri, pakatan yang dikatakan rapuh dikalangan PAS, PKR dan DAP, kini benar-benar sedang diuji dan dicabar.
Telatah dan gelagat dua Adun PKR ini sebenarnya memperlihatkan kepada umum tentang baik budi perilaku wakil rakyat dikalangan Parti Keadilan Rakyat. Pakatan Rakyat ibarat seguni padi yang belum ditampi untuk mendapat beras yang baik dan bermutu. Dua Adun ini yang telah melarikan diri daripada tanggungjawab dan amanah bolehlah diibarat sebagai antah yang tidak berguna dan tidak boleh dimasak.
Sebenarnya kita tidak tahu sebanyak mana lagi antah-antah berada didalam guni beras Pakatan Rakyat. Semoga Pakatan Rakyat sentiasa diberi hidayat dan petunjuk oleh Allah dan pemerintahannya di lima buah negeri sentiasa diberkati. Bagi kedua Adun iaitu Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Othman Jailu, ingatlah sepintar mana perancangan anda bersama Perdana Menteri dalam penantian di Pekan, anda sepatutnya lebih mengetahui, Allah adalah sebaik-baik perancang. Dan kini Allah sedang menunjukkan kepada kalian perancangan Dia.
http://kopicyber-kopi.blogspot.com/"
12:54 AM | Filed Under | 0 Comments
Perak oh Perak

Disini akan aku postkan ape-ape berita yang berkaitan dengan isu semasa yang berlaku ka Perak sehinggalah isu lompat melompat nie selesai. InsyaAllah aku akan amik dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.Jangan percaya sangat dakyah-dakyah dari puak-puak umno dan BN
11:39 PM | Filed Under | 0 Comments
PENTARBIAH YANG DITARBIAH

Mentarbiah dan ditarbiah dua benda sangat berbeza tetapi saling memerlukan. Nak tarbiah orang nie mudah je. Bagi arahan,denda peserta sikit-sikit, tinggikan suara dan kalau nak advance lagi rampas panji-panji peserta. Yang ditarbiah pulak dirasakan payah sebab kena ikut arahan committee, ada denda yang kalau langgar peraturan, tidak boleh mandi sungai seperti urusetia lain dan sebagainya.
Sebenarnya tugas mentarbiah orang adalah seribu kali lebih susah dan memeningkan kepala. Tugas seorang pentarbiah bermula sebelum program bermula lagi. Meeting sekurang-kurangnya sebulan sebelum program bermula, kena fikir modul apa yang sesuai untuk peserta. Nak cari duit lagi. Semasa program kena jaga kebajikan peserta, makan minum dan paling tidak best terlepas daripada mengikuti ceramah dan kuliah dek sibuk dengan tugas masing-masing. Lepas program kena follow up peserta pulak. Semua pengorbanan yang dilakukan oleh sang pentarbiyah hanyalah untuk melihat peserta dapat berhijrah dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya hidayah dan dalam masa sama diri yang mentarbiah ditarbiah juga. Walaupun bukan tugas manusia untuk member hidayah tetapi tidaklah bermaksud kita duduk dan berpeluk tubuh sahaja menunggu hidayah itu turun kepada kita dan orang sekeliling.
Rasulullah S.A.W pun berusaha bersungguh-sungguh sehingga mengorbankan harta dan menitiskan darah ketika peristiwa di Ta’if semata-mata untuk melihat masyarakat Jahiliyah di Tanah Arab disinari oleh nur-nur hidayah. Cubalah kita muhasabah kembali berapa titik peluh yang kita agar supaya nur hidayah kembali menerangi hati-hati masyarakat sekeliling kita???
Yang ditarbiah, mestilah mengikut dan wala dengan bersungguh-sungguh segala arahan dari committee kerana disitu dan hikmahnya yang tersembunyi. Mungkin semasa program, peserta selalu mempertikaikan arahan dan tindakan yang kadang-kadang diluar jangkaan pemikiran seorang yang waras seperti makan nasi kosong dengan ikan masin, tukar baju dalam masa 10 saat, cium pokok dan lain-lain. Percayalah, selepas ini anda akan mengetahui hikmahnya.
Tetapi bukan semua yang mentarbiah rela ditarbiah. Bukan main susah nak ajak orang-orang begini untuk mengikuti program-program. Lebih mudah mengajak orang-orang yang kosong dan dahagakan ilmu berbanding orang yang baget ilmu dah penuh didada dan rasa tidak perlu ditarbiah. Sikap yang ditonjolkan oleh si pentarbiah menunjukkan selama ini, mereka tidak ikhlas mentarbiah manusia kerana Allah s.w.t
Akhirnya seinfiniti terima kasih aku tujukan kepada individu-individu tertentu yang banyak mentarbiah aku sejak aku lahir hinggalah sekarang yang bakal meninggalkan alam belasan tahun. Andainya Allah tidak gerakkan hati mereka, mungkin sekarang aku tengah menjadi doktor di lorong-lorong gelap atau Valantino Rossi di jalan-jalan kampong, dan lebih teruk lagi menjadi bapa kepada anak-anak yang tidak ada sijil beranak.
Allhamdulillah kerana Allah S.W.T telah menjadikan aku seorang “manusia” dan bukannya syaitan bertopengkan manusia. Semoga hidayah Allah akan terus bercahaya dihati ini sehingga ke akhirnya..
4:54 PM | Filed Under | 0 Comments
Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar
Kembara Ilmu
2) SAR Nurul Islam Taiping Perak
3) Sk St George 1 Taiping Perak
4) SK Kg Jambu Taiping Perak
5) SMK King Edward 7 Taiping Perak
6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak
7) SBPI Gopeng Perak
8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)
9) SEPAKAT Driving Car
10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor
11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka
12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor
13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir
14) Dietetic IIUM Kuantan
Ar-Rijal
-
-
Nota Buat Guru 187 years ago
-
-
Magik (2016)9 years ago
-
-
-
-
-
Dosa Seorang Rokes.10 years ago
-
-
-
Di sebalik gopoh11 years ago
-
Silap menyelami minda muda11 years ago
-
-
-
-
-
Hakikat di akhir kehidupan...13 years ago
-
-
-
-
-
-
[r.e.s.u.l.t.] KEPUTUSAN PENUH PRK UIAM14 years ago
-
-
Lemah tenaga14 years ago
-
-
sehebat dentuman guruh15 years ago
-
-
-
-
-
-
-

