Dapat lapar dan dahaga sahaja.


Sebentar tadi (2.30 pagi) Arsenal tumpas dengan Man United dengan jaringan 2-1.Arsenal mendahului dengan jaringan Andrey Arshavin namun penalti oleh Wayne Rooney dan go sendiri yang disumbangkan oleh Abou Diaby telah memusnahkan impian Arsenal untuk terus mengekalkan kemenangan. Walaupun aku salah seorang peminat Arsenal sejak mumayiz lagi(aku pun tak taw sebabnya) tapi kekalahan ini tidaklah mengecewakan aku sangat seperti mana kawan-kawan aku yang lain. Mungkin sejak kecil lagi aku telah didik untuk tidak finatik kepada sesiapa pun kecuali kepada Rasulullah s.a.w. Kerana sikap finatik inilah munculnya puak-puak syiah yang secara biadap mengkafirkan para sahabat dan puak-puak extrimise yang sedikit sebanyak merosakkan Islam itu sendiri.

"Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." 2:143

Kagum aku melihat apabila ada perlawanan panas walaupun perlawanan berlangsung pada 2/3 malam yang melibatkan BIG 4 (Man United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool), bilik TV di setiap mahallah dan cafe-cafe mesti sentiasa penuh dengan peminat masing-masing. Aku rasa fenomena ini juga berlaku ditempat-tempat lain.Hal ini sedar atau tidak mencabar umat Islam samada memilih Qiamulallail atau pun bola,akhirat tau dunia. Seandainya Akhirat yang dipilih nescaya Qiamulallail yang menjadi pilihan yang tepat. Setidak-tidaknya, sebelum atau selepas tengok bola, apa salahnya buat solat tahajud 2 rakaat. Namun yang berlaku sebaliknya, bola juga yang menjadi pilihan ramai.Mereka sanggup untuk bersengkang mata,setia dihadapan TV menyaksikan lebih 90 minit tetapi cukup liat utuk bertahajud walaupun hanya 2-3 minit sahaja.

Begitu juga pada bulan yang mulia ini. Bila waktu sahur,sejak jam 4.30 pagi lagi ramai yang memenuhi cafe untuk menikmati juadah sebelum berpuasa pada siang hari. Yang tidak pernah nampak masa solat subuh di masjid pun bersama-sama menikmati juadah bersama rakan-rakannya. Kononnya nak merebut keberkatan yang Allah kurniakan sepeti sabda Rasulullah s.a.w


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : تَسَحَّرُوْا فَاِنَّ فِى السَّحُوْرِ بَرَكَةً


“Dari Anas berkata: Bersabda Rasulullah: Bersahurlah kamu sekalian, kerana dalam bersahur itu terdapat barakah”. (Hadis Riwayat Bukhari 4/120. Muslim 1059. Diriwayatkan juga oleh Tirmizi, Nasaii dan Ibn Majah)


Malangnya,selepas sahur kebanyakannya terus merebahkan diri di atas katil. Qiamulallai entah ke mana, solat subuh pun berlalu begitu sahaja.Sedangkan Solah subuh itu lebih utama daripada sahur.Memandagkan pagi tadi stay up untuk bersahur dan tengok bola, pada siangnya mereka tidak ubah seperti biawak hidup. Kalau bangun pun sebab ada kuliah. Bagaimana pula kalau waktu cuti? Alamatnya tidur sampai ke petanglah.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”



Benarlah apa yang diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w sejak dulu lagi.

Ramai yang berpuasa tetapi solat ditinggalkan.

Ramai yang berpuasa tetapi Al-Quran menjadi perhiasan rumah sahaja.

Ramai yang berpuasa tetapi mengumpat, menfitnah dan mengkeji menjadi zikir.

Ramai yang berpuasa tetapi zakat fitrah di abaikan.

Ramai yang berpuasa tetapi sedekah tidak pernah pun terlintas di hati.

Ramai yang berpuasa tetapi aurat didedahkan sesuka hati.

Ramai yang berpuasa tetapi kehidupan tidak ubah seperti masyarakat jahiliyyah.

Ramai yang berpuasa tetapi puasa itu tidak sedikit pun mengurangkan nafsu terhadap dunia.

Ramai yang berpuasa tetapi maksiat tidak berkurang, ibadah tidak bertambah.

Ramai yang berpuasa tetapi tidak ada usaha mencari malam lailatul Qadr

Ramai yang berpuasa tetapi..(tambah sendirilah)

Walaupun sudah se-10 hari berpuasa, yang dapat hanya lapar dan dahaga sahaja.

p/s: dah pukul 4 pagi.Selamat ber-Qiamulallail dan bersahur. Moga puasa hari ini lebih baik dari semalam.

Comments

0 Responses to "Dapat lapar dan dahaga sahaja."

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU