Menurut rekod pada tahun 2008 sahaja kerajaan Pusat mengutip sejumlah RM2.37 billion hasil dari aktiviti perjudian yang dilesenkan termasuklah kasino (iaitu hampir dua kali ganda dari Bajet Selangor 2010 iaitu sebanyak RM1.3 bilion).
Sebagaimana dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan pecahan hasil yang diperolehi dari syarikat-syarikat judi berkenaan adalah Genting RM949.8 juta (lebih dua kali ganda dari hasil cukai yang dijangka untuk Selangor 2010 iaitu RM460 juta), Sports Toto RM509.74 juta, Magnum RM396.5juta, Pan Malaysia Pool RM270.76 juta dan Pan Malaysian Racing RM138 juta.
Untuk satu tahun syarikat-syarikat judi tikam nombor mengadakan sebanyak 72 cabutan khas (special draw) selain cabutan biasa sebanyak 3 kali seminggu yang dibenarkan kerajaan Pusat.
Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat merungut bahawa terdapat terlalu banyak cabutan untuk setahun dan mendesak agar kerajaan mengurangkan jumlahnya.
Untuk rekod juga selain jumlah pendapatan dari cukai judi seperti di atas turut dimaklumkan yang kerajaan memperolehi RM4.4 bilion hasil dari cukai-cukai yang dikenakan ke atas produk tembakau dan arak.
Apa nak dikatakan? Inilah realiti yang ada di hadapan kita pada hari ini. Lumayan sungguh hasilnya bukan?
Kita tidak dijelaskan ke mana duit tersebut dibelanjakan.Bayangkan, sekiranya kerajaan mengunakan hasil cukai judi dan arak yang terang-terang haram untuk membayar gaji penjawat awam, biasiswa pelajar IPTA, sumbangan-sumbangan kepada fakir miskin dan lain-lain kebajikan. Maka ramailah yang menanggung akibatnya kerana sumber-sumber rezeki datang dari hasil yang HARAM..!!!!!!!
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90) ”
Post a Comment