Annual General Meeting HEALS [2010/2011]





Semakin menghampiri hujung tenure, segala kekilafan dan tanggungjawab yang tidak tertunai aku mohon keampunan kepada Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang.. 

Haq-haq yang masih tidak di laksanakan, aku mohon ribuan kemaafan.Kerana aku juga manusia seperti kalian




Jemput kepada semua warga HEALS.Jadilah kita mahasiswa yang 'educated',bukan hanya sekadar pemerhati dan pengumpat dari jauh.

Tarikh : 8 Disember 2011
Tempat : Lecture Hall 1 KAHS
Masa : 7.00pm-11.00pm

Amalan 'Asyura


oleh Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre

Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.
Jawapan:
Selang beberapa hari lagi, kita akan berjumpa hari 'Asyura' (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha' berkaitan 'Asyura'.
1. Bilakah 'Asyura'?
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram.Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.
2. Bila Sunnah Puasa?
Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.
3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.
4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.
5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.
6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).
7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.
8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.
9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.
10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?
Do'a dibaca pada hari 'Asyura'
11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."
Wallahu A'lam

Bini Kau, Bini Ku juga..~


Ada juga yang kena C4 lepas nie..~

Mana yang menarik..??

100% produk bumiputera


ATAU

100% Produk Import

Caution..!!!
Pastikan anda tidak menontot video ini sebaik sahaja sahur atau berbuka.Dikuatiri makanan tersebut keluar kembali dan mengotorkan destop/laptop anda..!!

1 Malaysia..


 Made in China??lol



Suitable place for One Malaysia..




yeah, now everybody can become Malaysian Citizen..

Sudahkah??


1.Sudahkan kita rancang kehidupan 24/7 dalam Ramadhan dengan aktiviti yang mendatangkan Redha Allah?

Bila masa dengan Quran
Bila masa dengan keluarga
Bila masa dengan fakir miskin
Bila masa dengan Allah s.w.t

2.Sudahkan kita susun jadual untuk berdamping dengan peneman hidup dikubur?

Jadual tadarus?
Jadual mengulang?
Jadual terjemahan?
Jadual tafsir?
Jadual ulum Al-Quran?

3.Sudahkah kita bersiap-sedia dengan persediaan Rohani,Fizikal,Material dan Mental?

Terima kehadiran dengan kesyukuran?
Sihat tubuh badan?
Kurma sebagai sunnah juadah berbuka?
Khatam hukum hakam puasa dan zakat fitrah?
Tahu kelebihan-kelebihan Ramadhan dari sumber shahih?

4.Sudahkah kita memohon doa supaya ditemukan dengan Lailatul Qadar?


Sudah practise berpuasa?
Sudah practise tahajud?
Sudah practise berlapar?
Sudah practise menjaga pancaindera?
Sudah practise banyak bersabar?

Kurang-kurangkanlah diri di shopping complex dan bazar Ramadhan.Ringan-ringankanlah diri beriktikaf di masjid. 

Diam lah....!!!!!


mula-mula "damn liar" sebab suka menipu rakyat
kemudian "diam lah" sebab suka benar berjanji tapi jarang tunaikan..

damn liar = diam lah

Warm up b4 Ramadhan Kareem


Penting kepada pemain bola sepak untuk warm up sekurang-kurangnya 1 jam sebelum perlawanan bermula untuk mempersiapkan stamina dan fitness untuk menghadapi perlawanan lebih 90 minit. Sekiranya pemain mengabaikan warm up, besar kemungkinan pemain pancit sebelum tamat separuh masa pertama.

Nampak macam pelik bukan? Kalau pandangan orang bukan dibidang sukan mesti mereka merasakan badan perlu  berehat untuk mendapat tenaga secukupnya, bukannya dibazirkan untuk warm up. 

Begitu juga amal ibadah 1 Ramadhan bukanlah hari pertama kita bertahajud, berpuasa, solat jemaah dan solat malam bahkan ahli ibadah pertingkatkan beribadah dibulan Rejab dan Syaaban. 

Syaaban sudah pun berlalu 15 hari, manfaatkan hari-hari yang tersisa.Jangan ditunggu bulan Ramadhan untuk beribadah kerana tiada sapa yang boleh memberi jaminan adakah kita mampu untuk bertemu dengan Ramadhan atau kita kembali kepada Allah dahulu. 

Mudah-mudahan Allah pertemukan kita dengan bulan yang mempunyai hari yang lebih baik dari 1000 bulan dan bulan yang digandakan amalan-amalan hamba-hambaNya.


Pengisian Malam Nisfu Syaaban

1.MP3 Tazkirah Nisfu Syaaban oleh Hafizahullah Tuan Guru  Nik Abdul Aziz Nik Mat disini
2.Risalah Malam Nisfu Syaaban(pdf) oleh Syeikhuna Ustaz Muhadir Joll disini 




Menjiwai perasaan Najib Razak



Baru aku mengerti kenapa Najib Razak mengarahkan polis bertindak ganas terhadap pendemo.


