My Facebook
IIUM Bloggers United
surah 104
hijri & masihi
Jom Solat Jemaah
murabbiku berkata:
Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Bukan pasal PAS lawan UMNO, tapi masalah UMNO lawan Islam"
"PAS-UMNO tak leh berjumpa, sebab Kita (PAS) lawan UMNO kerana UMNO ni bawa ilmu salah; ilmu sesat. mu (wahai UMNO) adalah ayah Pin"
(Ucapan Tok Guru Nik Abdul Aziz di Selangor pada 14 Jun 2008)
"PAS-UMNO tak leh berjumpa, sebab Kita (PAS) lawan UMNO kerana UMNO ni bawa ilmu salah; ilmu sesat. mu (wahai UMNO) adalah ayah Pin"
(Ucapan Tok Guru Nik Abdul Aziz di Selangor pada 14 Jun 2008)
As-Syahid
Wasiat Hassan AlBanna
Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
Asah Minda
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
My Future Life
-
SENARAI GRADUAN SESI 20167 years ago
-
-
-
Sponsored Links
Hadith Sohih
MALAYSIAKINI
Saifulislam.com
My Fav Team
Kebangkitan Gerakan Mahasiswa
Demonstrasi jalanan mansuh ISA minggu lepas membuktikan segala-galanya. Lebih 100 orang peserta yang ditangkap adalah mahasiswa (seandainya semua yang ditangkap dikalangan umur 18-25 adalah mahasiswa). Mungkin berita ini sedikit mengerunkan sang pemerintah yang zalim (baca:UBN) kerana suara mahasiswa adalah suara keramat. Sejarah telah tercatat bahawa suara lantang mahasiswa mampu untuk menjatuhkan sebuah kerajaan. Lihat sendiri kejatuhan beberapa pemerintah seperti yang berlaku di Indonesia dan Iran. Semuanya bermula dengan suara mahasiswa, kemudian diikuti oleh rakyat marhain.
Begitu juga yang berlaku di Malaysia. Zaman emas gerakan mahasiswa adalah pada dekad 70an. Pada masa ini jugalah ABIM(Angkatan Belia Islam Malaysia) ditubuhkan iaitu pada 1971.Ramai dikalangan pimpinan ABIM tidak kira diperingkat pusat ataupun negeri yang menjadi tokoh pimpinan negara yang sangat disegani.Antaranya ialah Anwar Ibrahim, Al-Marhum Us Fadhil Noor, Ustaz Yahya Othman dan TG Abdul Hadi.
Pada zaman ini jugalah berlaku peristiwa Baling 1974.Hanya segelintir sahaja mahasiswa pada masa ini yang mengingati persitiwa bersejarah yang menjadi rekod paling cemerlang dalam sejarah gerakan mahasiswa Malaysia.Peristiwa ini cuba dilupuskan oleh kerajaan Umno/Barisan Nasional(UBN) kerana bimbang peristiwa ini kembali mengegarkan Malaysia yang kian rosak disebabkan oleh mereka.
Aku ceritakan sedikit peritiwa ini seperti yang dikarang oleh Us Riduan Muhammad Nor dalam buku "Potret Perjuangan Mahasisawa dalam Cerminan Dekad"
Peristiwa ini mempunyai rentetannya yang tersendiri. Menurut Dr. Syed Hussin Ali, pada 22 dan 25 November 1974 ribuan petani-petani mengadakan perarakan membantah kenaikan harga barang keperluan harian sedangkan pada masa yang sama harga getah yang mereka hasilkan mengalami kejatuhan.Beberapa anak-anak petani menjadi korban. Khabarnya, mereka keracunan setelah makan ubi gandung yang tidak dibasuh dengan sempurna, oleh kerana ibubapa yang merupakan petani kekurangan wang untuk membeli makanan.Perkara ini cuba disembunyikan oleh UBN daripada dipaparkan oleh media perdana namun akhbar-akhbar Cina menyiarkan kisah yang menyayat hati ini. Beberapa pimpinan mahasiswa UM menyiasat untuk mengesahkan kes ini. Setelah mendapati kes ini benar, bermulalah demostrasi yang digerakkan sepenuhnya oleh mahasiswa di ibu negara.
Bantahan mula-mula tercetus di UM, disambut di UITM kemudian merebak ke UKM,USM dan Politenik Ungku Omar. Tidak cukup dengan berkubu di kampus masing-masing, akhirnya ribuan mahasiswa digerakkan untuk berdemonstrasi di Ibu Negara. Seperti biasa, para peserta demo sewajibnya berhadapan dengan keganasan "tentera topi merah".FRU mengepung dan melepaskan gas pemedih mata ke arah mahasiswa. Sebahagian besar mahasiswa berundur ke Masjid Negara. Jangkaan masjid adalah tempat yang selamat meleset sama sekali.FRU meneruskan keganasan di masjid seterusnya menangkap lebih seribu mahasiswa yang baru sahaja menunaikan solat.
Walaupun tangkap dibuat tetapi UBN gagal untuk menutup suara mahasiswa.Dikampus masing-masing, bantahan diteruskan dengan pekikan dan teriakan supaya kerajaan mendengar suara rakyat marhain. Pada 6 Disember, demonstrasi yang meletus di dalam kampus UM merebak sehingga keluar. Kg Kerinchi disasarkan gas pemedih mata sehingga menyebabkan penduduk dan mahasiswa "mengamuk" di Lebuhraya Perseketuan.
Kesannya seperti yang diduga. Kerajaan melancarkan Operasi Bersih, menahan beberapa pimpinan mahasiswa dan pensyarah yang dituduh terlibat dalam peristiwa Baling 1974. Antaranya Adi Satria (Penolong setiausaha PMUM), Abdul Rahman Rukhaini (President PMUKM) Ahmad Samad Hamad Noor (Setiausaha PKPIM), IBRAHIM ALI (President pelajar UITM), Ahmad Kamal Selamat (President PMUSM) dan ramai lagi.
Peristiwa ini meninggalkan parut yang dalam kepada Gerakan Mahasiswa akibat tekanan yang dahsyat oleh sang pemerintah yang zalim terutamnya penagkapan di bawah ISA.Budaya takut telah mengantikan budaya kritis yang sepatutnya dimiliki oelh mahasiswa.AUKU diperketatkan untuk mematikan suara mahasiswa.
Selain itu, antara usaha untuk memastikan budaya sedar dan peduli hilang dalam diri mahasiswa dengan lambakan budaya hedonismadi dalam masyarakat.Inilah Ghazwatul Fikr(perang pemikiran) yang dilancarkan oleh Yahudi untuk melemahkan remaja-remaja Islam.Apabila mahasiswa semakin seronok dengan hiburan yang melampau ini, idealisma mahasiswa secara automatik akan hilang di dalam diri mahasiswa. Tidak perlulah UBN bersusah payah nak kawal gerakan mahasiswa. Cukup dengan merosakkan mereka ini dengan hiburan tanpa panduan dan sempadan.
Namun, usaha jahat yahudi untuk merosakkan pemuda yang dilaksanakan oleh UBN tidak mampu untuk melumpuhkan seratus peratus gerakan mahasiswa. Sejak kejatuhan gerakan mahasiswa pada 1975, mahasiswa bangkit sedikit demi sedikit. Walaupun kerajaan mengugut mahasiswa dengan AUKU dan boneka UBN iaitu TNC dan HEP secara agresif menghalang aktiviti-aktiviti islamic yang mampu untuk mengembalikan idealisme perjuangan mahasiswa, tetapi mahasiswa mampu juga untuk menyalurkan idealisme dan kesedaran dikalangan sahabat-sahabat mahasiswa. Kalau bukan kerana kesedaran yang timbul,tidak mungkin mahasiswa sanggup habiskan wang ringgit, masa dan tenaga serta mengambil risiko berdepan dengan keganasan "tentera topi merah" semata-mata untuk menyuarakan bantahan terhadap dasar kerajaan yang masih mengekalkan ISA.
Untuk membawa kembali zaman emas gerakan mahasiswa bukanlah dengan berpeluk tubuh sahaja.Banyak kerja yang kita perlu lakukan untuk mengambalikan sikap sedar dan peduli di dalam setiap jiwa-jiwa mahasiswa. Seadainya jiwa-jiwa ini tidak diisi dengan idealisme-idealisme perjuangan, nescaya akan terisilah jiwa-jiwa tersebut dengan perkara-perkara yang sia-sia dan sewajibnya bagi kita unuk menjadikan ISLAM sebagai pemandu kepada kebangkitan gerakan mahasiswa, bukannya Socialisme atau Nationalisme.Apalah makna kebangkitan itu sekiranya yang memimpin adalah bukan dari ISLAM.
3:11 PM | Filed Under | 0 Comments
Comments
Sirr al-Asrar
Who is Sirr al-Asrar
Kembara Ilmu
1) Tadika Kemas Taiping Perak
2) SAR Nurul Islam Taiping Perak
3) Sk St George 1 Taiping Perak
4) SK Kg Jambu Taiping Perak
5) SMK King Edward 7 Taiping Perak
6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak
7) SBPI Gopeng Perak
8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)
9) SEPAKAT Driving Car
10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor
11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka
12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor
13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir
14) Dietetic IIUM Kuantan
2) SAR Nurul Islam Taiping Perak
3) Sk St George 1 Taiping Perak
4) SK Kg Jambu Taiping Perak
5) SMK King Edward 7 Taiping Perak
6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak
7) SBPI Gopeng Perak
8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)
9) SEPAKAT Driving Car
10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor
11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka
12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor
13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir
14) Dietetic IIUM Kuantan
Ar-Rijal
-
-
-
-
-
-
2016: Teruskan Berlari8 years ago
-
Magik (2016)8 years ago
-
-
Penyakit Kronik Bagi Hati9 years ago
-
-
-
Di sebalik gopoh11 years ago
-
-
-
-
-
Hakikat di akhir kehidupan...12 years ago
-
-
-
-
Tidur 4 Jam Sahaja.13 years ago
-
-
-
[r.e.s.u.l.t.] KEPUTUSAN PENUH PRK UIAM13 years ago
-
-
Lemah tenaga14 years ago
-
-
sehebat dentuman guruh15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Al-Fatayat
-
-
Istikharah Cinta10 years ago
-
Widyatama Blog Contest Terbaik !10 years ago
-
We miss all of you11 years ago
-
-
Ikhlaskah kita?11 years ago
-
:: Nur ::11 years ago
-
Jatuh Bangun11 years ago
-
-
Sembang pagi12 years ago
-
Blog oh blog..12 years ago
-
-
-
-
-
-
Kedai Kopi
Pengunjung
Popular Posts
-
Program hujung minggu yang meletihkan tetapi berbaloi..!!! Sepanjang hari Sabtu berkampung di Jengka 19, berkempen untuk Dato Tuan Ibra...
-
Komputer di bilik aku yang rosak sejak beberapa bulan akhirnya kembali berfungsi.Aku explore semahu-mahunya komputer nie, buka balik file-fi...
-
Semua sedia maklum, tidak siapa boleh menilai iman seseorang sama ada dia beriman atau pura-pura beriman. Namun, kita sendiri boleh meni...
-
Allhamdulillah, malam tadi dapat belajar serba sedikit ilmu tentang sistem-sistem Islam secara direct dengan Ustaz Zaharuddin Muhammad ...
-
Gambar menceritakan segala-galanya.. Tidak perlu berjuta-juta untuk sambut Ulama'.. Cukup sekadar menjamah seperti rakyat biasa.. bukan ...
-
Sahabat-sahabat besar Rasulullah saw seperti Abu Bakar ra,Umar al-Khattab ra, Abu Ubaidah Al-Jarrah ra serta sahabat-sahabat dari Ansor be...
-
Secara automatiknya teringan mase aku amik result.. 7 Tahun yang lepas..!! Disebabkan mase tue aku tak ada lesen keta, jadi aku, Asyra...
-
Manusia juga sering mencari nahas semasa sahabat dengan membuat perbandingan: 1. 'siapa yang berkorban lebih banyak untuk siapa'...
-
1.Bila kita di kampus, kita rasa nak balik rumah.. Selepas belajar tungkus-lumus selama 14 minggu, akhirnya cuti sem bermula dan dapat...
-
Mungkin ramai yang mengenalinya sebagai Ustaz Selebriti, tetapi aku mengenalinya 5 tahun lepas sebagai seorang Murabbi,abang dan teman y...
Post a Comment