Al-Fatayat
-
-
Istikharah Cinta11 years ago
-
Widyatama Blog Contest Terbaik !11 years ago
-
We miss all of you11 years ago
-
-
Ikhlaskah kita?12 years ago
-
:: Nur ::12 years ago
-
Jatuh Bangun12 years ago
-
-
Sembang pagi13 years ago
-
Blog oh blog..13 years ago
-
-
-
-
-
-
Kedai Kopi
Pengunjung
Popular Posts
-
Program hujung minggu yang meletihkan tetapi berbaloi..!!! Sepanjang hari Sabtu berkampung di Jengka 19, berkempen untuk Dato Tuan Ibra...
-
Komputer di bilik aku yang rosak sejak beberapa bulan akhirnya kembali berfungsi.Aku explore semahu-mahunya komputer nie, buka balik file-fi...
-
Semua sedia maklum, tidak siapa boleh menilai iman seseorang sama ada dia beriman atau pura-pura beriman. Namun, kita sendiri boleh meni...
-
Allhamdulillah, malam tadi dapat belajar serba sedikit ilmu tentang sistem-sistem Islam secara direct dengan Ustaz Zaharuddin Muhammad ...
-
Gambar menceritakan segala-galanya.. Tidak perlu berjuta-juta untuk sambut Ulama'.. Cukup sekadar menjamah seperti rakyat biasa.. bukan ...
-
Sahabat-sahabat besar Rasulullah saw seperti Abu Bakar ra,Umar al-Khattab ra, Abu Ubaidah Al-Jarrah ra serta sahabat-sahabat dari Ansor be...
-
Secara automatiknya teringan mase aku amik result.. 7 Tahun yang lepas..!! Disebabkan mase tue aku tak ada lesen keta, jadi aku, Asyra...
-
Manusia juga sering mencari nahas semasa sahabat dengan membuat perbandingan: 1. 'siapa yang berkorban lebih banyak untuk siapa'...
-
Mungkin ramai yang mengenalinya sebagai Ustaz Selebriti, tetapi aku mengenalinya 5 tahun lepas sebagai seorang Murabbi,abang dan teman y...
-
1.Bila kita di kampus, kita rasa nak balik rumah.. Selepas belajar tungkus-lumus selama 14 minggu, akhirnya cuti sem bermula dan dapat...