Barang kepunyaan aku kini cuba dirampas oleh sekumpulan makhluk Allah. Secara tiba-tiba, mereka cuba untuk mengambil alih harta aku tanpa berunding dahulu. Paling tidak pun, hantar sms pun dah kira ok. Aku bukanlah kejam sangat, kalau permintaan menguntungkan kedua belah pihak, aku tak ada masalah untuk setuju.




Perlukan aku bertindak seperti FRU untuk menyuraikan mereka??? 

Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS

Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?"  Saya menuding jari ke depan.  Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan.  Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu.  Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu?  Berarak adalah hak kita.  Mengapa pula saya takut?  Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.


Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda.  Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan.  Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap.  Saya tahu beliau cuba menakutkan saya.  Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.


Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka.  Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka.  Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu.  Ya, saya rasa sangat selamat.


Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang.  Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang.  Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib!  Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!


Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi.  Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan.  Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami.  Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA?  Pemuda UMNO?  Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.


Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!"  Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama.  Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.


"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!"  Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan.  Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda.  Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka.  Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi.  Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.


Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak.  Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.


Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin.  Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya.  Tidak berhenti kami bertepuk tangan.  Kami menjerit sepuas-puasnya.  Saya nampak ramai yang menakung air di matanya.  Saya amat terharu.  Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang.  Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!


Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!


Kami berkumpul di depan Menara MayBank.  Saya tak dengar apa yang diucap pemidato.  Tapi saya hanya seorang penyokong.  Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.


Kemudian saya mendapati trak FRU.  Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu.  Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru.  Saya rasa macam tersengit.  Baunya sangat tidak menyenangkan.  Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya.  Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya.  Ada pula yang memberi garam kepada saya.


Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.


Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank.  Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi.  Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua.  Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"


Saya berehat seketika.  Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan.  Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana.  Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun.  Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!"  Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....




Matlamat sama..
Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami.  Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama.  Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"


Nota:  Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS.  Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat.  Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.


Terima kasih, sahabat semua.  Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama.  Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.


Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.


*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. MerdekaReview akan memilih beberapa lagi tulisan untuk diterjemahkan, dan mengalu-alukan tulisan daripada pembaca. Sila email kepada editorial_bm@merdekareview.com. Terima kasih.

Rugi Juta-Juta


Polis nak tangkap atau selamatkan??


Mah..mah..mah..mah..mah..

Inilah kesannya bila rakyat tak paham  matematik.Sasterawan negara terpekik-pekik mintak mansuhkan PPSMI dan perkasa mantapkan bahasa Inggeris hangpa buat bodoh.Matematik mudah pun rakyat fail, apatah lagi kalau suruh rakyat kira berapa bilangan simen yang diperlukan untuk buat stadium Terangganu.

Aku pun pernah berniaga, lebih dari 10 tahun aku menceburi bidang business sama ada secara online atau face to face with costumers. Aku taw kl adalah lubuk business, jual nasi kosong pun boleh laku gak.Tapi kalu kata untung sampai 5 angka sehari,nampak sangat menjilat. Nak jilat sikit-sikit bolehlah,sampai faces penjajah pun hangpa nak jilat sekali.


KUALA LUMPUR 10 Julai - Kira-kira 5,000 peniaga kecil dan sederhana sekitar ibu negara dilaporkan terjejas kerana perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) semalam, dengan kerugian dianggarkan RM100 juta.

Berikutan itu, lebih 100 laporan polis dibuat golongan berkenaan sejak semalam sehingga hari ini bagi menuntut hukuman ke atas penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga.
Daripada jumlah itu, seramai 146 peniaga kecil di sekitar Masjid Jamek terjejas kerana terpaksa menutup premis masing-masing bagi mengelak kejadian yang tidak diingini ketika peserta penganjur mula berarak di kawasan tersebut.

Menurut Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah, nilai kerugian itu diperoleh daripada anggaran keuntungan RM10,000 setiap hujung minggu bagi seorang peniaga.
Sehubungan itu, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihaknya menawarkan khidmat guaman percuma untuk membawa semua tuntutan kerugian peniaga ke muka pengadilan.

"Khidmat itu dikendalikan oleh tiga peguam dan peniaga-peniaga yang terjejas boleh membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak Ikhlas supaya tindakan undang-undang boleh diambil.

"Ikhlas turut menyediakan satu bilik gerakan sementara di Masjid Jamek atau boleh menghubungi pihaknya di talian 019-2066666 yang akan beroperasi dalam tempoh sebulan mulai hari ini," katanya pada sidang akhbar di Masjid Jamek, di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan akan menyerahkan satu notis pemberitahuan berhubung perkara berkenaan kepada Ambiga pada minggu depan.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di lokasi tumpuan orang awam dan pelancong luar negara mendapati rata-rata peniaga mendakwa kerugian besar kerana terpaksa menutup kedai mereka semalam.
Seorang peniaga aksesori yang sudah enam tahun berniaga di Masjid Jamek, Mohd. Riduan Abdul Rashid, 29, berkata, dia akan membuat laporan polis supaya tindakan akan diambil terhadap Ambiga kerana premisnya terpaksa ditutup ekoran kekecohan perhimpunan haram tersebut.

"Pihak penganjur mementingkan diri dan agenda sendiri tanpa memikirkan periuk nasi orang lain terjejas akibat tindakan itu.

"Bayangkan tiga pekerja saya yang dibayar gaji hari terpaksa pulang kepada keluarga masing-masing tanpa satu sen pun semalam," katanya.

Seorang peniaga topi, Nani Ahmad mendakwa perasaan cemas dan takut timbul apabila peserta perhimpunan haram mula berarak di sepanjang jalan di ibu negara semalam.

"Oleh itu, saya terpaksa menutup premis malah ada pelancong marah kerana urusan mereka ke negara ini turut terjejas.

"Sebagai rakyat, saya rasa amat malu dan kecewa dengan pandangan bangsa asing terhadap negara kita," katanya lagi.

Menurut seorang peniaga, Mohd. Nor Salleh, 80, yang juga seorang bekas tentera, dia akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur Bersih.

"Jika tiada tindakan diambil, saya bimbang pihak penganjur tidak serik dan mengulangi perhimpunan haram pada masa akan datang.

"Selain mengalami kerugian yang dianggarkan RM6,000 semalam, keadaan perhimpunan amat menakutkan dan lebih dahsyat daripada zaman komunis yang pernah saya lalui," jelasnya.

Seorang anak kepada pemilik kedai, Suzie Diana Ramli, 16, berkata, dia tidak dapat membantu bapanya semalam kerana kedai terpaksa ditutup.

"Hanya enam kedai dibuka semalam mungkin kerana terdapat beberapa sekatan jalan raya di ibu negara, namun selepas tengah hari semua kedai dilihat tidak beroperasi termasuk kedai bapa saya.

"Ketika peserta Bersih mula berhimpun dan keadaan semakin kecoh, orang ramai serta peniaga mula mencari lokasi selamat seperti di dalam bangunan berhampiran bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya lagi.

Sumber:Utusan Malaysia

Kebanyakan kedai tutup sejak subuh sehingga 4.30 ptg(demo selesai di KLCC) ,maksudnya tidak ada peniaga yang rugi disebabkan oleh kerosakan asset atau sumber perniagaan.Beerti, kerugian 100 juta adalah kerugian kerana mereka tidak berniaga separuh hari sabtu.

Kita kira sama-sama

100juta/5000 peniaga = RM20,000

Waaaawwww…!!!

Peniaga kecil dan sederhana secara purata memperolehi untung bersih sebanyak Rm20,000..

Jual apa sampai untung sebanyak ini? Jual goreng pisang? Baju bundle? Beg ? Kedai makan?

Agak-agaklah wei..Orang-orang yang interview termasuk IKHLAS terang-terang menghina daya intellectual rakyat Malaysia.

Kalau betol untung banyak nie, baik aku buat part time business tiap-tiap hari sabtu jam 8.00pg-4.30ptg di KL. Aku berniaga  4 hari sahaja dalam sebulan sudah cukup untung mendapat keuntungan sebanyak Rm80,000..Patutlah harga kereta Proton mahal nak mampus, sebab rakyatnya yang bekerja sebagai peniaga kecil dan sederhana mampu untuk buat bayaran secara cash..!!!

kedai-kedai yang ingkar dengan arahan POLIS supaya kedai mereka ditutup.










Agak-agak berapa untung kedai dalam gambar??Hampir kesemua adalah kedai mamak,kedai cina dan kedai serbaneka. Kedai melayu aku nampak satu je, yang buka kat masjid india, kedai jual kopiah,tasbih dan barang-barang sunnah. Kedai melayu lain sume tutup.Sama ada mereka terlibat sekali dengan BERSIH atau mati-mati kena tipu dengan PDRM..

Betollah kata pepatah melayu moden

Biakap senohong gelama ikan duri, 
Bercakap bohong lama-lama jadi menteri

Warga Asing Pertahankan Maruah Malaysia


PEACE..!!!sangat patriotik




Patriot cawangan bangladesh..inilah barisan penyelamat Malaysia 



MUSUH NEGARA.



Dok rumah main dengan cucu-cucu dahlah pakcik oiii..



Wanita mengandung pun sebok nak jadi musuh negara



Layanan yang setimpal untuk musuh negara..




Srikandi harapan MALAYSIA...!!!!


gambar-gambar lain boleh ke sini

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU