Berapa lama 50 ribu tahun tue?



1.Bila kita di kampus, kita rasa nak balik rumah..

Selepas belajar tungkus-lumus selama 14 minggu, akhirnya cuti sem bermula dan dapatlah kita balik, cium mak dan peluk abah...

2.Bila kita di rumah pulak, rasa nak pulang ke kampus. Nak jumpa kawan-kawan, lecturer, dan makcik dan pakcik guard terchenta.

Setelah penat golek-golek kat katil, tolong mak kemas rumah dan kerje part-time, akhirnya cuti pun semakin berakhir dan tak lama lagi kita akan melangkah kembali ke kampus..

3.Rasa baru sahaja daftar masuk, taw-taw dah masuk tahun ke 3 dah. Begitulah sunnah dunia. Setiap yang bermula, pasti ada pengakhiran. Cuma sekejap atau lambat sahaja.

4. Namun, di akhirat nanti, masanya tidaklah sama seperti di dunia. Masanya terlalu panjang tak tercapai oleh akal.

"Malaikat2 dan jibril naik(menghadap) kepada Tuhan sehari yg kadarnya lima puluh ribu tahun."  [Al-Ma'arij:4]

Ayat ini menjelaskan mengenai para malaikat dan juga Jibril a.s yg saban hari menghadap Tuhan,kadar masa bagi 1 hari di alam malaikat itu ialah 50,000 tahun. Demikianlah bandingan masa bagi satu hari yang ditempuh oleh para malaikat bersamaan dengan 50 ribu tahun

5. Lamakan? Sekiranya kita diberi nikmat, maka nikmat tersebut akan berkekalan lamanya. Bagaimana pula sekiranya kita diazab oleh Allah, sanggupkan kita menahan pedihnya azab Allah dalam jangka masa yang tersangatlah lama?

6. Kena ekzos moto selama 15 saat pun dah tak sanggup, inikan pula azab yang tidak tergambar pedihnya.

7. Maka manfaatkanlah masa yang berbaki untuk minta kerahmatan, keampunan dan pembebasan dari api neraka.Selagi nyawa kita dikandung badan,ketiga-tiga pintu sentiasa dibuka kepada hambaNya walaupun setelah berakhirnya Ramadhan.

“Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (az-Zumar: 53)

Selamat beribadah pada malam-malam terakhir Ramadhan

Comments

0 Responses to "Berapa lama 50 ribu tahun tue?"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU