Programme Director
Aku dipilih oleh Programme Director untuk memikul tugas sebagai seorang programme coordinator(walaupun hakikatnya Allah yang pilih).Memang satu tugas yang sangat mencabar. Sebelum nie aku dah beberapa kali mengendalikan tugas sebagai committee program tapi progarm kali ini dirasakan sangat-sangat mencabar.Masakan tidak, sasaran peserta adalah rakan-rakan sebaya. Ada juga dikalangan peserta adalah rakan sekelas,rakan sepermainan dan rakan sebantal dan sekatil. Kalau sebelum ini, peserta yang aku handle kebanyakannya jauh lebih muda dari aku(macam le tue sangat..huhu). So mudah le nak bagi arahan.Kalau peserta keras kepala, nak marah or bagi denda pun tak ada masalah.Tetapi, kalau rakan-rakan sebaya nie tak boleh nak buat macam program-program biasa. Strategi dakwah kena betul, barulah risalah yang kita bawa memberi kesan kepada peserta.Dalam 1st meeting final touch para committee perah otak untuk membincangkan perjalanan program dari mula sehingga tamat program. Masalah yang besar berlaku semasa meeting nie ketidakhadiran main PC (aku lah tue..). Time maghrib nak rehatlah sekejap sebab hari tue(jumaat) aku hanya tido setengah jam je. Itu pun sebelum solat Jumaat. Elok je kepala mencecah bantal, aku terus black-out. Sedar-sedar dah pukul 12.45am. Henset dipenuhi 10 massage dan berpuluh-puluh miss call. Memang rasa bersalah gile kat semua committee. Nasib baik Isdiyantie tolong back up kerja aku siapkan master plan. Aku dengar dari Syrup al-Jawi, semasa meeting perjalanan program, ada dikalangan committee yang bergaduh-gaduh. Lagilah rasa bersalah menghempap kat kepala nie. Mase 2nd meeting final touch, aku berkali-kali mintak maaf kat semua committee. Mase tue aku jadi mangsa tembakan pedas yang bisa mengetarkan telinga aku.
"Kurangkan aktiviti yang lagha(tidak ada faedah) dan terapkan nilai-nilai Islam sepanjang Leadtrain diadakan." idea yang aku lontarkan kepada semua committee semasa 2nd final touch.
Inilah peluang yang ada untuk aku dan adik-beradikku untuk menyampaikan risalah dakwah kepada sahabat-sahabat yang jarang ditemui di majlis-majlis ilmu dan masjid. Sebelum ini hanya golongan yang sama sahaja yang memenuhi kerusi-kerusi di AMF dan LHA. Begitu sukar untuk aku menembusi risalah dakwah ini kepada sahabat yang menjadikan clubbing, smoking, dan coupling sebagai budaya hidup mereka. Sebab utama yang menjadikan mereka begini kerana kurangnya mereka dengan ilmu agama dan pada masa sama, golongan-golongan daie ada yang tidak berminat untuk berdamping dengan mereka.Rugilah seandainya peluang yang terbuka luas ini disia-siakan.
Aku dan adik-beradik cuba juga handle Leadtrain seperti program-program motivasi yang pernah kami handle bersama.Cuma yang bezanya pendekatan yang dibawa lebih mesra dengan peserta. Slot-slot seperti bacaan mathurat,Al-Mulk,tazkirah di waktu-waktu kosong dan lagu tema berorentasikan jihad fisabillah, diisi dengan sebaiknya. Kami sedaya upaya untuk mengelakkan benda-benda lagha yang mengisi waktu-waktu kosong peserta.
Slot muhasabah yang berjalan pada malam terakhir pula memberi kesan yang mendalam kepada peserta dan committee terutamanya sister. Benarlah kata Akh Dzulkhairi President GAMIS dalam blognya, slot muhasabah yang menyentuh jiwa nie sesuai dengan jiwa perempuan yang lembut. Kalau cara ini dilaksanakan kepada kaum adam, hanya sesetengah je yang boleh terima muhasabah touching.Sebab itulah semasa muhasabah berjalan, peserta lelaki boleh lagi bersuka ria sedangkan peserta perempuan ada yang dah mengalirkan air mata.Lelaki memerlukan method yang lasak dan keras,sesuai dengan fitrah penciptaan lelaki.
Borang penilaian diberi kepada semua peserta.Mereka bebas untuk mengkritik committee tanpa ada sekatan pemikiran.Feed back dari peserta nie penting juga, untuk memastikan kami tak syok sendiri mengendalikan program. Feed back yang kami terima sangat memberangsangkan. Hampir 90% peserta berpuas hati dengan program ini.Ada juga yang mahu method yang kami bawa ini diteruskan untuk program-program yang akan datang.Walaubagaimana pun tak dinafikan, ada juga sebilangan peserta yang menentang method ini.Di dalam borang tersebut, kami dimaki dan dicaci dengan perkataan yang tak sanggup untuk aku tulis di dalam ruang ini. Cukuplah sekadar kami sahaja yang mengetahui.
Aku sedar, berada dijalan dakwah ini tidak akan dihamparkan dengan kapet merah bahkan jalan ini penuh dengan ujian dan cabaran. Lihatlah sirah nabi kita Muhammad S.A.W. Perjalanan dakwah baginda penuh dengan menhah dan tribulasi sehingga menitis darah baginda yang mulia ketika pengembaraan dakwah di Ta'if. Bagaimana boleh kita mengaku bahawa kitalah mata-mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w sedangkan apabila ditimpa sedikit ujian(dicaci dan dihina), kita sudah mengaku kalah? Muhasabah..Muhasabah..
Alhamdulillah, mabruk 'alaikum.
Perjuangan tidak kan lengkap tanpa cabaran mendatang. itulah semanis-manis perjuangan yang tidak kan dpt oleh mereka yang tidak sanggup bertungkus lumus memelihara dan mewarisi perjuangan Rasulullah SAW.
ada dua kemungkinan sekiranya perjuangan tanpa mehnah dan tribulasi
1-perjuangan dibawa menyimpang dengan perjuangan yg Rasulullah bawa
2-dia lebih hebat dari Rasulullah,Rasulullah pun banyak menerima ujian dari Allah swt..