Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia

Sudah lama rasenya blog nie ditinggalkan bersawang, habuk sana-sini, taik cicak bertebaran dan telur-telur lipas disebalik perabot-perabot yang hanya tunggu masa untuk menetas je.Keadaan semakin parah bila mana aku mula berjinak-jinak dengan 'buku muka'.

Nasib baiklah aku nie jenis yang mudah boring. 'Buku muka' sudah tidak mampu untuk memberi 'keseronokan' yang maksimum kepada aku.Tambahan pula, ia turut menyumbang kemerosotan aku dalam exam lepas. Sebelum nasi menjadi bubur, baik aku kurangkan ber'buku muka'. Nasi kalau jadi bubur, boleh makan lagi, but jika result aku jadi 'bubur', jawabnya makan penamparlah.

Anda tahu Pau Ahmad?Pernah merasa kelazatan pau ini?

Saksikan(baca) pendedahan exclusive oleh songkokputih.


Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah gerai, semasa hendak membayar minuman tersebut saya terlihat ada dua gerai yang menjual pau, jika tidak silap satu pau tersebut di tulis Pau Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad.

Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan bagi membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.

Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk-produk halal kepada usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD. Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang. Bila masuk je yang menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh, alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak famous juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.

Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan kami maklumkan kepada beliau yang kami nak jumpa Boss, dia agak hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher. Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang nak tengok, tetiba keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia adalah pengurus kilang.

Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut dan semua pekerjanya (ofis) adalah cina. Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi kemana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa En. Ahmad bawa Boss keluar.

Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi itu Boss sapa nama? Alamak.... Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang Ustaz Ridzuan. Rupa-rupanya Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia. Aduh terkena lagi sebiji...

sedikit perkongsian...

Hari tu ada tgk dokumentari kat NTV7 dlm bhs cina.. ttg bagaimana usahawan cina nak berjaya kat M'sia ni..

Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. mmg terkejut la tgk dari boss sampai pekerja yg buat pau tu semua bangsa cina..

Mainpoint yg rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M'sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal.

Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal..

Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam...

Ntah la.. rasa nak marah pun ada... rasa tertipu pun ada... tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M'sia ni mmg pengasasnya Cina.

So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti...



Aku bukanlah nak bawa sentimen perkauman kat sini. Cuma nak kita sama-sama berhati-hati dengan setiap makanan yang kita ambil especially fast food. Memang benar ada yang mengatakan JAKIM yang akan dapat dosa jika makanan yang dicop halal oleh mereka sebenarnya HARAM..!!!!!!!.Walaubagaimanapon, makan tersebut tetap menjadi darah daging kita.


Teringat kembali bacaan ku dalam Ihya 'Ulumuddin karya Imam al-Ghazali tentang kesan makanan yang haram kepada zuriat iaitu anak-anak :

“Jika kita ingin anak kita menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah ia makanan daripada rezeki yang halal sejak mereka dilahirkan. Makanan yang halal selain daripada menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan mental mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya anak akan menjadi derhaka terhadap kita jika ia diberi makanan yang kotor"

sabda Rasulullah s.aw yang bermaksud:

“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” (HR at-Tirmizi).

Dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali ra, Nabi saw ada bersabda yang bermaksud:

"Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah”.

p/s : belajar-belajarlah masak sendiri. Bukan sahaja diyakini halal, bahkan jimat wang ringgit. Mudah di dunia, selamat di akhirat.




Comments

1 Response to "Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia"

k u f a i z said... November 11, 2009 at 2:03 PM

um. pkongsian y bmnfaat. moga2 lpas ni mkin ramai lg syarikat y sprti HPA mnguasai industri2 pmkanan di malaysia ini,. amen

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU